Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Betul tak..? Terutama saat mula-mula bangun pagi tu. Kalau bangun pagi tu mood elok, then elok je jadinya. Mahu je celik mata tu. Mandi, gosok gigi, berak, bau shower cream sampai feeling masa cuci muka sambil urut2 pipi -- elok je semua. Bahagia. Tapi cubalah satu pagi tu bangun pagi dalam mood berhantu. Nak mengamuk saje. Mata pun tak sudi nak celik. Lepas tu marah mata kenapa mengantuk sangat..! Astaghfirullah ala'zim. Kau marah siapa sebenarnya..?!! Aku tak tahu la kalau circle ni terjadi pada orang perempuan time datang PMS je, tapi seingat aku masa aku tak PMS pun memang mood aku ups and down sesuka hati.

Kalau celik mata pagi tu rasa iman macam stabil skit, aku bisik dalam hati nak solat sunat fajar then solat subuh. Then keluar rumah awal2 gelap pagi supaya boleh sampai office awal on time. Dan selalunya menjadi je. Elok je timming mandi dan bersiap aku ikut yang aku nak. Tapi cuba bila bangun pagi iman level kat buku lali, Ya Allah.. hazabbbbbbnyaa..! Nak celik mata pun merungut. Solat mengeliat. Sampai office confirm lajak time ke laut sebab pergi mampossss semua, i dont care..!! Satu hari tu akan jadi hari paling hazabakejadah..!

Apa yang kita fikir akan mempengaruhi apa yang terjadi dalam hidup kita. Masalah bagi orang yang complicated and always over thinking macam aku ni, sangatlah susah lagi terseksa untuk menahan diri daripada fikir benda yang bukan-bukan. Dia macam jalan-jalan kat shopping mall, then suka menyinggah -- semua kedai nampak menarik dan semua kedai pun aku nak singgah. Bukan nak beli apa-apa pun tapi saje nak tengok-tengok. Susah nak tahan atau buang tabiat ni. Macam tu lah cara aku berfikir. Banyak sangat fikiran aku 'menyinggah' ke mana-mana ntah. Kadang-kadang nasib tak baik, tersinggah kat part yang negatif-busuk-gelap-sakit-kejam. Tu yang aku hanyut tu..!

Tambah lagi parah bila aku suka take serious about everything yang fikiran aku pernah singgah. Terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. Tu yang selalu tidur mengigau. Aku jenis bila dah teringat atau terfikir pasal satu-satu perkara tu, aku tak boleh nak ignore. Aku akan fikir, aku akan ingat, aku akan korek2 balik kenangan dulu, aku akan analisa, aku akan bayangkan kalau A kalau B kalau C and bla bla bla.. tak habis wehh..!!

Sebab tu bila bangun pagi, aku selalu struggled. Sangat struggled untuk keep my mind steady and always positive. Tuhan je tahu macam mana susah. Dan tolonglah jangan cakap kat aku "janganlah fikir sangat.. buat biasa2 je.. buat tak tahu je.."

No..! No..!

Aku tak boleh nak buat-buat tak tahu tu. Once aku dah terfikir, aku susah nak buat-buat macam tak fikir. Boleh, tapi take time. Dan dengan bersusah payah. Aku selalu cakap sorang2 so jangan lah terkejut kalau satu hari nanti korang nampak aku cakap sorang2 dan kau rasa aku gila or annoying nak mampos. Aku tengah pimpin fikiran aku supaya jangan banyak menyinggah. Tu je.

At least waktu pagi masa mula-mula celik mata. Aku pun nak hidup yang normal and happy macam orang lain yang boleh switch on switch off ikut apa diaorang suka. Aku punya switch dah rosak or version kurun ke-14 kot. Slow..!



...


No comments:

Powered by Blogger.