Masuk Kandang Harimau

Maafkan lah mokchik tua ni membebel lagi. Complaint itu ini lagi. Tapi hati aku bengkak selagi tak luahkan. Mana lagi aku nak meroyan kalau bukan kat blog sendiri. Sebelum tu, izinkan aku menyanyi serangkap lagu sebab bait-bait lagu ni stuck dalam kepala aku sejak tiga hari lepas..

"..Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu.. Ketika hujan melunturi danau yang terusang.. Tidak pernah di bilang hari.. Hanyalah debar yang terasaaaaaaa.. terasa...." haaa..masukkkkk... ehh.. :p

Okey, sambung.........


Aku masih super sibuk dengan hal-hal kerja tapi semangat aku yang mula-mula dulu penuh membara, sekarang dah suram sesuram-suramnya. Entahlah, benda sama berulang lagi. Aku memang tak ada motivasi nak kerja. Aku tak minat kerja ni tapi aku paksa diri untuk terus bekerja sebab apa lagi aku nak buat kalau bukan bekerja..? Aku selalu rasa kerja-kerja aku ni tak ada impak kepada sesiapa. Rasa tak berguna tu bukan sikit-sikit tau. Sarat dan berat. Walaupun aku tahu tak ada kerja yang sia-sia, semua ada nilai dan sudut pandang di 'mata' Allah s.w.t. tapi entah macam mana, aku selalu gagal memujuk hati aku untuk sukakan kerja sendiri. Susah..!


Dan sekarang di tambah pula dengan orang-orang baru yang join team aku. Yang aku tak berkenan cara kerjanya. Yang aku tak selesa nak bekerjasama. Makin meluap-luap rasa benci aku kepada kerja ni. Sebenarnya, bila difikir-fikir balik.. tak ada yang tak kena tentang mereka. Tapi yang bermasalah tu diri aku sendiri. Aku yang tak boleh nak suaikan diri dengan cara kerja mereka. Aku yang tak nak turunkan ego dan mengalah dengan orang lain yang pada aku dia orang baru dan tak tahu apa-apa. So, orang baru kena ikut cara aku sebab aku orang lama. Aku lebih tahu kerja aku dan aku memang dah selesa dengan cara kerja aku. Mereka yang baru la kena adjust cara kerja ikut cara orang lama. Bukan sebaliknya. Kan...?


Pepatah mengatakan "Masuk kandang harimau, mengaum. Masuk kandang kambing, mengembek" tu dah tak relevant di tempat kerja aku. Sesiapa yang masuk kandang harimau, bukan dia yang kena mengaum macam harimau tapi harimau yang kena bercakap fasih macam manusia. Makna kata, tuan rumah kena ikut style tetamu sebab tuan rumah tak nak tetamu rasa tak selesa, tak nak tetamu kata tuan rumah sombong dan tak nak bagi kerjasama. Tuan rumah kena jadi hamba kepada tetamu semata-mata nak jaga hati tetamu sampai tuan rumah kena pijak kepala pun tak apa.


What the f#$&#@??!! is that...? korang fikir lah sendiri.


Aku cuba berdamai dengan keadaan. Tapi susah..! Aku cuba untuk bertahan dan tak nak melawan. Tapi hati aku menjerit..! Aku sedaya upaya just go with the flow. Tapi jiwa aku terbakar..! Sebab cara diaorang buat kerja tu tak bersekali dengan rasa hormat dan kesefahaman. Main belasah je. Hormat tak ada. Professionalisme entah ke mana. Kerja tak tersusun -- huru hara. Tak ada planning, tak ada bincang.. main tabur je..! Paling aku terkesan bila time dia, boleh je aku faham jadual dia. Tapi bila time aku, tak boleh pula faham jadual aku. Semua orang kena ikut jadual dia sahaja. Jadual kita ni, di buat alas kaki pula. Aku stress..! Jiwa memberontak aku meronta-ronta hampir meletop. Aku tak tahu sampai bila aku akan bertahan.


Mohon doa semua, semoga aku tak lari terjun bangunan tingkat 33..!

tapi.. office aku 3 tingkat je pun.. drama lebih..!! :p 


Aku masih menyimpan impian nak jadi perpustakawati. Hidup dengan buku-buku. Kerja dengan buku-buku. Bercakap dengan buku-buku. Kerana sesungguhnya bekerja dengan manusia ni menyakitkan hati..!




...


 

No comments:

Powered by Blogger.