You Are Not That Special

{ Sesi Bercakap Dengan Diri Sendiri }

Quotes ni memang betul bikin hati aku makan dalam. Terguris sungguh sampaikan di setiap kali aku teringat quotes ni, mata aku akan berkaca. Aku sendiri tak percaya begitu dalam sebaris ayat boleh menghantui hidup aku. Mungkin ketika aku jumpa quotes ni, aku sendiri memang sangat sedang bersedih. Jadi quotes ni macam taburan garam atas luka yang masih terbuka dan berdarah.

YOU ARE NOT THAT SPECIAL AIN

Oleh itu, berhentilah minta di layan sebagai seorang yang special. Everyone has a story. Dan cerita kau tak ada apa yang special sangat pun ain. Kalau kau rasa tengah sedih, ada orang yang lebih sedih. Dan kesedihan kau bukan penting sangat untuk orang lain. Tak ada siapa nak peduli pun sebab masing-masing sibuk jaga dan hiburkan hidup sendiri sahaja. Kau bukan siapa-siapa, ain. Stop rasa semua orang kena faham kau, kena kasihankan kau, kena bagi kau masa, kena bagi kau ruang dan stop tabur janji yang besar-besar sebab kau tahu kau tak mampu tunaikan pun. Stop ain. Just stop.

Terima hakikat hidup kau tak special dan hidup kau tak normal.
You are nothing. Kalau boleh kutip diri sendiri, kutiplah perlahan-lahan dan buang jauh-jauh. Hidup kau tak akan ada makna pada orang lain, kalau kau sendiri tak rasa begitu. Semua mula dengan diri kau sendiri, ain. Kau tak boleh harap orang lain buat semua untuk kau, suap terus masuk mulut kau dan jaga hati kau setiap masa macam dia tak ada hati sendiri nak jaga.

Mulai hari ni, apa-apa pun yang kau lalui -- kau simpan dan telan sahaja. Jangan kongsikan sebab tak ada siapa peduli. Kalau kau sedih, jangan tunjuk sebab tak ada orang suka cerita sedih. Tunjukkan yang gembira sahaja. Kalau kau rasa tertekan dengan segala tugasan dan tanggungjawab yang dihempap atas dada kau, jangan bagitahu siapa-siapa. Diam. Tahan. Sebab tak ada orang suka tengok orang lembik. Semua orang dalam dunia ni kuat, berani, baik, happy, ceria, positif dan bahagia.

Tak ada orang tak bahagia dalam dunia ni, kecuali kau.. ain..!
So, stop jadi ganjil. Just blend diri kau dengan yang lain.

You'll be fine.
That's it.





...

No comments:

Powered by Blogger.