Selamat Menikmati Ramadan Al-Mubarak

Puasa hari ketiga. Selamat menikmati Ramadan seadanya. Bulan penuh keberkatan, tenang, banyak peluang dan sangat-sangat special dalam semua sudut. Alhamdulillah. Sekadar update daripada post yang lepas, aku berjaya selesaikan puasa ganti yang 8 hari tu genap pada 15 Syaaban yang lepas. Syukur. Sebab? hujung-hujung Syaaban ramai betul buat majlis 'sambut' Ramadhan, sayang kalau tak dapat pergi makan-makan sebab kau kena puasa ganti.. hahahahaa.. :p

Maka, tahun ini seperti biasa aku berazam untuk mengganti puasa lebih awal. Slow tak apa, janji habis ganti kalau boleh sebelum masuk bulan Rejab tahun depan. Jadi boleh fokus pada puasa-puasa sunat je lepas tu. Tapi lagi best kalau tahun ni tak ada cuti puasa.. kan..? Perggghh.. bahagia gila kalau tak ada cuti puasa. Aku pernah 'dapat' sekali je puasa full satu bulan. Tahun 2015 kalau tak silap. Punya bahagia tu, Ya Allah rasa nak heboh satu dunia. Tapi ku simpan. Syukur dalam hati. Sujud syukur. Rasa bertuah sangat. Tu je. Tapi next year nya tu (2016) aku cuti puasa sampai 13 hari sebab cuti awal puasa dan akhir puasa.. grgrgrgrgr..! redhooo je lah..!

Ohh..! Lupa nak cerita, sehari sebelum Ramadhan hari tu aku kena food poisoning yang separa teruk. Melepek juga kalau dah dekat dua puluh kali berulang ke toilet. Letih. Tapi tahun lepas aku pernah kena food poisoning yang lebih teruk sampai demam-demam. Kali ni macam boleh handle sikit la maybe sebab aku cepat-cepat gi teguk Yakult banyak-banyak. So, macam terkawal sikit.

Risau juga food poisoning tu melarat sampai 1st day Ramadan tu takut tak boleh nak puasa. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kesembuhan cepat. Dapat lah aku berpuasa 1st dan sampai hari ni. Cuma solat tarawikh je belum mampu nak ikut ke masjid. Aku solat sendiri kat rumah je. Dan satu lagi, effect dari food poisoning tu perut aku cepat pedih. Dah la tak ada selera nak makan, sahur pun makan roti je 2 keping. Lepas tu tengahari lapar, sakit kepala, sebab perut sebu penuh angin. Sedih lah :(

Aku masih mencari-cari formula bersahur yang boleh buat aku tahan lapar. Kurma memang aku makan 3 biji setiap kali sahur. Sekarang nak fikir benda apa aku boleh makan atau minum nak bagi rasa kenyang tu berpanjangan sikit. Kalau boleh aku tak nak makan nasi sebab nanti aku mengantuk kaw-kaw. Susah nak drive pergi kerja kalau asyik menguap sampai nak tercabut tulang rahang.. faham tak struggled tu..? hahahahaa..

Okey, move on.

This year, aku ingat konon nak tulis tentang doa-doa aku sepanjang bulan Ramadan ni. Yang simple-simple je lah. Doa tentang aku, tentang masa hadapan, tentang orang-orang yang aku sayang dan apa-apa je lah yang aku harapkan dari Tuhan. Macam tu lah plan aku. Sebenarnya ada beberapa point aku dah draft, nanti aku edit sikit dan publish. Hajat aku macam nak update satu hari satu entry tentang doa ni, tapi rasa macam tinggi sangat target tu. Seminggu sekali kalau aku dapat update pun dah syukur. Tengok la macam mana nanti. 

Harapan aku, mudah-mudahan apa aku tulis tu dapat menjadi inspirasi kepada orang lain. Mana lah tahu kan, apa yang aku doa tu tak dapat kat aku tapi dapat kat pembaca-pembaca blog aku ni. InsyaAllah. Tiada yang mustahil kan. Walaupun aku tahu tak ada yang sudi baca pun, tak apa lah. Aku sendiri tulis, aku sendiri baca. It's time to focus on myself. Puas dah fikir pasal orang, happy kan orang, bahagiakan orang, jaga jodoh orang (ehhh.. tiberrr lahh kau nihh..!! hahahaha..)

By the way, semalam sebelum solat Isyak aku perasan atas pipi kanan aku ada dua helai bulu mata gugur. Aku kuis dengan jari sambil senyum-senyum dalam hati... Siapa yang rindukan aku sangat-sangat ni..?? baik pm tepi cepat...! hahahahaha.. Mood perasan berangan is on bebeh.. :p



...

No comments:

Powered by Blogger.