ANTARA KEINGINAN DIRI DENGAN REALITI

Welcome back selepas sebulan lebih ghaib. Bukan salah PKP ya dan bukan sebab aku super busy tapi sebab aku tak ada cerita nak kongsi. Hidup aku terlalu rutin dan menuju ke arah anti-sosial yang total. Aku tak jangka kan pun hidup aku akan menjauh begini tapi persekitaran berputar tanpa dapat aku tahan. Hidup aku pergi kerja -- balik rumah -- terperap dalam rumah layan Netflix -- then tidur -- bangun tidur makan -- kadang-kadang jogging (jalan kaki) kat park tingkat 7 -- kadang-kadang zumba light-light dalam rumah -- nak shopping barang keperluan kat Ground Floor ada AEON -- selebihnya aku hadap muka Pokchik -- Pokchik hadap muka aku. Tak ada muka lain. Jiran-jiran tak ada. Kawan tempat kerja dua tiga ketul sahaja jumpa sebab yang lain WFH. Hidup aku bosan..!


Tapi aku nak cerita tentang filem-filem yang aku tonton di Netflix yang tak mampu aku review secara direct tapi duduk pegun dalam kepala. Selagi tak luahkan, aku rasa bebal. Dan menjadi seorang aku, selalunya cuma nak meluahkan sahaja apa yang aku fikir. Mungkin lepas ni nanti aku delete post ni.


(I)

Filem tamil bertajuk Super Deluxe.. tentang transgender bernama Manickam yang bertukar menjadi Shilpa. Selepas 8 tahun balik ke kampung halamannya sebab nak berjumpa dengan anak lelakinya bernama Rasakutty yang berusia 7 tahun. Watak Rasakutty ni innocent gila. Comel. Bijak dan berani. Dia terbuka menerima ayahnya sebagai Shilpa dan tak kisah nak panggil ayahnya dengan nama Shilpa. Malah dia tak kisah kalau ayahnya nak pakai macam perempuan pun asalkan ayah dia ada bersamanya dan tak tinggalkan dia. Ada satu dialog masa ending scene antara Shilpa dengan Rasakutty ni yang pada aku sangat powerfull dan buat hati aku sebak seribu. Simple tapi mengesankan. Aku harap semua golongan transgender di dunia ni dapat tonton scene tu dan fikir-fikirkan.


Maaf, tapi apa pun pilihan kau.. tolong jangan jadi selfish. Kalau dah ada anak dan isteri/suami, mohon bertanggungjawab sebab itu adalah sebahagian dari tugas kau. Kau yang pilih untuk bertukar jantina, bukan keluarga kau.. jadi kenapa keluarga kau yang kena hadap kesan akibatnya sendirian. Kau yang sepatutnya ke depan dan jadi tembok penghadang yang melindungi mereka bukan sebaliknya. Berani buat, berani tanggung. Jangan nak rasa diri tu mangsa sangat. Kau yang pilih nak jadi transgender. Tak payah nak salahkan takdir lah, masa silam lah, kena buli lah.. semua tu pilihan kau sendiri nak hadap. Wake up and fight back demi orang yang sayangkan kau. Sebab tu kalau rasa tak kuat, jangan suka-suka ubah ciptaan Allah. Hukumnya haram dan tetap haram sampai bila-bila biar apa pun alasannya. Kalau kau belum kahwin, then jangan kahwin dan jangan buat anak lepas tu buat semua orang serba salah sebab kau..!


(II)

Adult drama yang trending di Netflix -- Sex/Life. Ya, aku tonton drama siri tu sebab aku nak tengok konflik dan drama. Tapi memang boleh ketumbit bawah mata sebab hampir setiap scene ada adegan sex. Berlebih-lebih sampai hilang authentic nya. Dan aku bukan nak sembang pasal adegan-adegan panas tu, tapi nak fokus kepada jalan ceritanya. Kisah tentang Billie yang dah berkahwin dengan Cooper dan mempunyai dua orang anak tapi si Billie ni asyik teringat ex-boyfriend dia nama Brad. Asyik teringat moment dia buat sex dengan Brad sebab suaminya di Cooper tak boleh bagi kepuasan sex yang sama sedangkan si Brad pula super hots and sexy and understanding and sensitive and romantic and suka memujuk rayu si Billie ni. Bodoh kan...?!


Please tell me, apa punya jalan cerita ni..? Nak highlight kan apa sebenarnya..?

Is that okey untuk menormalkan sex luar nikah? nothing new pun kan. Is that nak bagitahu penonton : ohh kita kalau dah jadi isteri orang pun masih boleh berfantasi buat sex dengan lelaki lain..? Atau adakah nak bagitahu penonton betapa sukarnya seorang perempuan yang sudah bersuami menahan godaan nafsu nak ber-sex dengan lelaki yang bukan suaminya..? What the F#@$&..!! Ya betul kata budakijat (pengarah drama Nur) tu, drama siri ni memang teruk dari segi moralnya. Hampir tak ada yang positif boleh di ambil. Cuma jalan cerita tu agak jujur, brutal, straight tapi macam sengaja mengundang kontroversi. Klimaks dan ending drama ni hebat..! Emosi memang tahap pick dan merengsakan terutama masa Billie nekad buat keputusan siapa dia nak pilih tu. Tapiiiiiii.. di hujung-hujung tu plot twist dia sangatlah gampang ya.. sila bersedia untuk hempas tv ke lantai..!


Yang aku nak sembangkan adalah tentang kepentingan hubungan fizikal, mental dan emosi dengan pasangan selepas kahwin. Bukan hubungan fizikal semata-mata. Bila rumahtangga tak balance, memang mudah karam. Simple je rules nya tapi realiti tak semudah yang tertulis atas kertas. Dalam drama ni semua watak adalah bersalah. 100% sure..! Tapi orang barat ni bukan ada agama. Tak takut neraka. Syukur Alhamdulillah kita ada Islam sebagai panduan dan pendinding kita di dunia. Sekurang-kurangnya kita ada satu pegangan untuk kita look up to saat kita terhumban ke bawah. Selebihnya kita yakin Allah bersama-sama kita dan tak akan biar kita hanyut begitu sahaja. Sedangkan orang tak ada agama ni, hidup dia terkontang-kanting. Lost. Tercari-cari tempat berpaut. Jadi mereka mudah bergantung kepada manusia sebab tu jahanam. Macam watak Billie la, hancur hidup dia sebab tak berTuhan. Kasihan sebenarnya orang-orang macam ni. Nampak bijak, tapi mereka tak nampak atau mungkin sebab mereka belum terima hidayah Allah.


Watak Billie salah sebab Brad salah. Tapi Billie tak salah kalau Cooper tak buat salah. Brad pun tak akan datang kembali kepada Billie kalau Brad tak salah. Cooper sendiri memang mengaku salah tapi cara dia nak betulkan balik kesalahan dia tu tetap salah. Billie pula sepatutnya tak biarkan Cooper buat salah, sebab itu suami dia. Sepatutnya Billie lebih terbuka dengan Cooper dan bukan terbuka dengan Brad. Billie nak salahkan Cooper semata-mata tak boleh sebab Billie yang mulakan semuanya. Gatal-gatal tulis jurnal then suami sendiri terbaca lepas tu nak cover punya pasal pergi buat benda bodoh. Ya, semua watak dalam drama bersiri ni bodoh dan dibodohkan. Cuma lakonan dan persembahan plot cerita adalah moden dan nampak real.


Boleh cuba tonton tapi pastikan anda cukup kuat dan jangan biar diri terbawa-bawa dengan scene tak senonoh yang di hampar mudah dan murah. Jangan terbeli dengan sogokkan penerbit dan pengarah. Fokus ya..! Tonton kerana nak tahu apa kesudahan kisah Billie - Cooper - Brad. Selain tu, tengoklah mainan emosi dan cara dia pegang emosi penonton dari mula hingga habis rantaian drama ni sampai tak sedar ada berapa episod semuanya.. lost count..! Lakonan watak Billie dan Cooper adalah superb. Pelakon professional je mampu buat. Tapi watak Brad agak kaku dan kayu. Abaikan. Selebihnya tak ada apa yang menarik. Kalau tak suka drama emosi dan konflik panas tahap berdarah hidung -- boleh abaikan drama ni.


Dah..! nak tengok The Danish Girl (2015) pula.





...


2 comments:

  1. Ada gak nampak poster SexLife tu tapi macam belum berminat nak tengok. Lepas kau cerita ni, macam lagi malas sebab ala boringnya cerita macam tu je. Tapi yelah, Netflix mmg suka tayang cerita-cerita macam ni. Bagi la cerita yg thrill sikit. Netflix series ni salah satu yg aku suka "YOU". Tapi yg 1st season sbb nampak macam bestnya bila ada lelaki obses ngan kita macam tu. Haha.. Dan watak Beth pun aku suka. Sebab dia lawa. Season selepas tu macam psycho sangat dh jadinya. Penat tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp, tak payah tengok la SexLife tu. Ending menyakitkan hati. Hahahaha.. tak move on lagi ke ain oiii..? :p

      Okey, aku cari YOU pula lepas ni. Makin panjang list movie/series aku.. hahahaha.. takpe, slow-slow la. Fasa 1 ni pun tak tahu sampai bila lagi kan.. entah-entah sampai reput kita menghadap netflix pun tak abis-abis berkurung kita ni.. :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.