People Treat You The Way You Allow Them To Treat You

Ya aku bukan jenis perempuan yang berani dan berdikari sangat. Aku berani sikit-sikit dan berdikari sikit-sikit je. Dalam kebanyakan masa, aku akan tengok keadaan dulu. Tak ada lah pula aku berani nak pergi tidur kat rumah kosong sorang-sorang konon nak test ada tak pergerakan paranormal di situ. Benda tu gila lagi bodoh bagi aku. Aku punya berdikari pula tak ada lah sampai nak buat semua sendiri tanpa perlu bantuan orang dan alatan. Kalau ada cara mudah, baiklah guna cara mudah walau mungkin kena keluar duit sikit. Sebab benda-benda yang semua kena buat sendiri from scratch ni selalunya makan masa. Dan masa adalah emas ya. Choose your pariority, gitu lah ringkasnya.


Aku tak berani sangat dan tak berdikari sangat. Tapi aku bukan manja dan lembik.


Pernah tak jumpa perempuan yang lembik macam jelly..? Jenis cuit sikit terus cair mengalir masuk longkang.. (huhh..! geram aku) Serius arr..? Aku tak leh hadam manusia jenis terlalu-lalu-lalu lembik sampai tak boleh kena gertak sikit terus berlinang airmata. Bergurau sikit, usik-usik sikit, sakat-sakat sikit terus nangis dalam toilet dan esok hantar surat tukar bahagian lain sebab kononnya kat sini semua orang buli dia. Argghh...! Dan jenis perempuan yang tak boleh take it easy, apa semua kita sembang semua dia nak ambik serius macam dunia nak runtuh. Ehh, releks laa.. letih la aku dengan perempuan terlalu takut dengan hal-hal simple ni. Kita pula nak kena kuatkan dia, bagi semangat kat dia, pujuk dia.. macam kita ni tak ada benda lain nak hadap.


Arwah ayah aku selalu pesan : Perempuan kena kuat. Perempuan kena lebih kuat daripada lelaki sebab perempuan akan jadi jantung dalam keluarga. Jadi perempuan jangan lembik-lembik, kena kuat. Terutama mental dan emosi. Jangan sikit-sikit nak nangis, nanti orang ambil kesempatan.


Bukan aku nak suruh semua perempuan jadi kasar. Tak..! Tapi tengok-tengok la keadaan. Dalam banyak situasi, kita tak ada pilihan selain jadi kuat dan berani lah sikit. Simpan dulu sikap lembik kita tu. Kita kena kuat untuk diri kita sendiri bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa. Belajar la letakkan diri kita di satu tempat yang tinggi selayaknya. Orang puteh kata : People Treat You The Way You Allow Them To Treat You. Kalau kita sendiri merendahkan diri kita, melembikkan hati kita, menangis tak tentu hala, sikit-sikit nak sentap -- then, jangan terkejut lah kalau orang layan kita macam sampah. 


Apa yang aku nak story kali ni bukan pasal perempuan lembik sebenarnya.. haihh..! jauh tersasar dah. Sebenarnya nak luahkan perasaan aku yang terbuku. Tak tahu macam mana nak ringkaskan sebab ceritanya panjang dan berkait-kait. Aku sedih sebenarnya bila tahu ending cerita tu, perempuan juga yang dipersalahkan. Perempuan juga yang kena tanggung padahal perempuan tu pun mangsa juga. Tapi sebab dia perempuan, lemah lembut, tak pandai melawan, asyik mengalah dengan perangai manusia hati kering yang pandai ambil kesempatan -- last-last perempuan tu juga yang tanggung semua seorang diri. Aku sedih. Rasa dunia ni tak adil. Sebab perempuan tu bukan biasa-biasa. Dia belajar pandai, cantik dan dedikasi pada tugas. Cuma mungkin dia berada di tempat yang salah bersama orang yang salah


Aku kasihan pada dia, tapi tak ada apa yang aku boleh buat selain hulurkan bahu tempat dia menangis. Dia bukan jenis lembik macam jelly ya..! Tapi dia lembik pada masa dia sepatutnya kuat. Kalau lah manusia boleh putarkan semula masa.... ahh....!


Semoga kita kuat di saat kita rasa kita paling lemah..

Take care semua..! :'(




...



4 comments:

  1. lelaki pun ada juga yg jenis mental cepat koyak ni.. dia bahan orang xpe, bila orang bahan dia terus kecik hati, merajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki merajuk...? eeuuwwww.. sajat ke.. hahahaha.. :p

      ...

      Delete
  2. Kau buli orang ke Ain? haha tabaek.

    Tuhan tak uji hambaNya lebih dari kemampuan beliau. Mungkin ini dugaan untuk dia lebih dekat dengan Allah. Kadang kita ni cuma boleh menghulur bahu pada orang-orang yang perlu, hakikatnya apa yang dia perlukan cuma sedikit rasa belas kasihan dari Tuhan.

    Harap semuanya baik-baik saja. Dan perempuan yang pandai dan cantik tu diberi kekuatan untuk ujian yg menimpa beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp.. kita hanya boleh tadah bahu dan telinga.. sambil tu bagi la sepatah dua kata semangat.. yang hadap tu dia.. semoga dia terus kuatlah.. dugaan datang dan pergi kan.. kann.. :)

      p/s : ehh.. aku tak buli orang kalau orang tu tak buli aku.. kahh..!

      ...

      Delete

Powered by Blogger.