Menunggu Jawapan Tuhan

Pernah tak ada satu perasaan takut untuk tahu kebenaran? Walau kuat mana pun kita mahukan jawapan kepada persoalan demi persoalan, tapi jauh di lubuk hati masih ada rasa takut dan berdebar-debar. Macam mana kalau jawapan yang di berikan itu bukan apa yang kita mahukan. Sejenis yang tanya soalan tapi dah tahu jawapan. Konon-konon keliru tapi sebenarnya dah tahu. Sengaja nak tanya sebab nak kepastian dan sebenarnya nak kan sokongan. Takut nak buat keputusan sendiri. Salah atau betul keputusan tu biar ada orang lain tanggung bersama. Kan..?

Pernah tak dah sungguh-sungguh buat solat istikharah dan dah sungguh-sungguh serah pada Tuhan, tapi lepas tu takut nak tahu jawapan daripada Tuhan tu. Berdebar-debar. Risau. Tak senang duduk. Tak lena tidur. Kau sedang bermain-main dengan jawapan Tuhan..? Setegar itu kau berteka-teki dan mahu Tuhan faham..? Kau siapa..?

Bila kau minta dengan Tuhan, kau minta dengan pemilik alam. Kau ragu-ragu dengan jawapan daripada Tuhan..? Kau siapa nak meragui jawapan Yang Maha Agong itu..? Kalau kau cuma nak dengar jawapan yang kau nak, jangan minta dengan Tuhan. Minta dengan dinding putih. Tulis soalan dan jawapan yang kau nak kat situ lepas tu tenung lama-lama sampai tembus. Settle.

Bila kau minta dengan Tuhan, minta Tuhan bukakan hati kau sekali. Minta Tuhan lapangkan hati kau untuk terima apa sahaja yang telah di suratkan dengan tenang, rasional dan redha. Bila kau minta dengan Tuhan, jangan main-main la. Minta betul-betul. Tuhan Maha Pemberi. Kalau kau minta benda salah, Tuhan tak akan bagi. Sebab Tuhan Maha Penyayang. Ingat.

.
.
.

Aku sedang menanti jawapan kepada solat istikharah ku dalam debar dan kecamuk hati. Tuhan, tolong berbelas kasihan dengan ku. Tuhan, jawaplah soalan-soalan di dalam benak ku. Tuhan, bukakan jalan yang terang dan luas untuk aku menerima jawapan Mu (dengan hati yang tenang).

.
.
.

No comments:

Powered by Blogger.