IZINKAN AKU TARIK SEMULA

Ohh wow..! aku sendiri tak percaya betapa berat dan berapa besar rindu aku pada blog ni. Betapa dengan bersusah payah aku berusaha untuk kembali tetapi keadaan dan masa langsung tak bagi kerjasama. Dan hari ini, bila aku kembali.. hati aku berbunga-bunga. Lapang. Puas. Akhirnya hari ini rindu segunung terubat sudah. Alhamdulillah. Selamat kembali ke daerah sunyi ini, tahniah kerana masih mampu kembali (tepuk-tepuk bahu sendiri).


Sebelum itu, izinkan aku menarik semula kata-kata aku sebelum ini. Bila aku kata KKDI dan kelas VitCinta tu tak berfaedah pada aku, demi Tuhan.. aku tarik semula kata-kata tersebut. Sesungguhnya aku belajar banyak hal dan ilmu baru dari kedua-dua kelas tu. Aku kenal dengan ramai insan-insan hebat walaupun secara maya. Aku bangkit menjadi manusia yang lebih bersyukur kerana kedua-dua kelas tu. Alhamdulillah. Aku kira, macam hero filem hindustan memang kalah dulu, menang kemudian. Sama la dengan kelas KKDI dan VitCinta tu, mula-mula rasa tak berguna sebab tak faham. Tapi bila dah hujung-hujung baru terasa manisnya sebab dah terbuka mata hati untuk memahaminya. So again, alhamdulillah di atas kesempatan atas kedua-duanya.


Bila aku kata "kerja aku macam tak berguna" -- kini aku sedang menelan semula semuanya. Dengan apa yang sedang aku lalui sekarang ni, demi Tuhan aku rindu kerja aku yang lama. Kerja yang dulu aku kata "tak suka" dan konon tak ada motivasi nak kerja tu. Memanjang mengeluh sahaja. Asyik merungut je. Dan tak habis-habis berzikir sebut nak berhenti kerja tu. Ya, sekarang kerja-kerja tu lah yang paling aku rindu dan sesungguhnya dalm hati aku selalu berdoa agar dikembalikan kerja aku yang dulu, rutin aku yang dulu, hidup aku yang dulu. Aku rindu semuanya.


Tapi aku tahu semuanya mustahil untuk kembali. Masa telah meninggalkan aku. Kenangan dulu yang selalu aku rungutkan tu sedang menghukum aku semula. Bukan aku nak menidakkan takdir tapi tu lah tu, aku pun manusia biasa yang lemah. Benda depan mata tak nak hargai, bila dah tak ada baru sibuk-sibuk minta balik. Rindu lah apa lah. Semuanya dah terlambat. Masa tak mampu diputar kembali. Hiduplah di dalam penyesalan sampai kau betul-betul bersedia memaafkan kebodohan dan kesombongan diri sendiri...! (ya, aku cakap kat diri sendiri)


Aku sekarang dah pindah duduk Johor Bahru.

Kerja dan tinggal di sini. Takdir datang tiba-tiba, kutip aku dan campak aku ke Johor Bahru tanpa nafsu-nafsi. Tak sempat nak kerdip mata, tahu-tahu dunia aku bertukar 180 darjah tanpa aku sangka. Seperti doa-doa di malam sunyi yang dipanjatkan tanpa sedar, Allah Maha Mendengar. Allah dengar segala apa yang aku keluhkan dan Allah jawab semula dengan hal-hal yang tak terdugakan. Begitulah Allah menunjukkan kasih sayangNya.


Kini selepas lebih dua bulan menjadi orang Johor Bahru, dalam diam-diam aku masih menitiskan airmata di dalam hati. Tuhan, berat untuk aku hadam semua ini. Aku tak tahu bagaiman untuk aku terangkan apa yang aku sedang rasai sekarang di bumi asing ini. Semuanya berlegar-legar -- perlahan-lahan kemudian hilang. Tuhan bantu aku menjadi manusia yang redha. Bantu aku mengharungi takdirMu ini. Aku bersedia di dalam terpaksa. Bantu aku Tuhan, aku tiada apa-apa untuk di sandarkan lagi. Lepaskan aku dari keterpaksaan ini.



...


No comments:

Powered by Blogger.