Gagal Tidur dan Gagal Tenang

Dua belas lima puluh minit tengah malam -- aku gagal tidur dan gagal tenang untuk sekian kali. Berkecamuk. Bergulung-gulung dalam dada. Berat. Dekat dua puluh minit tadi pandang siling. Kosong. Tak boleh jadi, perlahan-lahan bangun.. on laptop dan ya, ke sini destinasi pertama. Patutnya gi ambik wudhuk, bentang sejadah dan "jumpa" Allah.. argghh..! sila judge ikut suka.


Aku rasa aku dah tak boleh tahan. Aku dah sampai ke garisan hujung dan titik yang penghabisan. Jauh dalam hati, aku tahu aku dah tak mampu lagi. Kalis pujukan. Dan aku tak mahu lagi penjelasan. Dah muak. Dah penat. Aku nak keputusan yang paling akhir. Paling muktamad. Nekad dan berani hadap. Kerana peluang aku dah bagi. Ruang untuk berubah pun aku dah bagi banyak kali. Masa untuk faham..? Dah tak terkira berapa kali aku bagi masa -- peluang -- masa -- peluang. Aku dah sampai di saat yang paling-paling akhir sekali ni.


Tapi....... di setiap kali aku rasa aku dah nekad tu lah, nyawa aku tersangkut dekat kerongkong. Tak lepas. Kelu. Berat nak luah. Rasa macam masih ada lagi ruang dan masa yang aku dan dia perlukan. Rasa masih ada. Walau kering tak bernyawa tapi sayup-sayup denyut nadi tu masih terdengar. Belas kasihan aku masih menebal. Thanks God..! aku belum jadi manusia hati batu lagi. Jiwa aku masih terbuka memaafkan dan meredhakan. Tapi kenapa..? Kenapa..?


Aku sakit ni. Tak tertanggung dan tak terluah.

Tapi kenapa aku masih tidak kuat untuk membuat keputusan..?

Kenapa aku masih bertahan. Masih di sini.

Masih mencuba. Kenapa..???


Selalu kita dengar : Mencintai tak semestinya memiliki. Tapi kadang-kadang ada juga situasi : Dah memiliki pun belum tentu mampu mencintai. Kerana mencintai dan di cintai kembali itu hal mudah. Yang susah adalah mencintai orang yang tak mencintai kembali atau mencintai orang yang tak ingin di cintai. Yang susah lagi bila mencintai dan di cintai itu datang secara natural -- tak boleh di paksa dan tak boleh di buat-buat. Mencintai dengan tanpa mengharapkan di cintai kembali sepatutnya normal tapi yang banyak berlaku adalah sebaliknya. Mencintai bukan hanya kerana fizikal dan material tapi juga mencintai emosi dan perangai. Seperti juga manusia yang di cintai, sepatutnya gembira kerana di cintai walau tidak mencintai. Sepatutnya lagi berusaha untuk mencintai sepenuh hati dia yang mencintai. Bukan berpura-pura rasa di cintai walau sebenarnya tak merasai cinta pun.. atau tak pernah faham pun macam mana rasa di cintai. Sebab tu tak tahu mcm mana nak mencintai balik. Atau sebenarnya dia tahu bagaimana rasa di cintai tapi tak tahu bagaimana nak mencintai. Atau mungkin juga yang di cintai telah berusaha mencintai tapi cara dia mencintai bukan seperti apa yang di inginkan oleh dia yang mencintainya.


God...! Help me.. &$#@&%?!!


Ehh.. baik aku tidur lah sebelum makin teruk gila aku ni.....!


Selamat malam cinta,

buat mereka yang mencintai walau tidak di cintai.. dan juga

untuk mereka yang di cintai namun tak mampu mencintai kembali.




...


2 comments:

  1. Hidup sentiasa ada pilihan. Berani atau tidak saja kita dengan pilihan kita. Tahan atau tidak saja kita hidup selepas membuat pilihan. Kalau bercakap soal cinta ni Ain, memang luas definisinya. Perlu pandang dari pelbagai sudut. Ada orang yang tak pandai menunjukkan cinta sedangkan dia sayang tapi cuma tak pandai nak tunjuk. Jadi tengok dari apa yang dah dia buat untuk kita. Tak perlu nak kata "ilebiu" sepanjang masa untuk tahu dia sayang kita. Cukuplah apa yang dia dah sediakan dan buat untuk kita.

    Zhi pun tak pasti Ain ada perasaan porak peranda ni pada siapa. Tapi kalau bila-bila masa nak ada orang berborak atau meluahkan rasa, Ain ada nombor zhi.. Text saja. Takde hal.

    Jaga diri ain.
    Dan jaga perasaan.
    Jangan sampai makan hati teralu lama.

    xo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup sentiasa ada pilihan, betul. Tapi kadang-kadang bila tak ada pilihan tu lebih selamat sebab sekurang-kurangnya kita terselamat dari membuat pilihan yang salah. Atau sebenarnya pilihan-pilihan yang ada tu bukan pilihan pun sebenarnya. Hanya dugaan yang datang untuk mengelirukan.

      Aku lemas zhi.
      Tak mampu terapung dan tak pandai berenang.
      Haihhh.. gitu lah :(

      p/s : nanti kita teks ok. thanks zhi.


      ...

      Delete

Powered by Blogger.