1 Hari Sebelum 1 Syawal

Kelmarin 3 Januari, hati aku remuk selepas mendengar cerita seorang kenalan. Orangnya ceria dan energetic. Cantik dan nampak muda remaja macam awal 30an sedangkan dia bakal masuk usia 42, tahun ni. Selama ni aku selalu fikir macam mana la dia ni happy memanjang. Tak reti ada masalah ke..? Tak penat ke..? Rajin bercakap, berbual, bergurau senda. Memang macam tak tahu penat langsung. Rupa-rupanya dia baru beberapa bulan ni habis tempoh edah. Baru nak move on dan bina hidup semula selepas dia diceraikan oleh suami sehari sebelum 1 Syawal yang lepas. Oh my....!


Aku sebenarnya tak kuat nak mendengar kisah-kisah benar macam ni. Walaupun aku tak kenal dia sangat dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga dia tapi saat dengar suara dia bergetar masa bercerita tu -- hati aku yang berderai. Dia berusaha untuk nampak kuat dan santai tapi kita yang mendengar ni boleh rasa jiwa dia masih sangat hancur. Aku tak mampu nak pandang mata dia dan aku speechless -- hilang kata-kata nak responds apa. Membayangkan macam mana la dia hadap pagi 1 Syawal tu, dengan perasaan yang maha kosong. Lagi nak fahamkan anak-anak pula. Ya Allah, Kau tunjukkan lah hikmah di sebalik ujian Mu yang besar ini. Janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami hadapi dan Kau jauhkan lah kami dari bersangka-sangka.


Sekarang dia nampak berusaha untuk move on dan bersemangat nak bina balik hidup dia. Ceria dia walau dah tak sama tapi aku tahu dia sedang sangat-sangat berusaha. It's okey. Small step dulu. Bukan senang nak move on gitu-gitu sahaja. Dia perlukan masa. Insha Allah. Mungkin ini adalah jalan yang lebih baik untuk dia dan anak-anak. Mungkin juga Allah nak selamatkan dia dari aib yang jauh lebih besar. Wallahualam. Aku happy untuk dia. Aku doakan dia terus ceria dan cekal hadapi hari esok. Mana lah tahu Allah nak datangkan jodoh yang jauh lebih baik untuk dia selepas ni.. kan..? :)


Yang belum boleh move on lagi tu -- aku.

 

Dah dua hari ni hati aku berat je rasa. Tak tahu la apa yang aku rasa tapi hati aku macam sayu je. Mungkin aku terbawa-bawa sangat dengan cerita dia. Overthinking aku datang mengganas balik. Macam-macam perasaan muncul. Dalam kepala ni terasa ada dua entiti sedang bergaduh bertumbuk tak henti-henti. Aku tak tahu apa yang digaduhkan. Tapi kepala aku jadi kusut. Macam-macam aku fikir. Isteri baik, cantik, ceria, sporting, senang jaga macam tu pun diceraikan, apatah lagi aku yang bosan ni. Isteri yang dah bertarung nyawa berkorban mengandung dan melahirkan zuriat untuk kau pun, kau ceraikan. Apatah lagi aku yang tak pernah ni. Isteri yang sama-sama kerja cari duit untuk kau pun, kau ceraikan. Apatah lagi aku yang gaji tak seberapa ni. Suami orang kejam, suami aku baik -- pun aku tak hargai. Suami orang tak matang, buat keputusan melulu, ego melangit -- suami aku matang, tenang, sabar and cool -- cukup ke aku bersyukur selama ni...?


Cukup ke usaha aku selama nak menjaga rumahtangga ni......? atau apakah selama ini aku terlalu sambil-lewa dan satu hari nanti kalau Allah ambil semula semua ni, apakah aku masih mampu bangkit meneruskan hidup dengan senyuman yang sama lagi...? Mampu ke...?



...


No comments:

Powered by Blogger.