Dan Demi Masa

Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Dan demi masa sesungguhnya aku kelemasan tak mampu timbul lagi dipermukaan. Tenggelam perlahan-lahan dan memerhatikan semuanya hilang di telan kegelapan dasar yang tak lagi terlihatkan. Baru bercita-cita nak update blog dua hari sekali, alih-alih di lambakkan dengan kerja bergunung-ganang. Habis semua plan. Maka terabailah blog ini untuk lebih satu bulan. Tak ada langsung post dalam bulan Oktober. It's okey. Kita chilled je.


Bulan November adalah bulan kelahiran. Bulan paling banyak warna kelabu dalam hidup aku. Banyak putih dan banyak hitam. Sebab tu kelabu. Separuh happy dan separuh sedih. Sama banyak. Jadi aku gila kat tengah-tengah. Bulan November adalah bulan paling misteri dan paling berat bagi sesetengah orang. Terasa di diskriminasi juga tapi aku buat relaks je lah sebab aku tahu aku. Orang lain tu terpulanglah. Dan ya, walau dalam segala calar-balar luka berdarah pun.. aku tetap excited tunggu tarikh birthday aku setiap tahun. Hari paling bermakna dan dimaknakan sepenuhnya oleh aku setiap tahun. Tak pernah tunggu dan mengharap ucapan special atau hadiah apa-apa dari siapa-siapa pun termasuk daripada suami sendiri. Sebab macam aku tulis tadi, aku tahu aku. Cukup lah aku tahu. Aku bahagia dengan apa yang aku ada. Done.


Bulan lepas aku sibuk dengan kerja. Stress sebab kerja datang bagai tsunami. Tapi dalam masa yang sama aku happy sebab bila sibuk siapkan kerja, aku rasa berfungsi. Tak ada lah datang kerja main games dengan layan IG Story je. Bila sibuk dengan kerja, ada lah orang pandang sikit aku dekat pejabat tu. Tak ada lah rasa macam tunggul kayu mati sangat. Dan paling penting, aku rasa la sikit diri ni penting. Tak ada aku kat situ, tak siap kerja-kerja tu. Haaa.. hebatkan aku..? Perasan la lebih sikit.. bagi kembang hidung sendiri sesekali kan.. :p


Dan.. sekarang dah tak banyak kerja. Sangap la balik. Pula tu kena PKPB ni kerja bergilir. Kalau tiba hari work from home tu lagi la rasa macam tunggul kayu mati hanyut di bawa arus sungai yang cetek lagi penuh sampah.. alahh.. alahhh..


Ni yang buat aku nak buat bisnes balik ni. Boring la hidup kalau tak ada kerja sampingan. Tak tahu apa nak buat. Banyak sangat masa berlebih. Melagha je lah tu nanti. Baik aku cari sesuatu yang boleh mengisi masa terluang dan memenuhkan poket, betul tak..? Untuk sekian kali aku seronok tengok kawan-kawan berniaga. Masing-masing berlumba-lumba promote itu dan ini. Aku sentiasa support kawan-kawan yang bersungguh berbisnes untuk diri sendiri dan keluarga. Aku suka tengok orang yang serius nak ubah diri dan kehidupan. Aku doakan mereka dimurahkan rezeki dan diberkati dunia akhirat. Aktif je IG Story diaorang dengan macam-macam cerita, produk dan review. Sedangkan IG aku..? Sendu. Tak tahu nak update apa.. hahahahaa.. betul kayu la engkau ain oiii.. 


Okey dah, nak sambung siapkan kerja dan acah-acah busy supaya boss nampak aku buat kerja dan bagi markah LNPT tinggi sikit tahun ni. Markah kesian pun tak apa lah.. hahahaha.. Take care kawan-kawan. Tak ada urusan penting, duduk rumah sahaja. Kalau perlu keluar, pakai mask dan gunakan sanitizer yang di beli dan di bawa sendiri okey. Sanitizer yang percuma tu cuba elakkan. Paling penting jaga jarak, jaga kebersihan.. dan jaga hati masing-masing.. kerana hati yang bahagia adalah tujuan kehidupan sebenar.. ehh.. :p



...


4 comments:

  1. Happy Birthday Ain.. (advance)
    "kerana hati yang bahagia adalah tujuan kehidupan sebenar." Aku suka ni. haha
    Jaga diri k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sahabat :)
      Sama-samalah kita jaga hati kita. Siapa lagi nak jaga hati kita kalau bukan kita.

      Kamu pun take care juga ya..!

      ...

      Delete
  2. ada keluar berita, sanitizer refill dengan sabun basuh pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabun basuh pinggan tak apa lagi.. ada yang guna sabun basuh lantai..! kurang ajar betul.. :(

      ...

      Delete

Powered by Blogger.