Hunza Pakistan | Mungkinkah Ada Penawar

Pagi tadi melt down lagi. Sakit. Berat nak bangkit walau mata celik. Tak tahu apa yang aku fikir. Pandang siling layan perasaan lepas tu mengeluh. Makin kerap melt down tak kira siang malam dah sejak dua minggu ni tanpa aku tahu apa punca dan pencetusnya. Seingat aku, tahun lepas pun dalam bulan Jun-Julai-Ogos ni aku melt down teruk. Agaknya ini memang masa-masa hati aku fragile secara geografi dan kitaran bulan dalam tahun. So, tahun depan masuk bulan Jun aku kena lebih berhati-hati. Ini tiga bulan paling sensatif untuk aku.

Rasa nak bangkit tu semakin payah. Pedih hati tu tak tahu nak describe macam mana sebab dah banyak kali sangat jadi. Pujuk hati -- luka lagi. Pujuk lagi -- luka lagi dan lagi. Berulang-ulang keseratus juta kali. Aku penat. Aku kehabisan idea, tak tahu dah nak pujuk hati macam mana lagi. Cuma pagi ni melt down aku sekejap je, lepas satu jam lebih sikit aku bangkit -- mandi -- qada solat -- bersiap dan terus pergi kerja. Dalam kereta masa drive tadi, menangis-nangis. Hiba tak tentu hala. Dengar lagu Ekamatra Pusara Di Lebuhraya, airmata aku berjurai-jurai. Jangan tanya lah kenapa. Hati aku tengah fragile, okeh..! Biar situ..!

Oh ye, aku ada kereta baru. Viva Elite yang aku pakai 10 tahun tu dah jual. Sekarang aku pakai Saga color merah mengaum. Kereta tu guna loan Pokchik, nama Pokchik tapi bayaran bulanan nanti tolak daripada bayaran balik loan rumah. Dapat Saga ni pun dah bahagia sangat dah. Berbunga-bunga hati. Siapa tak seronok kan dapat kereta baru. Walaupun Saga je pun. Tapi alhamdulillah, aku syukur, happy dan semangat la sikit nak pergi kerja hari-hari.

Dan hari ni juga, kami buat bayaran deposit untuk join trip bercuti ke Pakistan bulan Oktober nanti. Aku diam je, semua Pokchik yang urus. Duit deposit RM4k tadi pun semua duit Pokchik. Dulu pergi India dan Istanbul pun semua duit Pokchik. Pergi Umrah dua kali pun duit Pokchik sepenuhnya. Aku buat apa..? Bawa duit belanja je itu pun paling banyak aku pernah bawa RM2k untuk belanja dua orang. Sadis kan..? Tapi cukup tau.. alhamdulillah, kami berdua bukan jenis suka shopping. Yang penting nak pergi berjalan, bercuti, tengok tempat orang, tambah pengalaman, cari kepuasan dengan view yang cantik-cantik kat negara orang.

Alhamdulillah.. again and again.

So, bulan Oktober nanti InsyaAllah kami ke Pakistan. Mohon doakan trip kami selamat pergi dan balik. Mohon doakan percutian itu nanti akan mengeratkan lagi ikatan suami isteri kami. Mohon doakan percutian itu nanti menjadi penawar dan asbab aku kembali sihat sepenuhnya. Sihat dalam erti kata sebenar. Sihat fizikal, sihat mental, sihat jiwa, sihat hati, sihat amalan. Aamiin.. Aamiin Ya Rabb..

So, sekarang fokus nak kuruskan badan. Serik dah aku pergi Istanbul tahun lepas tak banyak gambar cantik sebab aku gemuk...! stress.. :(



...

No comments:

Powered by Blogger.