Aku Menjadi Seseorang Yang Aku Benci

Semalam aku melt down lagi. Macam budak autism pula ada masa-masa melt down kan. Aku tak pergi kerja, duduk termenung dan membatukan diri dekat rumah (dalam bilik, berkelubung selimut tebal, aircond suhu 16 dan langsir bertutup kemas). Hari ku jadi gelap dan dingin. Fikiran ku kosong. Airmata ku mengering. Aku sendiri mencampakkan diri ke dunia sunyi dan hambar itu. Tidak ada sesiapa atau apa-apa yang memaksa aku ke situ. Aku sendiri.

Sejak dua menjak ni aku telah bertukar menjadi seseorang yang aku benci. Apakah ini karma atau paku serpih yang dipulangkan semula kepada aku? Apakah ini hukuman? atau hanya ujian? Aku menjadi seseorang yang selama ini aku benci, seseorang yang selalu aku cuba elakkan. Adakah aku perlu lari daripada diri aku sendiri..?

Yang pertama, aku jadi seorang yang sangat negatif dalam semua benda. Cara otak aku bekerja sekarang sangat penuh dengan toksid. Seolah-olah aku tidak dapat melihat mana-mana sisi positif lagi dalam hidup aku. Sedangkan aku dulu tak begitu. Seboleh-bolehnya aku akan fikir dan lihat yang positif sahaja. Benda yang negatif pun aku tetap akan cari hikmah dan benda positif di sebaliknya. Tapi sekarang sebaliknya..! Berubah 180 darjah..! Aku jadi manusia yang sangat negatif. Sekecil-kecil malapetaka yang berlaku di sekeliling aku, aku akan anggap sebagai hukuman atas dosa-dosa aku selama ni. Malah hal yang tak ada kena mengena dengan aku pun aku akan kaitkan dengan diri aku sendiri then aku mula fikir segala kemungkinan negatif yang berlaku.

Aku sakit..!
Sakit otak.

Yang kedua, aku sekarang macam budak belasan tahun yang sukakan perhatian. Walau kuat mana aku cuba nafikan, tapi nope..! aku harus mengakuinya di sini. Aku jadi manusia attention seekers yang kronik sekarang ni. Benda tu aku tak plan. Aku tak suka. Aku tak nak dan aku benci jadi attention seekers. Aku meluat. Tapi benda yang aku benci sangat-sangat tu lah sekarang aku buat. Aku tak tahu dan tak sedar sejak bila aku jadi macam ni sebab aku denial dengan diri sendiri. Cuma selepas sekian lama, bila aku buat analisa sendiri dalam kepala, aku sedar memang aku attention seekers yang merimaskan.

Aku nak di dengar. Aku nak di pujuk. Aku tahu apa masalah aku tapi tak nak mengakuinya sebab aku nak orang datang pada aku dan katakan sebaliknya. Aku mahu pujian. Aku mahu orang sokong aku. Aku mahu orang beri aku harapan yang manis-manis walaupun aku tak akan percaya pun. Anehnya, bila ada manusia yang sudi nak beri perhatian pada aku, sudi nak mendengar aku, setia menyokong aku.. aku pula yang annoying kat dia dan tak nak dia. Aku menjadi aku yang pertama ; negatif dengan semua benda termasuk negatif dengan niat orang yang ikhlas. Ahh.. tak ada manusia yang benar-benar ikhlas. Semua kebaikan mahukan balasan.. kan..? Tak mungkin ada manusia yang betul-betul mahu ambil berat dan sayang aku dengan ikhlas. Tak mungkin.

See..

Ini 'kanser'..!
Tolong beritahu aku, ini kanser tahap berapa...?



...





No comments:

Powered by Blogger.