Mereka Terlalu Aku

Cerita hari tu -- Maafkan. Dan lepaskan.

Tak mampu nak lupakan, tapi cubalah jangan ingat sangat.

Dah.


...


Aku di tempat baru ni okey. Biasa-biasa. Kalau ada yang tanya "Kau okey tak kat sana?" aku akan senang hati jawab "aku okey" sambil senyum sipi-sipi. Tapi kalau orang tanya "Kau enjoy tak kat sana?" maka aku hanya mampu jawab dengan "ermmmmm.." dan senyum pahit yang panjang. Bukan makna aku tak enjoy langsung atau terseksa sangat kat sini, tak lah..! Aku okey.. happy.. sedang cuba adjust.. tapi kalau nak kata aku enjoy sangat, excited gila atau terlalu-lalu happy tu pun tak lah juga. Aku biasa-biasa je lah. Skala 5 dari 10 takal. Adil kan.


Kat sini, aku ada satu perasaan tak selesa yang agak ganjil untuk aku rasa. Kat sini, aku rasa mereka 'terlalu aku' dan segala yang berlegar di sisi aku hari ini seolah-olah membawa aku balik kepada hidup aku yang 10-20 tahun dulu. Faham tak..? Aku macam balik ke sarang. Sebab aku membesar di Muar walau lahir di Kuala Lumpur. Mak ayah aku orang Johor jadi saudara-mara kebanyakkan memang berjiwa Johorian walau hidup merantau di negeri-negeri lain.


Yang peliknya, aku tak suka perasaan ni. 


Aku rasa janggal gila. Mereka kat sini cakap mcm aku. Makan apa yang aku makan. Taste dan pilihan-pilihan mereka terlalu familiar dengan aku. Loghat dan cara bergurau mereka sama macam aku dulu-dulu. Dan aku rasa stuck..! macam tersangkut dalam mesin masa yang berpatah balik ke zaman muda-muda dulu tapi aku tak happy dan tak boleh balik semula ke zaman semasa. Eh, boleh ke fikir macam tu..? Aku rasa hidup aku sedang rewind tanpa aku rela. Ergghh...! tak best giler oii..


Aku selesa hidup dalam persekitaran yang tak sama dengan aku. Bila sekeliling aku 'terlalu aku' -- tiba-tiba aku jadi insecure gila. Aku tak suka. Aku nak beza-beza. Aku suka bila sekeliling aku orang Perak, orang Selangor, orang Kelantan, orang segala mana lah datangnya asalkan bukan orang Johor. Aku suka orang keliling aku makan laksa utara, laksa sarawak, laksam, keropok lekor, nasi kerabu dan bukan balik-balik makan asam pedas, nasi beriani dan segala macam lauk orang jawa yang banyak kat Johor ni. Aku suka orang cakap loghat kelatan, terengganu, kedah atau rusia ke.. italy ke.. apa-apa lah bahasanya asalkan bunyinya berbeza.


Aku jadi kekok duduk dalam kumpulan yang 'terlalu aku' ni.

Apa masalah aku ni..? Adakah aku sedang cuba lari dari masa silam aku sendiri..? Tapi aku tak ada nightmare atau kenangan buruk sangat pun kat Johor ni. So, aku nak lari ke mana? nak lari daripada siapa? Atau aku ni memang tak ada jati diri, lupa diri, tak sedar diri, identity crisis, sombong dan bongkak tak nak hidup dalam kalangan orang-orang sendiri..?? Wehh... weird gila apa aku rasa ni. Aku cuma harap ada yang faham dan ada orang yang rasa apa aku rasa ni. Please....!



p/s  :  paling menyampah bila dapat soalan : "ko orang batu pahat eh? batu pahat kat mana? ohh.. peserai. ko sekolah mana dulu? kenal tak **nama entah siapa-siapa**? dia jiran dengan aku, dia kata dia sekolah *1234&$%#* kat peserai tu, ko kenal tak? ko tahu tak parit **entah mana punya parit** yang dekat dengan peserai tu. pak sedara aku duduk situ.. kenal tak..?


What the F ...??!!!


aku tak membesar kat batu pahat tu.. dan kalau aku membesar kat situ pun, tak kan aku kenal SEMUA ORANG kat situ weii..!! dammm it.




...


No comments:

Powered by Blogger.