Tahun Bertuah 2022

Aku terindu pada blog ni beberapa jam sebelum 2021 meninggalkan kita sepenuhnya. Macam tak percaya. Apa significant perasaan rindu dengan sambut tahun baru..? ahh.. saje. Dan aku rasa tahun baru yang kali ni ada beza. Apa yang beza, aku tak tahu. Tapi aku boleh rasa. Ermm.. kenapa dramatik sangat aku rasa kali ni. Adakah kerana 2021 terlalu roller coaster untuk aku atau kerana aku memang suka drama-drama sikit.. entahlah.. tapi hidup tak ada drama kan boring..! :p

 

Untuk 2021 ni tak banyak yang aku boleh recall. Agak teruk otak aku menyimpan memori ya. Cuma yang aku boleh ingat, first : bulan Februari aku dan Pokchik pindah ke JB. Mulakan hidup di JB. Pengalaman cari rumah sewa secara online. Sesi tinjau-tinjau beberapa rumah sewa yang menyeronokan walau sesat barat dalam JB ni. Sampai ke sesi tawar menawar harga sewa -- aku suka semua. Akan aku simpan kenangan tu kemas-kemas. Then pengalaman lapor diri di tempat bertugas yang baharu. Asing. Walau jabatan yang sama tp unit dan bidang tugas berbeza. Kerja baru. Kawan-kawan baru. Rutin baru. Ilmu baru. Kemahiran hidup dan mandiri yang baru. Tapi tidak menjadikan aku seorang yang baru. Aku masih sama dan lama.


Second.. negara kita PKP semula. Berkurung lagi. Work from home lagi. Aidilfitri cuma berdua lagi. Menu raya yang tak lengkap macam dulu-dulu lagi. Hanya video call di pagi raya lagi. Semua lagi dan lagi macam 2020 juga cuma tahun ni aku dan pokchik tercampak di JB. Terasa la beza dan kesukaran menyesuaikan diri tu. Tapi alhamdulillah.. semua berlalu tenang dan pantas. Tak terasa apa sangat. Tahu-tahu dah dekat dua tahun kita semua berjaya mengharungi hidup dengan pandemik kan.. dushhh..! Doa-doalah tahun depan pandemik-mamik ni tak ada dah. Cukup-cukuplah tu.


Ketiga.. bapa saudara aku meninggal dunia pada 07.08.2021 akibat covid19. Satu-satunya bapa saudara sebelah ayah aku yang masih ada -- sekarang dah tak ada. Dan selepas dia tak ada, baru aku perasan aku tak pernah ada gambar berdua dengan dia dan aku tak banyak simpan gambar dia pun. Walhal kami agak rapat, sebelum dunia di serang covid ni kami selalu jumpa di setiap Aidilfitri dan majlis-majlis keluarga. Lepas ni mesti aku tercari-cari dia sebab dah terbiasa dan aku sebenarnya macam masih tak percaya dia dah tak ada. Insha Allah nanti aku buat entri khas untuk dia, esok sepatutnya hari jadi dia yang ke 57 tahun. Allahu Akhbar...! taip ni pun hati aku berat dah tanggung sebak.


Keempat.. vaksin. 1st dose dan 2nd dose dah selamat. Dapat vaksin Pfizer. Cucuk di B.B.Salak Tinggi. Siapa kenal aku, tahu aku memang penakut jarum. Bab kena cucuk2 jarum ni aku sedikit "bercinta" tapiiiiii sebab aku warganegara bertanggungjawab, aku relakan diri ambik juga vaksin walau gigil2 pun. Sekarang heboh kena cucuk booster pula.. kalau tak, di anggap tak lengkap. Malas nak bebel isu ni. Penat dah. Buang masa pun ada. Aku bukan anti vaksin tapi tu lah tu. Penat. Kalau dapat tarikh nanti pergi je lah serah diri. Selesai.


Kelima.. ermm.. lain-lain hal tak ada yang besar sangat selain aku cuti tanpa gaji dua bulan (Nov dan Dis) sebab mental aku tak stabil. Jiwa aku kecelaruan minta yang entah-entah. Isu keluarga dan adik-beradik yang mendewasakan aku di setiap kali. Isu kawan-kawan yang datang dan pergi -- juga mendewasakan dan membahagiakan. Isu nak kurus tapi masih gemok sebab aku malas. Nothing new. Itu je lah. Lain-lain aku tak boleh recall apa dah.


SELAMAT DATANG 2022


Azam tahun baru aku :


Aku nak ambik gambar dan video banyak-banyak-banyak-banyak. Tak kira lah cantik ke tak, gemok ke kurus ke, senget ke, tak sharp ke apa ke. Aku nak ambik gambar dan video diri sendiri dan orang-orang yang aku sayang banyak-banyaaaakkkkkk. Tak kisahlah nak simpan sendiri ke nak share kat socmed ke, itu fikir kemudian tapi aku nak pastikan aku ambik gambar dan video banyak2 pada bila2 masa dan dekat mana2 sekalipun yang aku suka.


Aku perasan selama ni aku cukup malas nak ambik gambar atau video sebab takut sangat nampak tak cantik, nampak gemok, takut orang ingat aku acah2 instafamous semua nak up kat socmed, atau aku takut orang ingat aku macam budak2 remaja yang bimbo sikit2 ambik gambar.. sikit2 selfie.. sikit2 buat live.. ermm.. you know.. Tapi kan, sekarang ni aku rasa lantaklah semua tu. peduli lah apa orang nak kata. Gambar-gambar dan video tu untuk aku. kenangan aku. simpanan aku. suka hati aku lah. Sebab asyik fikir apa orang kata tu, aku selalu "terlepas" moment indah dan manis. Memang la boleh ingat dalam kepala dan simpan dalam hati kononnya, tapi sampai bila..? Makin tua, makin lupa.. tahu..?! Kalau ada gambar dan video, ada la juga boleh rewind dan recall.. kan..? mungkin bukan untuk aku, tapi untuk orang-orang yang aku sayang.. atau bila aku dah tak ada nanti kan.. we never know..


So, mari berharap aku rajin sepanjang 2022.. hahahaha..!


Actually, tahun 2022 ni patutnya tahun luck aku. Aku memang suka nombor 2 dan 20. Jadi 2022 macam gabungan nombor yang paling sesuai dan ngam dengan aku. Harap-harap 2022 memang tahun bertuah aku. Dapat lebih rezeki yang berkat untuk aku kongsi dengan lebih ramai orang. Dapat sihat yang total mental dan fizikal. Dapat happy dan happy kan orang lain. Dapat berjasa dan berbakti kepada manusia dan alam semesta. Dapat lebih dekat dengan Allah yang memang selalu dekat. Dapat lebih berkasih sayang. Dapat lebih bertenang dan tak marah-marah. Dapat lebih masa untuk diri sendiri dan bukan sibuk hal orang lain. Dapat lebih masa berbual face to face dengan orang bukan hanya online. Dapat habiskan baca buku-buku yang best. Dapat berjalan tengok dunia lagi. Dapat makan best-best. Dapat tidur yang berkualiti. dan dapat selalu menjadi diri sendiri tanpa takut orang judge. Done.


Selamat menyambut kedatangan 2022 dengan hati terbuka.

Semoga Allah s.w.t. ampunkan dosa-dosa kita dan permudahkan segala urusan dan perancangan kita untuk 2022 ini. Yang buruk dari kita sendiri dan yang baik semuaaaaaaa dari Allah s.w.t. jua.






p/s  :  siapa share pasal azam 2022 atau recap 2021, komen la kat bawah. nanti aku singgah baca. aku suka baca orang menulis tentang azam dan cita-cita. serius ni.. suka..! :)


...


No comments:

Powered by Blogger.