PUZZLE KEHIDUPAN YANG BELUM SELESAI

Ogos tahun ini tiba dalam linangan airmata yang tiada berpenghujung. Walau baru 8 hari, tapi aku rasa sangat sukar sekali melangkah masuk ke dalam Ogos kali ini. Mata aku bengkak tak surut-surut akibat menangis dengan agak dasyat sejak 30 Julai lagi sampai hari ni. Lepas satu hal, satu hal lagi datang bersilih ganti. Kenapa semua nak jadi sekarang..? Tak boleh simpan bulan depan pula ke. Aku lemas ni. Lemas dalam airmata sendiri. Walaupun menangis tu melegakan dada, tapi tetap memberatkan jiwa aku. Sakit. Terlalu banyak hal nak kena hadap dan hadam.


Aku kembali 'berjumpa' kaunselor untuk aku jadikan tempat aku hamburkan segala gelodak dalam dada. Selepas lebih dua tahun aku tak jumpa kaunselor, akhirnya aku mengalah. Dah tak tahan sangat rasanya. Sesi pertama 2 Ogos hari tu sepatutnya cuma 1 jam tapi berlarutan ke 1 jam setengah sebab aku emosi. Tak boleh control. So, kaunselor nasihatkan aku kembali jumpa doktor psikatrik dan mungkin perlu makan ubat anti dipresi semula macam dulu. Entahlah, buat masa ni aku masih bertahan. Aku malas nak jumpa psikatrik dan aku tak nak makan ubat..! Malas. Rimas. Tapi aku tak nak derhaka kepada kaunselor. Dia baik dan tak memaksa. Tapi tu lah.. nanti aku fikirkan semula.


Deep down dalam hati aku.. masih yakin aku tak sakit. Aku cuma perlu di bantu. Cuma ingin di dengar. Hanya harap di fahami. Itu sahaja. Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang aku nak, tak tahu apa yang aku rasa, tak tahu apa yang aku nak buat next.. tapi aku harap dapat luahkan dan ada yang dengar then faham. Tak minta pun sesiapa selesaikan masalah aku sebab aku tahu, aku sendiri je boleh selesaikan masalah aku. Faham. Tapi at least, ada yang dengar. Cukup dah. Nanti ada pula yang tanya : kalau kaunseling tak bantu selesaikan masalah, kenapa buang masa jumpa kaunselor..? Jawapan aku : jumpa kaunselor atau psikatrik sekali pun bukan nak suruh dia selesaikan masalah kita. Cuma nak mereka tunjukkan jalan sahaja. Masalah kita tetap kita sendiri kena hadap. Mana boleh pass kat orang lain pula.


Macam Dr. Jug dalam filem Dear Zindagi cakap :

"Hidup ni macam main puzzle. Psikatris hanya bantu tunjukkan kepingan puzzle kita yang selama ni kita tak nampak atau tak jumpa. Tapi kita sendiri kena selesaikan puzzle tu dengan mencantumkan semua kepingan puzzle yang ada. Kita tak boleh harap psikatris buat semua untuk kita. Sebab hidup kita adalah susunan kita sendiri.."


So, aku rasa puzzle aku masih berterabur. Kepingan puzzle pun tak lengkap lagi. Aku kena mencari dan terus mencari kepingan puzzle aku yang entah kat mana. Dah cukup semua baru aku boleh start susun atau 'pasang' puzzle hidup aku tu. Tapi kaunselor kata, jangan buang masa mencari. Susun dulu apa yang ada. Cantumkan dulu mana kepingan yang dah jumpa. Then baru cari lagi. Sebab hidup kita ni tak berhenti dan tak menunggu kita. Don't take too much risk. Jangan sibuk cari benda yang tak ada, takut tak sedar dah mengabaikan apa yang ada dalam genggaman. Why not ambil small step dulu katanya. Sebab tak guna kalau ada semua kepingan puzzle pun tapi tak sempat pasang. Sia-sia dan buang masa. Ermm.. logik juga teori dia.


Satu hal lagi, kaunselor pesan : fokus pada satu-satu puzzle dulu. Contoh ada dua set puzzle depan mata aku. Puzzle set A dan puzzle set B. First step asingkan kepingan puzzle tu ikut set masing-masing. Mana kepingan yang bukan untuk set A dan bukan set B maknanya itu bukan puzzle aku. Ke tepikan. Asingkan. Jangan buang masa fikir set puzzle orang lain. Sebab kaunselor aku kata, aku ni dah "kering tenaga" -- habis tenaga sebab sibuk risaukan hal orang lain. Sampai masa nak fokus kepada diri sendiri, tenaga aku dah tak ada lagi. Then aku frust. Then depress. Then start play victim dan salahkan semua orang. Sedar-sedar aku jadi manusia yang super annoying dan menyakitkan semua orang sekeliling aku. Dammnn..!


Buat masa ni, aku sibuk pilih-pilih kepingan puzzle depan mata. Pilih dan asingkan dulu. Next session aku dengan kaunselor tu mungkin minggu depan. Aku harap lebih bersedia nanti terutama emosi. Benci betul bila emosi tak stabil. Aku macam menggelabah ayam -- nak cakap tapi nak nangis dalam masa yang sama. Habis berterabur ayat aku. Suara jadi berbalam sebab tenggelam timbul dengan menangis. Last sekali kaunselor aku pun tak faham apa yang aku cuba cakap. Penat tau cakap beria-ia tapi orang tak paham pun. Semoga 2nd session lebih baik dari 1st session hari tu.


Mohon doakan aku cool and releks.

Dan doakan aku tak perlu jumpa psikatris.


Take care semua.

Dah vaksin ke belum vaksin ke. Varian Delta ke Delta Plus ke.

Kita semua tak ada pilihan, selain jaga diri.. patuh SOP.. dan jangan susahkan orang...! Bye.



...


4 comments:

  1. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

    Teruslah bersabar dan beristighfar.

    Teruskan menulis,jika menulis boleh melegakan perasaan.

    ReplyDelete
  2. tetapkan hanya ada satu puzzle untuk kita selesaikan dalam satu masa. bila satu puzzle dah selesai carik puzzle lain pula.

    all the best to u.

    semoga Allah permudahkan awak. dan semoga melepaskan dari struggle tersebut ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. saya cuba..
      terima kasih atas doanya.. :)

      ...

      Delete

Powered by Blogger.