HANAT

Alangkah hanatnya perasaan hari ni. Kerja senang pun tak mampu aku selesaikan sebab aku take it for granted. Aku biar masa memerangkap dan akhirnya di minit-minit akhir memang aku tertangkap dan terduduk. Aku fikir kerja senang -- memang senang dan tak akan ada masalah. This is not my first time pun, so aku sepatutnya boleh selesaikan tugasan ni sambil tutup mata sahaja. Tapi aku silap. Malang memang ada di mana-mana dan malang memang boleh buat jiwa dan perasaan aku runtuh sekelip mata.

Hari ni aku berpuasa. Alhamdulillah berjaya walau seharian sibuk dengan urusan kerja. Naik turun tingkat 3, masih steady. Angkat-angkut barang berpindah ruang kerja, pun masih steady boleh ketawa-ketawa lagi. Mengemas sekalian workstation macam nak sambut hari raya -- aku happy sahaja dari pagi sampai maghrib tadi. Walaupun badan letih, tekak kering tapi entah.. aku happy dan okey sahaja. Tapi tiba-tiba hanat pun muncul tanpa diduga.

Aku pula seperti almari kayu lama di makan anai-anai. Rapuh betul. Tiba-tiba aku gagal bertenang dan start blank dalam kepala. Tak mampu nak fikirkan solution paling ideal dan paling pantas. Aku just gagal berfikir buat beberapa minit. Aku menghancur dari dalam. Menyucuk-nyucuk rasa bersalah, marah dan benci aku kepada diri sendiri. Kenapa tak prepare awal..? Kenapa tak siap-siapkan semua macam selalu..? Kenapa yakin sangat masalah tak akan datang..? Kenapa..??

Mujur Allah hantarkan manusia-manusia hebat yang bantu aku kawal keadaan dan tugasan tu akhirnya selesai dengan jayanya. Hanya yang di belakang tabir tahu betapa haru-birunya suasana tadi. Dan aku lah punca semuanya. Aku lah yang bawa hanat tu tadi. Kalau aku prepare awal, hanat tu tak akan terjadi. Walaupun orang luar tak tahu, tapi aku tetap rasa bersalah kepada rakan-rakan setugas yang terpaksa berposak-posak cover line sebab kecuaian aku.

Memang hanat betul rasa bersalah ni.

Aku nak menangis sekarang tapi aku tahan. Aku tak boleh menghancur di hadapan orang. Biar aku telan dan gumamkan dulu semua airmata dan caci-maki kepada diri sendiri ini. Biarpun semua dah berlalu dan tak siapa tahu, tapiiiiiiii perasaan ini tak mampu aku nafikan. Aku berhutang kepada mereka yang aku susahkan. Aku kena balas semula budi mereka. InsyaAllah.. semoga ada kesempatan.




p/s  :  buat sekian kali ini, biar aku sebutkan sekali lagi : aku benci kerja aku ni. sangat benci. Tuhan sahaja tahu betapa aku sangat-sangat benci. Tapiiiiiiii.. kerja tetap kerja. Dan aku bukan pengalah. Hadap sahaja.


...



No comments:

Powered by Blogger.