DOA 1 | Tuhan Berikan Aku Kekuatan

Setiap hari aku berdoa mohon Allah bagi aku kekuatan. Sebab aku sebenarnya sangat-sangat fragile di dalam. Emosi dan semangat aku sangat lemah dan mudah tercalar. Entahlah. Menjadi seorang aku, rasanya sangat berat (aku rasa lah) jadi aku selalu rasa aku tak mampu nak jadi aku. Tak mampu nak pikul apa segala yang aku pikul sekarang ni. Terutama expectation orang. Tak tahu lah kenapa aku masih hidup dengan tak habis-habis risaukan expectation orang. Susah betul nak buang. Cuma sekarang ni aku dah kurang sikit fikir apa orang kata, dah pandai ignore tapi itu pun dalam hati kadang ada satu rasa tak selesa, risau, takut yang entah apa-apa. Cuma bezanya sekarang aku tak react kepada perkara yang aku tak selesa tu. Aku diam atau aku jauhkan diri. Lama-lama aku lupa then settle sendiri. 

Maka, Ramadan ini aku mohon Allah s.w.t. beri aku kekuatan. Hari ini aku kuat, esok aku pecah. Lusa kuat balik, esoknya dah retak-retak. Hanya Allah yang tahu macam mana struggled aku setiap hari, bangun pagi, tahan air mata, tahan hati pecah -- dan terus bangun untuk pura-pura normal. Setiap hari..! Setiap hari..! Ya, aku ulang.. setiap hari. Pura-pura normal tu dah jadi kebiasan aku sampai rasa dah natural, tak macam pura-pura lagi. Tapi struggled tiap-tiap pagi tu kenapa masih ada dan tak pernah selesai?

Aku perlukan kekuatan tu. Macam bateri, kena cas setiap masa. Bila aku lemah, aku jadi kecil dalam semua segi. Aku cepat kecil hati, aku cepat rasa diri ni kecil dan looser, aku kecilkan impian, aku kecilkan pergaulan, aku kecilkan empathy pada apa-apa yang di sekeliling aku. Aku macam mengecut. Kalau boleh nak keluar rumah pakai telekung tutup semua. Atau kalau ada pil halimunan, aku nak beli. Telan tiap-tiap pagi kemudian zass -- hilang dari pandangan manusia. Best agaknya kalau dapat hilang dari pandangan manusia tapi masih ada, masih bernyawa. Orang tak nampak aku, jadi orang tak boleh judge aku. Aku je nampak orang dan aku je tahu siapa yang  jujur, siapa fake..! woww..

Aku mohon Allah beri aku sedikit lebih kekuatan untuk aku mampu bangkit dan teruskan kehidupan. Tak banyak yang aku nak ubah dalam hidup aku ni sebab semua aku dah ada. Alhamdulillah. Cuma yang rapuh-rapuh kat dalam tu, aku nak bagi simen elok-elok biar kukuh teguh. Penat dah jadi fragile ni. Every time nak kena lawan, every time nak kena kutip serpih-serpih hati yang berkecai. Aku bukan makin muda, tak kan sampai tua masih nak layan kecil-kecil hati ni. Mereput lah aku..!

Doakan aku kuat ya kawan-kawan.
Mudah-mudahan kekuatan tu kita boleh kongsi-kongsi nanti.

Aamiin.




...

1 comment:

  1. Semoga Ain kuat dan Selamat Hari Raya Ain.
    Tamau sedih2 k. Semangat terus positif!
    (Amboi zhi nasihat org pandai) ..

    xo

    ReplyDelete

Powered by Blogger.