TAHUN TERAKHIR DI ANGKA 3

Tarikh keramat ini datang lagi. 20 November. Happy Birthday To Me. Alhamdulillah, aku macam tak percaya sudah masuk 39 tahun secara rasmi hari ni. Last dah di usia 30-an. Tahun depan tak ada angka 3 lagi di pangkal usia. Dah bertukar ke angka 4 pula. Terasa tua..? yes..! Walau orang kata usia cuma angka, tapi percayalah itu hanya penyedap rasa. Hakikatnya kalau dah masuk 40-an tu, maknanya dah tua. Dah sepatutnya matang dan stabil emosinya. Tak buat perangai pelik-pelik lagi dan lebih bertanggungjawab atas apa jua yang dipertanggungjawabkan ke atas diri. Susah..? yess..! tapi tak ada pilihan, kena hadap. Takut..? Memang la takut.. sebab tu semua orang nak muda sentiasa, tak nak tua. Faham...! :p


Untuk tarikh istimewa ini, tak ada yang special sangat. Selama ni aku bukan jenis yang celebrate birthday pun. Hadiah untuk diri sendiri pun tak ada. Cuma di hari istimewa ni, aku nak ucapkan banyak-banyak Alhamdulillah. Buat sujud syukur. Lebihkan sedekah dan panjangkan sikit doa selepas solat. Itu je lah amalan aku setiap tahun. Selebihnya bergantung kepada keadaan semasa. Apa yang pasti, di setiap tahun pada tarikh ini aku akan pastikan aku spend lebih masa untuk diri sendiri. Emotionally. Buat apa yang aku suka, makan apa yang aku suka dan tak beratkan kepala dengan masalah. Aku lupakan semua. Alhamdulillah.


Happy Birthday Ain,

Syabas berjaya bertahan hingga ke tahap ini. Tak tahu jauh mana lagi perjalanan ini, tapi please keep moving ain. Segala luka dan airmata semalam jadikan perisai dan penguat. Tidak ada yang lebih dasyat untuk di harungi kerana kau telah disiapkan dengan perisai yang kukuh dan kebal. Teruskan melangkah ain, jangan berhenti dan berputus asa di sini kerana Allah tak pernah menghukum kau dengan putus asa dan rasa jatuh yang panjang. Allah selalu menyambut kau dan membawa kau kembali ke atas. Teruslah melangkah ain.


Untuk semua janji yang tak mampu aku tunaikan.

Untuk segala salah yang aku ulang-ulang.

Untuk kesempatan yang aku sia-siakan.

Aku mohon maaf.

Sesungguhnya aku manusia penuh kekhilafan lagi lemah. Semoga masih ada masa untuk aku perbaiki dan tebus semua. Kalau pun tidak aku berdaya membetulkan semua, aku berdoa setiap hari agar Allah gantikan kebaikan dan kesabaran kalian menghadapi aku dan segala perangai buruk aku selama ini dengan sebaik-baik kurniaan dan pembalasan. Aamiin. 


20 November | Alhamdulillah again and again.

Semoga esok dan hari mendatang lebih cerah dan menyenangkan.



...



No comments:

Powered by Blogger.