Kembali Kepada '0'

Dunia menghentak aku sekali lagi. Untuk sekian kali. Terduduk dan terperuk lagi dalam seribu satu rasa yang menyesakkan dada. Aku menangis dan meraung namun tiada airmata. Aku meronta-ronta ingin melepaskan belenggu tajam yang menikam, namun tubuhku kaku. Masih di situ. Apa yang kau lihat aku hari ini bukan apa sebenarnya yang sedang aku alami. Percayalah, pandangan mata memang mengaburi.

Aku sedang nazak di dalam ini. Aku tidak mampu bernafas waima meneruskan apa jua lagi. Malangnya aku belum mati. Aku seperti kebal dan tidak boleh mati. Walau berkali-kali aku minta Tuhan tolong beri aku mati. Tapi Tuhan Maha Mengetahui. Tuhan tahu aku masih banyak dosa lagi.

Aku kembali kepada '0'

Segala usaha jadi sia-sia kembali. Setiap langkah terhenti. Setiap kata-kata semangat di tiup angin lalu dan menghilang. Aku sudah tidak punya apa-apa bekalan lagi. Semua sudah aku lebur henyakkan. Kini aku '0' kembali.

.
.
.







.

No comments:

Powered by Blogger.