Di Panah Petir

Kenapa kebelakangan ni semua bercakap tentang rumah? Artis tu beli rumah, artis ni beli rumah. Orang tu renovate rumah dari kecik jadi besar. Orang ni pula decorate rumah murah sampai nampak mahal. Ada orang nak beli rumah, semua mahal. Ada orang lain pula nak jual rumah, sebab nak pakai duit. Semua bercakap tentang rumah. Dan hari ni Love Letter Aida Azlin pun berkisar tentang rumah. Ya Allah, petanda apakah ini..?


Rumah adalah tempat kediaman. Tempat kau berumah dan berdiam. Tempat yang sepatutnya memberi kau rasa selamat dan terlindung. Bukan sahaja terlindung dari panas dan hujan, tapi juga terlindung dari dunia yang kejam yang penuh kepura-puraan dan tak pernah berhenti nak judge orang 24 jam (ehh.. bila emo tetiba masuk bab lain. sorry. well, you know..) Rumah tempat kita boleh buat apa kita suka ikut cara kita. Rumah tempat kita rasa selesa nak buka aurat tanpa was-was. Rumah tempat kita simpan segala benda fizikal dan emosi. Rumah tempat yang akan kita tuju dan rindu walau ke hujung dunia pun kita berada.


Soalnya, rumah kita yang sebenar tu di mana letaknya..?


Adakah rumah yang kita panggil rumah ini memang benar-benar rumah kita. Sebuah rumah yang kita boleh panggil rumah..? Adakah rumah yang kita diami ini sebenarnya tempat paling selamat yang kita ada..? Rumah kita walau rumah sewa, adakah rumah kita..? Rumah yang kita beli, walau masih ada hutang bank 30 tahun lagi, adakah kita boleh kata rumah ini milik kita..? Rumah mak ayah kita, tempat kita membesar dan mengenal dunia -- adakah itu rumah kita..? Bagi aku, soalan-soalan ini masih belum mampu aku jawab dengan keyakinan di dada. Aku sebenarnya tak ada rumah. Done.


Semalam rumah (aku) dipanah petir. Habis terbakar fius di DB dan menyebabkan bekalan elektrik terganggu sepenuhnya. Walaupun aku selalu kata -- biar tak ada elektrik, jangan tak ada air. Tapi sebenarnya tak ada elektrik pun sengsara juga. Anak-anak zaman selepas merdeka seperti aku, tak betah hidup dengan bergantung cahaya lilin. Lantaklah nak kata aku berlagak pun. Tapi aku tak tipu. Bukan tak boleh hidup langsung, bukan tak pandai berdikari, tapi tu lah.. susah dohh takde elektrik. Nak iron baju kerja, shawl ropol2 -- semua nak elektrik. Waima nak bancuh kopi panas2 pun kena tunggu air masak kat cerek. Lambat. Aku biasa tekan kat mesin je, nak panas ke sejuk atau suhu bilik. Tekan je. Come on laaa..!


Terasa besarnya dugaan Allah bila di beri petir sampai jahanam sumber elektrik aku semalam. Sekali gus buat tenaga aku tersejat habis. Baru 4 jam tak ada elektrik, rasanya seperti 4 tahun duduk dalam gua. Dan bila aku terbaca quotes yang kata "petir dan guruh adalah teguran dari Allah untuk umatnya yang leka.."  dushhhh.. terus terpanah hati ku menjadi retak beribu.. ahh..! mula la fikiran dan emosi aku bergabung lalu mencambahkan pemikiran-pemikiran unik yang luar biasa. Aku mula mencari makna tersirat di sebalik apa yang tersurat. Kemudian aku menimbang-nimbang segala kemungkinan agar aku bertemu jawapan.


Ingat tak tentang post INI yang aku bagitahu tentang solat istikharah tu.


Ya, aku masih mencari-cari dan ternanti-nanti petunjuk. Masih belum jumpa. Masih belum buat keputusan. Masih mengharap Allah tunjukkan aku jawapan yang jelas dan kuat. Atau sebenarnya Allah dah bagi petunjuk yang jelas, cuma aku yang tak kuat..? Wallahua'lam..


.

.

.


Yang di panah itu rumah ku, yang terhangus adalah hati ku.

Yang bergelap itu rumah ku, yang meraba-raba tiada hala tujuan adalah cinta ku.

Yang di panah itu rumah ku, yang tertikam adalah kesabaranku.

Yang di bawa pergi bersama-sama hujan yang membadai semalam adalah apa yang telah lama dulu hilang. Yang tidak kau sedarkan. Yang tak pernah kau pedulikan. Maka jangan di marah kepada hujan, guruh dan petir kerana yang ingin Allah hadiahkan sebenarnya adalah pelangi 7 lapisan.


Hati, berdamailah dengan ketentuan..

Lepaskan apa yang tak mampu kau maafkan...



...


No comments:

Powered by Blogger.