Depression

Aku rasa dalam 2018 penyakit yang paling popular adalah 'depression' dan tiba-tiba semua orang bercakap tentang depression. Tak kurang juga munculnya pakar-pakar 'depression' yang entah mana- mana dan berkembang bercambah macam seronok sangat jadi pakar 'depression' tu. Dia sendiri tak pernah kena depression, belajar pasal depression daripada novel, movie dan youtube tapiiiiiiii sibuk nak bagi nasihat pasal depression. Duduk diam lah..!

Jujur, aku tak ada masalah dengan kempen2 kesedaran tentang bahaya depression atau mental health ni apatah lagi banyak kes berlaku kebelakangan ni di sebabkan oleh orang yang ada sakit depression teruk. Aku sokong kempen-kempen macam tu. At least, mereka yang selama ni malu nak mengaku ada depression tak rasa mereka keseorangan dan rasa rendah diri (sebab kononnya mereka yang depression ni jauh daripada Tuhan, tak kuat iman, bla bla bla.. geram je aku baca komen2 jenis otak letak kat lutut macam tu.. letih nak ajar..!!)

Cuma, yang aku rasa sedikit annoying bila depression ni jadi macam satu trend pula. Kemain lagi lepas sorang, sorang lagi 'muncul' dan buat IG Live segala mengaku mereka depression selama ni. Menangis-nangis dalam live bagitahu mereka depression teruk sampai tahap nak bunuh diri segala. Penonton IG Live dia pun ramai2 nangis sama sambil kesian kat dia. Then.. apa..??? Lepas nangis-nangis tu, kau buat apa..?? Setakat mengaku "depression tapi sekarang alhamdulillah dah baik, dah berjaya lawan depression tu" -- semua orang boleh..!!!

Kalau betul2 kau depression, pergi jumpa doktor psikatrik. Ikut nasihat doktor. Makan ubat ikut time (kalau di beri ubat). Asingkan diri. Cari ketenangan. Bukan sibuk dengan socmed. Dan kepada kawan2 yang konon prihatin tu, nasihatkan kawan kau yang depression tu pergi jumpa doktor. Dapatkan rawatan yang betul. Teman dia. Perhatikan perubahan2 dia. Bukan sibuk send emoticon airmata masa dia buat IG Live. Jangan jadi palsu..! Baik yang mengaku depression atau yang acah2 prihatin kesian kat orang depression. Jangan palsu binti plastik.. please..!!

Setakat yang aku tahu, 70% pesakit yang mengaku diri mereka depression sebenarnya bukan depression pun tapi stress melampau je. Gagal dalam hidup atau gagal merancang hidup. Bukan depression. So, jangan cepat sangat nak cop diri sendiri pesakit depression then menagih-nagih simpati orang. Itu nama dia attention seekers dik..!! Dan....... setahu aku, orang yang betul2 dalam depression MALU nak mengaku dia depression secara terbuka tak memasal. Melainkan bila dia dah pulih, atau sebab dia terlibat dengan kempen kesedaran yang dianjurkan NGO berdaftar. Jadi dia mengaku tu sesuai dengan keperluan je, bukan berlebih-lebih sampai orang rasa annoying.

Aku dulu pun sekitar Julai-Ogos 2018 di rujuk ke pakar psikatrik hospital kerajaan sebab doktor kat klinik kesihatan kata aku ada kemurungan. Dammnn..! cuak oii.. rasa tak normal, rasa otak senget, rasa tak waras. Tapiiiiiiii.. nope..! nope..! lepas dua kali jumpa doktor psikatrik tu, aku sendiri istiharkan diri aku bukan depression. Bukan.

I'm just complicated. 
But I'm normal and sihat...! sihat ye.. sihat..! 




...

No comments:

Powered by Blogger.