CONVERSATIONS

Done tonton season terbaru Little Thing di Netflix. Happy ending. Macam tak puas pula. Rasa cerita Kavya dengan Dhruv tak patut habis di situ, boleh sambung dan kembangkan lagi. Aku faham mungkin penerbit tak nak cerita tu meleret-leret dan hilang magis, jadi lebih baik tamatkan dalam momentum yang masih di aras tertinggi. Bagus juga. Cuma kalau ada sambungan lagi, aku tetap teruja nak tahu sambungan cerita mereka berdua. Sebab aku suka dua-dua karektor ni, seimbang dan ada kekuatan masing-masing.


Sebenarnya, aku lama teringin nak ada deep conversation dengan seseorang macam Dhruv dengan Kavya. Aku rindu nak berbual, bercerita, meluahkan, bergaduh, berdebat, bergurau, saling mencabar dan saling memberi point untuk each other fikir dalam-dalam. Sampai sentap. Something yang betul-betul boleh buat kita berfikir dan semat dalam kepala kemas-kemas. You know. Conversation yang selalu ada give and take. Yang mengesankan from both way. Ada ketawa, ada marah, ada sebak, ada setuju dan ada tak setuju. Conversation yang jujur.. boleh cakap apa sahaja tanpa perlu jaga perasaan sesiapa. Boleh luahkan apa sahaja tanpa takut kena judge. Boleh share impian walaupun tak logik. Boleh share masa silam walaupun dah move on. Boleh share lawak tanpa nampak kau beria nak ambik hati sesiapa.


Just nak have fun and feel free.

Conversation yang santai dan tak plan. Conversation yang boleh pergi ke mana sahaja dan boleh berubah bentuk apa-apa sahaja. No rules. No pressure.


Aku rindu nak ada moment tu sebab aku pernah merasainya satu masa dulu dengan someone. Satu saat di mana aku rasakan satu kepuasaan yang tak dibuat-buat. Bila mana aku dapat berbual dengan seseorang yang faham aku. Yang boleh connect dengan emosi aku tanpa perlu aku explain everything. Dia faham aku dalam skala yang aku sendiri tak sangka. Serius aku rindu moment tu. Tapi sekarang dia dah ada hidupnya sendiri dan aku hilang hak untuk mengulangi moment itu lagi. Semuanya ada batas dah sekarang. Jadi aku hormati pilihan dia dan batas-batas yang terbina antara kami. That's it.


Aku mungkin selamanya tak akan dapat lagi moment deep conversation yang aku inginkan tu. Aku sedih dan sedikit terkilan. Tapi aku okey. Aku bukan mengeluh. Cuma bila teringat tu, aku rasa sebu. Macam ada sesuatu sangkut kat kerongkong ni. Tak lepas. Tapi bukan sebab aku tak berusaha nak lepaskan, tapi aku sendiri sengaja tahan. Aku tak boleh luahkan. Kalau aku luahkan juga, aku akan kehilangan semua yang aku ada hari ini.


I'm not ready.

Or maybe I'm just selfish. I don't know.


Korang suka berbual..? What kind of coversation yang korang suka.. share please..!





...


No comments:

Powered by Blogger.