Mari Mula Semula

Aku rindu zaman mula-mula buat blog dulu-dulu. Zaman jiwa kacau. Zaman merepek entah apa-apa kat blog, menaip sambil nangis-nangis, meleleh-leleh air hingus segala. Zaman tu ramai gila blogger yang deep dan menulis dengan penuh perasaan, cukup segala rempah ratus dan rasa. Sampai jadi addicted pada penulisan diaorang. Satu hari tak jengah blog diaorang memang tidur malam mengigau..! Dan bila dua tiga hari diaorang tak update blog, mula la kita sebagai peminat ni tak keruan. Tertunggu-tunggu.

Zaman tu la aku kenal Fynn Jamal, LadyNoe, Pjoe, Cikgu Jawe dan ramai lagi blogger hebat yang best dan power..! Zaman tu tak kenal muka, tak dengar suara tapi tahap minat tu memang kalau minta derma darah tu, 10 tabung pun sanggup aku bagi. Punyalah sayang. Dan pada zaman-zaman tu juga lah aku kenal dengan sahabat baik sampai sekarang iaitu Cik Iman dan Lady Alis. Kalau korang tiba-tiba tengah baca ni, aku sayang korang dunia akhirat. Terima kasih untuk segala kenangan manis, airmata dan gelak ketawa kita selama lebih 10 tahun ni. Nanti di syurga, kalau tak nampak aku.. mohon seru-serulah nama aku dan ajak-ajaklah aku yang pendosa ni ke syurga juga.. :)

Sahabat,
Jom lah kembali ke blog. Mari mula semula. Macam dulu-dulu zaman tak ada live story kat IG, zaman malu-malu nak mengaku diri, cuma menyorok di balik nama samaran. Kalau letak gambar pun, gambar yang tak nampak muka. Nampak mata je.. hahahahaha..!! Lucu juga kita ni kan (baru sedar.. lols..!) Mari lah mula semula. Aku rindu zaman tu. Aku rindu korang. Aku rindu cerita-cerita 'rahsia' kita :)

Kalau rasa susah nak buat blog sekarang, pilih je blog yang simple macam blog aku ni. Template ni free je. Downoad dan tukar nama blog je sikit-sikit. Tak sampai satu jam dah boleh start menaip cerita untuk post pertama. Kalau tak ada masa, sibuk jaga anak ke, sibuk travel je, kau dowload apps Blogger yang free dan paling simple tu. Bila-bila masa free taip terus kat apps tu then publish. Tak payah fikir nak letak gambar apa, nak edit gambar la, nak letak watermark lah, tak payah semua tu. Tak payah. Aku cuma nak cerita kau orang. Aku rindu cerita-cerita slumber kita. Rindu nak nangis sama-sama (ehh..!)

Sahabat,
Masa berlalu sangat pantas. Tidak menunggu dan tidak berlengah. Kita sedang di makan usia. Tak ada apa-apa yang akan mampu bawa kita kembali ke saat-saat manis atau pahit hari ini yang sedang kita jalani. Marilah mula semula. Bina hubung kait kita dan berasa bahagia kembali dengan hal-hal kecil yang bermakna seperti cerita-cerita blog kita dulu. Kalau bukan untuk hari ini, mungkin untuk hari kita benar-benar tua nanti. 

Mari lah sahabat, kita mula semula.



...


No comments:

Powered by Blogger.