Aku Tak Suka Berlawan

Hidup di zaman ini sedikit sebanyak menjadikan kita manusia yang selalu ingin lebih dari orang lain. Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada secara terang-terangan atau kias-kiasan. Kita sebenarnya sedang berlumba-lumba untuk berada di hadapan. Untuk berada di paling atas. Untuk selalu nampak paling bersinar. Kita sedang berjuang menempatkan diri dan menampakkan diri kita di kalangan crowd yang sesak ini.


Bukan tak boleh nak low profile dan blend biasa-biasa dalam crowd tapiiiiii rasa awkward. Dalam sesetengah keadaan pula akan rasa semua dahh jadi merepek gila sebab di zaman sekarang spotlight di halakan kepada semua orang. Siapa yang gila attention -- akan dapat spotlight dan siapa yang tak nak attention pun akan dapat spotlight. Tapi bukan spotlight yang sama. Manusia pula terlalu cepat memberi reaksi atas apa sahaja. Hal kecil jadi besar. Cerita pendek jadi panjang. Gossip dan fitnah jadi kebiasaan. Tidakkah semua itu sangat meng'annoying'kan..??


Kalau tak popular, tak boleh cari makan. Kalau tak peramah, akan di panggil sombong. Kalau tak join sembang, di kata acah-acah ustazah. Kalau tak setuju dengan idea orang, di tuduh suka membangkang. Bila diam -- di suruh cakap. Di tanya-tanya. Di desak-desak. Tapi bila mula bercakap -- di kata pula "apa kau cakap ni..? merepek la.. orang sini tak faham.." laaahhh..


Biar aku berterus-terang, aku bukan jenis yang ambitious sangat. Dan aku jenis tak suka berlawan. Aku suka berkawan sahaja. Aku suka buat sama-sama bukan bersaing siapa buat paling bagus atau siapa dapat siapkan paling awal. No. Hidup aku dah cukup complicated (baca : dalam fikiran aku) jadi dalam kehidupan nyata seharian ni, aku nak hidup light-light sahaja. Tolonglah jangan cabar-cabar dan cucuk-cucuk aku. Aku tak nak menonjol pun. Aku happy dengan hidup aku yang hari ni. Aku tak nak duduk kat depan jadi leader -- aku happy jadi pemain yang berfungsi dalam team. Itu je.


Jangan ajak aku berlawan, lah.


Hidup aku tak ada masa dan ruang untuk lawan-lawan ni. Aku rimas. Aku tak suka. Aku tak nak menang. Aku nak jadi aku sahaja. Kau nak menang -- silakan. 



...



No comments:

Powered by Blogger.