Jujurkah Senyuman Itu

Aku sedang mengantuk. Menguap sampai keluar airmata. Padahal semalam tidur awal, sebelum pukul 11 malam sudah lelap dan pagi ni sudah minum satu mug besar kopi Tenom panas-panas. Masih mengantuk. Masih menguap tak berhenti. Rasa nak nangis sebab stress..! Kenapa mengantuk sangat ni Ya Tuhannnnn..

(ohh.. mungkin sebab pagi ni belum solat sunat dhuha lagi.... ohhh... ohhh...)

Kerja banyak belum siap. Bertangguh sejak minggu lepas. Sebab? Malas. Apa nak buat, mood rajin belum mariiii. Jadi kerja tu letak kemas-kemas di tepi meja. Aku sibukkan diri main games dan layan socmed tanpa rasa bersalah. Dan tiba-tiba terus betul-betul jadi sibuk. Socmed ni kalau di layan makin tak boleh berhenti. Macam ada saka dalam tu. Memanggil-manggil dan merantai. Lepas satu, satu lagi. Dari 10 minit membawa ke 3 jam straight tak berhenti melayan socmed. Ya Tuhannnnn...!

(dah tahu tapi masih buat.. tu lah tu.. astaghfirullah ala'zim)

Sebenarnya apa yang aku nak share ni tentang satu hal yang simple je. Selalu aku terfikir tentang hal ni jadi aku decide nak tulis sini. Mana lah tahu kalau esok-esok terleka, mudah-mudahan entri ini akan mengingatkan aku kembali. Sesungguhnya, sekeping gambar boleh menipu..! Sekeping gambar boleh membuat kau salah menilai. Sekeping gambar boleh menghuru-harakan sebuah perhubungan yang terbina berpuluh-puluh tahun lamanya. Sekeping gambar boleh menjadikan kau gila dan lupa Tuhan. Sekeping gambar boleh mempunyai seribu satu rasa yang berselirat dan memabukkan.

Aku ada seorang mak saudara yang aku tak berapa suka perangainya. Bukan tak suka apa la, tapi macam tak berkenan dan tak boleh seiring sejalan dengan aku. Tapi dia ni kalau bergambar, senyuman manis dan raut wajah dia nampak mesra. Kalau orang yang tak kenal dia personally, mungkin akan menyangka dia seorang wanita yang penyayang, murah senyuman, baik hati dan lemah lembut.

Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Aku juga ada seorang mak saudara yang aku suka. Orangnya baik, pemurah, baik hati, suka bergurau dan berjenaka, tak berat tulang, memang disenangi oleh semua. Tapi bila dalam gambar, dia ni jarang nak senyum. Terus nampak muka dia sombong dan serius. Kalau orang tak kenal, mungkin sangka dia ni garang lagi menakutkan. Tapi dia bukan macam tu sebenarnya. Kami selalu 'paksa' dia senyum setiap kali nak snap gambar. End up senyuman dia dalam gambar memang nampak kekok dan tak real.. hahahahaa..! :p

Begitu lah kehidupan. Apa yang kita lihat secara luaran itu tidak semestinya adalah kebenaran. Apatah lagi kalau kita hanya melihat dari jauh, kita tidak akan pernah dapat faham apa yang sebenarnya di dasar. Aku jadi takut dengan kehidupan yang semakin hari semakin tricky ini. Hampir semuanya palsu, jadi mana satu yang real ? Dan sampai bila kita akan hidup di dalam dunia pembohongan dan kepura-puraan ini. Sekarang semua benda boleh edit ya. Segala macam jenis aplikasi kita boleh download percuma je. Lepas tu edit la segala apa dan macam mana gaya pun yang kita suka. Yang asli, yang raw, yang tak dijamah lagi, yang suci.. semua orang delete dan tak peduli lagi..! Ya Tuhan.. :(

Aku jadi prejudis dengan setiap senyuman yang aku lihat di dalam gambar.

Apakah senyuman itu benar-benar senyuman kebahagiaan..?





...

No comments:

Powered by Blogger.