Dalam Hati : Berlanggar dan Menghancur

Hidup aku kebelakangan ini adalah suck..! Asyik tak sihat. Demam-batuk-demam-batuk-sakit tekak sebab tekak kering sangat-setiap kali batuk, rasa tekak macam kena kikis atas jalan tar. Perit gila. Segala macam ubat aku dah telan. Madu dah. Jus nanas dah. Ubat batuk yang klinik bagi tak payah cerita, berbotol dah. Cuma bila orang suruh telan minyak zaitun pure -- tak tertelan dek tekak aku. Tak sanggup. Dan sebenar-benarnya segala jenis ubat dan petua yang aku dah buat tu, tidaklah akan berjaya jika tak minum air kosong yang cukup. Dammmn..! apasal aku benci air kosong..??? Liat gila nak minum air kosong.

Semalam slumber je aku teguk pepsi. Satu botol kecik tu sekali hadap. Tengah batuk teruk tu layan pepsi, nikmatnya Ya Allah. Walaupun kena jelingan maut dari suami, namun magiknya malam tadi aku berjaya tidur lena. Tak batuk-batuk macam biasa. Apakah pepsi memang roh kembar aku yang terpisah selama ini..? Yang menjadi sayap-sayap penyelamat dan pelindung aku selama-lamanya..? Macam gampang dia punya beria nak justified kebaikan bendalah tu. Oii.. pepsi je pun..!

Dan ya, tidaklah aku sengaja ceritakan segala kesakitan dan keperitan tekak semata-mata di sini. Tak ada gilanya aku nak update blog semata-mata nak bagitahu aku tengah batuk dan sakit tekak. Aku hanya akan update blog bila jiwa aku sakit. Atau hati aku sakit. Atau otak aku sakit. Sakit-sakit yang sejenis itu sahaja berjaya buat aku kembali ke blog. Dushh..!

Sejak balik dari Pakistan, hidup aku macam di uji sangat. Oh, masa kat Pakistan pun di uji juga. Tapi sebab kat negara orang, aku sedikit bertabah dan terpaksa kuat. Bila dah balik negara sendiri, tempat sendiri, rumah sendiri -- alih-alih jadi fragile, lemah dan memanja sesangat. Hati aku macam berkehendak kepada sesuatu yang lain (which is aku tak boleh share kat sini) dan kepala otak aku pun plan benda lain.. tapi takdir menyusun hal yang lain untuk aku. Faham tak..? Dia jadi macam accident kat tengah-tengah. Berlanggar dan menghancur. Sebab tu aku rasa hidup aku sekarang gila suck..!

Penyakit malas nak pergi kerja tu datang balik. Dengan tidak semena-mena padahal masa kat Pakistan tu, rindu gila kat office. Satu lagi penyakit tak boleh tidur awal dan bangun awal tu pun kembali juga. Walaupun aku dah kurangkan minum kopi/nescafe tapi aku tetap susah nak tidur bila malam menjengah. Satu, sebab batuk tu lah. Azab gila bila setiap kali kau rebah letak kepala je, batuk berkongkol-kongkol pun tiba. Terus tanpa segan silu, aku menyumpah seranah lah. Marahkan batuk yang tak mahu berdiplomasi di malam-malam buta. Gila.

Selebihnya adalah apa yang 'tersangkut' dalam kepala aku ni. Macam tak lepas-lepas. Aku letih fikir benda yang tak tahu punca ni. Menung pandang siling sambil terkebil-kebil tak boleh tidur. Hati aku berdenyut-denyut minta di dengar, macam nak melompat keluar dan duduk diam-diam sembunyi di dalam peti besi berkunci rahsia. Jiwa aku mahu menjerit. Kaki mahu berlari melepasi batas-batas hipokrasi. Tapi aku terbelenggu. Terikat dan diikat. 

Kenapa..?

Terasa benar jiwa aku kosong. Bila kosong, mudah benda merepek menyusup masuk. Tapi bila jiwa aku penuh, aku jadi tak tentu arah. Aku cuma mahu tenang tapi terlalu tenang juga boleh membunuh. Aku dapat rasakan 'penyakit' aku kembali bersarang dan memberat. Tuhan, tolong bawa aku keluar.. bawa aku jauh.. jangan serahkan aku kepada diri aku..!



...


No comments:

Powered by Blogger.