It Ends With Us - Colleen Hoover

Ini novel Colleen Hoover pertama yang aku baca. Suprisingly aku suka cara penulisan dia dan cara dia drag jalan cerita sampai buat pembaca rasa tak boleh berhenti. Selepas beberapa bulan tertangguh, akhirnya ahad lepas aku habiskan novel tu dalam satu malam. Aku betul-betul 'sangkut' dengan cerita tu jadi hati resah gelisah selagi tak habiskan. Dan ya, ia novel tentang cinta -- putus cinta -- jatuh cinta semula -- dan semua rasa terluka dan terbahagia sepanjang melaluinya. Maka, menjadi aku yang emosi sini dan sana, novel ni berjaya buat aku menitiskan airmata tengah-tengah malam buta. Dammn it..!


Percintaan adalah hal yang sangat berat. Tak semua orang mampu memiliki dan menyimpan perasaan tu walau macam mana pun mereka cuba. Kerana percintaan bisa menjadikan kita seseorang yang bukan kita. Seseorang yang kita sendiri tak kenal dan tak mampu fahami. Maka, berhati-hati dengan cinta. Lily jatuh cinta kepada Atlas ketika Lily baru berusia 16 tahun dan Atlas 19 tahun. Mereka berkenalan secara kebetulan dan jatuh cinta to each other dalam keadaan kedua-duanya belum bersedia untuk memahami cinta dalam kehidupan sebenar. Mereka terpisah kerana satu insiden dan tak pernah menyangka akan bertemu sekali lagi selepas bertahun-tahun semuanya seperti telah hilang di telan masa.


Berbeza dengan Lily dan Ryle yang bertemu ketika kedua-duanya sudah cukup dewasa, matang dan bersedia dengan perhubungan yang serius. Tapi sayangnya kedewasaan bukan tiket untuk kita bercinta dan mencintai sepenuhnya. Malah segala tanggungjawab dan pengalaman lama menjadikan kita manusia dewasa yang sangat takutkan cinta. Kerana pada tahap itu, kita sudah tahu betapa besarnya cinta akan memberi kesan kepada kita. Yang kita mahukan adalah kestabilan dan kepastian. Benda-benda yang tak pasti, kita akan cuba elakkan. Kedewasaan memberi ruang untuk kita membuat pilihan, dan kita rasa di tangan kita ada 'power' untuk memilih..


Kecuali CINTA. Kita tak boleh pilih cinta. Cinta datang dalam keadaan kita paling tak bersedia. Dan cinta hidup hanya di dalam hati yang masih percaya walau sekuat mana kita menafikannya, sejauh mana kita lari daripadanya, dan sekebal apa pun kita sorokkan hati kita. CINTA akan tetap berjaya menemui kita dengan caranya sendiri.


Novel ini tentang kehidupan Lily dan cintanya kepada Atlas dan Ryle.

Dan tentang kenangan pahit Lily yang hidup di dalam abusive relationship antara ibu dan ayahnya. Lily tak pernah menyukai ayahnya sampai ayahnya mati. Lily juga sentiasa menyalahkan ibunya kerana tak pernah berani keluar daripada perkahwinan yang penuh penderaan. Lily fikir dia betul dan ibu bapanya salah. Sehingga akhirnya terbukti, hidup ini bukan semata-mata tentang siapa betul dan siapa salah sahaja.


Magiknya cinta bisa menjadikan kita manusia yang paling rumit untuk dicintai. Dan cinta bisa menjadikan kita seseorang yang kita tak nak jadi. Nak di cintai tapi tak nak mencintai. Atau dah mencintai tapi tertunggu-tunggu untuk di cintai. Malah ada juga manusia yang hanya mahu mencintai tapi tak benarkan dirinya di cintai. Rumit. Sangat rumit. Seolah-olah lari daripada bayang-bayang sendiri. Takut kepada apa yang sememangnya hidup di dalam diri kita. Nak lari mana..? Kalau diri kita sendiri sebenarnya yang sedang menyakiti kita. Nak buang diri kita..? Habis nak jadi siapa..?


Cinta di dalam diri Lily memaksa dia membuat keputusan yang dia sendiri tak pernah sangka satu hari nanti dia terpaksa juga buat. Namun, at the end Lily membuat keputusan untuk masa depan bukan lagi tentang masa silam. Aku percaya, tak banyak sedikit.. ada Lily di dalam diri kita semua. Cuma kita yang tak mahu mengakuinya atau tak mampu menghidupkannya.


Untuk peminat novel cinta, maybe boleh cuba baca novel ni dan larutkan diri di dalam kisah cinta Lily, Atlas dan Ryle. Semoga dapat membuka hati dan jiwa kalian yang masih merasakan cinta itu hanya tentang mencintai dan di cintai, kerana cinta juga adalah tentang melepaskan dan mencintai dari kejauhan.




...

No comments:

Powered by Blogger.