Semoga Masih Ada Peluang dan Kesempatan

Salam petang Isnin nan mendung. Macam mana hujung minggu kalian semalam? Hujung minggu aku di rumah sahaja dengan rutin biasa bagi wanita bekerjaya (kononnya) macam aku. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk mengemas rumah dengan lebih extreme sebab Isnin sampai Jumaat keluar rumah gelap pagi, balik rumah semula gelap malam. Kesiankan aku..? Tapi tak. Tak perlu kesian kat aku. Syukur aku masih ada kerja. Gaji tetap pula tu. Siap skim pencen lagi. Dan syukur aku ada rumah untuk balik setiap hari dan di kemas, di urus serta di bersihkan setiap minggu. Alhamdulillah.


Nak kata aku tak ada life. Tidak lah juga. Aku ada je life walau pergi kerja gelap pagi dan balik kerja gelap malam. Konsepnya di mana ada kemahuan, di situ ada kehidupan. Hidup dalam era ini bukan tentang hidup betul-betul lagi. Hidup kita lebih di media sosial sahaja. Maka, selagi wujud media sosial tu -- maka wujud lagi la manusia dan kehidupan. Hiduplah macam robot pun, janji hidup..! Cuma rutin tetap rutin, kena buat juga. Suka atau tidak. Sebab rutin tu yang bagi aku makan dan bayarkan duit shopping aku. Maka, rutin di teruskan walau boring tahap nak buat-buat koma 2 bulan. Boleh...?


Semalam, 


Aku terfikir tentang apa yang Neelofa cakapkan. Kebetulan aku tertengok sedutan video live dia dengan Prof Dr. Muhaya dengan seorang lagi lelaki (siapa entah, maaf tak kenal). Lofa cakap tentang bagaimana dia memperuntukkan setiap paginya untuk akhirat. Lepas solat subuh setiap hari, Lofa akan spend 1 hingga 2 jam untuk mengaji, faham Al-Quran atau dengar ceramah agama. Sebab selama hidup dia (yang masih muda tu) dia dah dapat semua apa dia nak. Secara pandangan kasar lah. Jadi dia mencari sesuatu yang tak nampak dari mata kasar pula, iaitu akhirat, syurga, amal ibadah dan lain-lain. Apa lagi kita nak dalam hidup ni selain pengakhiran khusnul hotimah. Kan..?


Pagi ni,


Aku baca pula Love Letter dari Aida Azlin tentang macam mana Allah nak "bersihkan" diri kita ni dengan Allah hantarkan ujian. Allah tunjukkan pada kita kesakitan, kekecewaan dan kesedihan sebab Allah nak bagi kita pengajaran, kebahagiaan dan penghormatan. Pernah dengar kan orang kata, di setiap satu ujian tu tanda Allah sayangkan kita dan Allah nak angkat darjat kita. Subahanallah. Maha Baik lagi Maha Pengasih kan Allah ni.


Aida Azlin kongsi satu perumpamaan ni :

My Ustazah was telling me, "It's like doing your laundry, Aida. You have all these dirty, soiled clothes in the machine, and in order to get everything cleaned, your clothes will have to go through multiple rounds and oscillations of cleaning. And while it's being cleaned, you cannot be impatient and just pull off the switch! You gotta let it run its course.
It's the same with our hearts. I'm sorry to say this, but our hearts are dirty, Aida. And Allah SWT cleans them through these hardships that He has personalised just for us. So we cannot give up half-way as He's purifying us. We have to go through it, no matter how difficult things may get. Don't pull off the plug on yourself just yet, trust in Him, and then see how you will come out of it "cleaner", "fresher" and smelling a lot nicer too!"

Lama aku cuba hadamkan dua perkara ni. Hati aku jadi sebak. Allah tu kalau nak menegur hambaNya macam-macam cara Allah bagi. Kadang-kala cara berkias, kadang-kala terus direct. Kita je kadang-kala buat tak faham dan tak nampak. Aku ni selalu duk fikir, tebal mana agaknya buku amalan aku. Entah-entah nipis je macam kertas lapik nasi lemak. Itu pun masih banyak complaint. Masih kurang bersyukur dengan peluang dan kesempatan yang Allah bagi.


Banyak melagha je aku ni. Entah bila nak betul-betul bulatkan hati. Hidup ni bukan makin panjang pun. Aku masih merangkak lagi. Allahu..!


Semoga hari-hari kalian lebih baik dari hari aku. Semoga buku amalan kalian lebih tebal dari buku amalan aku. Semoga kalian diberi lebih banyak peluang dan kesempatan macam aku. Dan semoga nanti di akhirat, kalian seru-seru lah nama aku kalau tak nampak aku di syurga bersama-sama kalian. Jangan lupa aku.



...


2 comments:

  1. Kalau aku macam lopa, mungkin aku pun akan buat hal yang sama.
    Uhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. level Lofa tu, business ikut dia bukan dia ikut business lagi. Aku doa kita sama-sama akan capai tahap macam Lofa satu hari nanti. Aamiin.. :)

      ...

      Delete

Powered by Blogger.