SATU HARI NANTI AKU AKAN BERTERIMA KASIH KEPADA DIRI SENDIRI

Update cepat-cepat sebab aku maha sibuk. Dan bakal menjadi lebih sibuk sekurang-kurangnya sampai 31 haribulan sebab urusan kerja aku bakal di landa tsunami besar. Istilah yang diberi ialah : migrasi tapi yang aku faham, kerja aku akan renew kepada pola baru. Semua baru. Semua kena belajar baru. Semua kena setup baru. Dan mungkin rutin juga akan baru. Kerja yang aku duk buat hari-hari ni dah berusia 7 tahun, jadi bermula 1 Januari 2021 kerja aku akan berimej dan berplatform baru. Kepala aku sudah mula berpinar dan sikit hari lagi akan keluar burung-burung kecil dan bintang kerlip-kerlip berpusing atas ubun-ubun. Kau tunggu dan lihat je lah.


Aku baru nak bersenang-lenang sekejap. Tiba-tiba migrasi pula. Rasanya sakit pinggang aku yang dua bulan lepas tak hilang lagi, dah nak hadap komputer berjam-jam lagi dan lagi. Haihh..! entahlah, dah tua-tua ni tak berapa nak tahan duduk lama-lama. Aku pun baru nak kumpul semangat cuba-cuba berbisnes semula, jadi agent sana.. jadi dropship sini.. alih-alih kena hadap dan fokus kerja lagi. Arrgghh..! habislah kelam-kabut hidup aku nanti. For sure aku akan stress sebab terkejar sana terkejar sini. Rasa tak cukup masa dan tak cukup tenaga. So, maaflah kalau blog ni bakal terabai lagi (letak emoticon sedih keluar air mata).


Well, update sikit pasal perkembangan diri aku. 


Aku baru habis join KKDI dan sekarang aku tengah join Vitamin Cinta pula. Aku malas nak hurai apa tu KKDI dan VitC ni. Korang search sendiri kat Instagram. Taip KamaliaKamal tak pun Kak Kay tak pun kau search je lah KKDI tu. Kalau nasib kau baik, kau jumpa la IG dia then tengok highlight kat IG dia tu. Semua ada situ. Aku join KKDI sebab nak kenal karektor diri sendiri. Punyalah lemau aku ni, dah 38 tahun hidup pun masih tak kenal diri sendiri lagi. Sampai nak kena minta tolong orang lain pula bagitahu aku siapa sebenarnya aku...! Tak ke bodoh tu namanya.. hahahaha.. :p


Vitamin Cinta pula aku masuk sebab aku nak go deep dalam bab mengenali dan memahami diri sendiri dan orang tersayang. Sebab aku rasa sangat-sangat penting untuk kita sentiasa upgrade ilmu kita tentang hal-hal basic dalam perhubungan sesama manusia contohnya bab komunikasi, bab appreciation, bab habit, bab planning masa depan dan macam-macam bab lagi. Kalau kita tak nak improve benda-benda macam tu, lambat laun hubungan kita akan jadi hambar dan silap-silap hancur terus terkubur. Aku tulis ni bukan tentang perhubungan suami isteri je ye, perhubungan maksud aku semua..! dengan kawan-kawan, adik-beradik, jiran tetangga dan strangers.


Masalahnya lepas aku masuk kelas Vitamin Cinta yang baru 3 hari ni, aku rasa menyesal...!

Haihhh.. ini lah masalah aku. Susah nak go with the flow. Aku punya rebel dalam hati ni rasa nak melompat-lompat keluar. Punya kuat sikap membangkang aku sekarang ni, aku sendiri rasa annoying. Tuhan, selamatkan lah aku. Lindungi aku daripada menjadi manusia yang kurang ajar. Bantulah aku menjadi normal dengan bertahan dan bersabar sampai kelas ni habis. Dua hari je lagi, lepas tu nak maki-hamun silakan lah di dalam hati.


Aku habis RM120 untuk kelas KKDI. Then beli buku pula RM40 lagi. Ni kelas Vitamin Cinta bayar RM100. So, total lost aku adalah RM260 for something yang.. ermmm.. entahlah..! malas nak huraikan. Tapi bukan maksud aku KKDI dan VitCinta tu tak bagus ya, takut pula aku tiba-tiba Kak Kay datang saman aku.. hahahaha..! Tak. Bukan macam tu. Ramai je yang dah berjaya ubah hidup dan selamatkan perhubungan diorang dengan KKDI dan VitCinta. Aku boleh nampak macam mana semua ni memang boleh bantu ramai orang.


Cuma kes aku berbeza. Aku ni yang tak sama macam orang normal. Ye lah, sebab aku tak normal.. kahh..!! Apa je yang aku tak join..? Semua dah.. jumpa kaunselor dah, jumpa psikatrik dah, join kelas Dr.Fadzilah Kamsah dah, jumpa kaunselor rumahtangga dah, pergi berubat kat Darul Syifaa' pun dah. Tapi masih juga 'sakit'...! So, bukan salah mereka, tapi salah aku sendiri.


Aku anggap ni semua proses aku belajar dan ini semua pengalaman hidup aku.

Satu hari nanti aku akan berterima kasih kepada diri sendiri sebab aku tak pernah putus asa mencari diri. Aku tak pernah berkira duit kalau bab nak 'sihat' sebab aku memang betul-betul nak 'sihat'. Dan aku tak nak 'sihat' kerana orang lain, aku nak 'sihat' kerana aku sendiri. Aku nak 'sihat' luar dan dalam dan nak 'sihat' sampai bila-bila bukan sekejap-kejap ni je. Aku nak 'sihat', percayalah.




...



2 comments:

  1. Cuba Baca buku 'The Monk Who Sold His Ferrari". Tapi kena baca dengan hati yang terbuka.
    Semoga yang baik-baik saja untuk kau Ain. Aku doakan kau 'sihat' cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey, aku cuba.
      dari hari tu sebenarnya terdetik nak cari buku tu, tapi aku dah 6 ke 7 bulan tak masuk kedai buku. nak beli online, rasa bersalah kat buku-buku yang dah beli tapi belum baca.. hahahaha.. aku tahu buku-buku tu ada perasaan juga.. eh.. :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.