Patriarchy Or Feminism

Hari ini aku belajar perkataan baru iaitu patriarki (patriarchy) yang membawa maksud "satu sistem yang di kuasai dan di monopoli oleh lelaki termasuk di dalam hal pentadbiran, politik dan badan-badan yang membuat keputusan. Dalam sistem patriarki, kaum wanita akan di letakkan di bahagian bawahan, dipergunakan, di buli dan selalu menjadi mangsa (dipersalahkan). Aku tak jumpa perkataan ni secara kebetulan tapi aku belajar tentang patriarki ni disebabkan kes 'pembunuhan' aktor Sushant Sigh Rajput di India. Siapa yang follow IG aku tahu yang aku memang mengikuti perkembangan kes ni dari awal.

Dan hari ni aku di panah rasa kecewa yang menajam. Industri Bollywood bergegar teruk sejak Sushant di jumpai mati di kediamannya 14 Jun lalu pada usia 34 tahun. Hampir 3 bulan berlalu, isu kematian Sushant menjadi semakin bercelaru dan mengelirukan. Dari dakwaan bunuh diri kepada kes bunuh berprofail tinggi. Dari isu nepotism dan boikot-memboikot kepada isu kisah cintanya. Dari isu depression kepada bipolar hingga yang terkini terkait pula dengan penyalah gunaan dadah -- Bollywood semakin tenat. Panas dan merejam kasar.

Sebagai pemerhati dari jauh, aku tidaklah menjadi obses tapi bila kerap sangat di sogok dan di suap dengan berita demi berita, persoalan demi persoalan, tak banyak sedikit aku turut merasa tempiasnya dan benar-benar tak sabar nak tahu kesudahan dan nak lihat kebenaran sebenar terbongkar. Tak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dan siapa pula yang akan dipersalahkan (dijadikan kambing hitam) namun, yang pasti semuanya adalah kebenaran yang memahitkan.

Sekadar menyebut beberapa nama yang terkait dengan isu ini antara lain Rhea Chakrabothy, Kangana Rannault, Mahesh Bhatt, Sooraj Pancholi, Karan Johar, Yash Chopra Film, Sonam Kapoor, Taapse Paanu, Vidya Balan, Swara Bhaskar, Akshay Kumar, Salman Khan, Zoey Akhtar, Farhan Akhtar dan beberapa nama kawan (orang terdekat) Sushant yang menjadi saksi utama kes. Mereka semua ini berada di bawah "kanta" media dan peminat. Apa sahaja yang mereka suarakan, semuanya dikaitkan dengan isu kematian Sushant. Sedih. 

Kes ini sekarang di bawah siasatan CBI India. Sudah menjadi isu besar bukan di dalam India sahaja malah sudah global. Semua media tertumpu kepada proses siasatan CBI. Keputusan hasil siasatan tu dijangka akan keluar tak lama lagi terutama selepas penangkapan Rhea Chakrabothy dan adik lelakinya, aku kira rakyat India sudah bersedia untuk melancarkan huru-hara dan merusuh (seperti kebiasaannya) kerana keputusan ini nanti pasti akan di sambut 50-50. Ada yang terima dan ada yang membantah. Dalam hiruk-piruk pandemik Covid19 ni, terkini India mencatat kes kedua tertinggi di dunia tapi rakyat India nampaknya tidak peduli. Aduhh..!

Apa yang aku nak luahkan cuma...


###
Memboikot filem lakonan Aalia Bhatt (Sadhak 2) kerana marahkan bapanya Mahesh Bhatt adalah satu tindakan yang kebudak-budakan dan langsung tidak memberi kebaikan kepada industri filem Bollywood.

###
Mengaitkan isu dadah dengan kematian Sushant juga bukanlah satu hal yang wajar. Dia nak hisap dadah, itu hal personal dia. Malah kita semua tahu dadah dengan industri hiburan seluruh dunia adalah hal biasa. Asalkan tidak di ambil secara terang-terangan dan tidak di iklan/ di kempen/ di promosi.. maka aku rasa isu dadah dengan Sushant adalah hal peribadi. 

###
Kalau berjaya buktikan Rhea Chakrabothy bagi dadah pada Sushant pun, itu belum membuktikan Rhea yang bunuh Sushant. Kita nak cari siapa yang bunuh atau siapa yang arahkan Sushant dibunuh. Bukan nak cari siapa "rosakkan" Sushant dengan dadah. Sebab dadah di banyak negara -- boleh jadi benda baik dan boleh jadi benda tak baik. Bukan seperti di Malaysia yang menganggap dadah sebagai najis. 

###
Aku bukan nak berpihak kepada Rhea tapi masyarakat/peminat/media di India yang secara terang-terangan membuat cyber bullying terhadap Rhea dengan menuduh dia dengan macam-macam gelaran dan dakwaan, bagi aku adalah satu hal yang keterlaluan. Biar pihak berkuasa yang menentukan Rhea bersalah atau sebaliknya bukan masyarakat. Peminat boleh menyatakan sokongan dan pandangan, boleh mendesak pihak berkuasa, boleh memviralkan persoalan-persoalan dan isu hangat dalam kes, tapi bukan masyarakat yang buat keputusan. Peminat mesti tahu batas mereka.

###
Dari awal aku secara peribadi rasa isu ni sangat mengecewakan dan menyedihkan. Terlalu banyak tokok-tambah. Dan terlalu ramai mereka yang sengaja mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keroh. Serangan psikologi paling menyedihkan dan menyakitkan. Aku percaya kalau Sushant masih hidup pun, dia tentu sedih.

###
Artis-artis lain yang tiba-tiba tampil menyatakan sokongan kepada Rhea, aku rasa adalah mereka yang desperate nak tunjuk yang mereka tak bersalah, mereka pejuang keadilan, mereka pejuang hak wanita dan bla bla bla.. aku kecewa dan sedikit meluat sebab ada di antara mereka adalah artis yang aku suka dan adore so much selama ni. Mungkin sudah tiba masa aku 'resign' dari kelab peminat mereka.

###
Aku lebih suka golongan artis yang langsung tak mengeluarkan apa-apa statement yang berat sebelah atau terlalu beria-ia sama ada menyokong Sushant atau Rhea. Biarlah orang nak kata mereka hipokrit ke, nak kata diaorang sombong bongkak ke, tak ada pendirian ke, tapi sekurang-kurangnya mereka tahu level mereka di mana dan mereka bijak memilih 'padang permainan' mereka yang mana. 

Buat masa ni, kes masih dalam siasatan. Keadaan masih sangat-sangat panas. Siapa jua boleh jadi pesalah dan boleh jadi mangsa. Fakta kes boleh berputar ke depan atau ke belakang. Dan aku akan terus mengikuti perkembangan kes ini dengan hati terbuka. Aku hanya mengharapkan kebenaran dan keadilan untuk Sushant dan berharap siapa jua yang bersalah akan di hukum selayaknya. Mudah-mudahan kes ini akan menjadi pengajaran dan dapat 'membersihkan' industri Bollywood supaya boleh jadi lebih baik dan success pada masa akan datang.

Lautan mana tak bergelora. 
Hidup siapa tidak di uji.
Sesungguhnya kita semua adalah hamba.







...

2 comments:

  1. mak saya peminat cerita hindustan, boleh menangis dan memaki dalam masa yang sama kalau dia layan cerita tu. Malangnya minat tersebut tidak turun ke saya tetapi saya sempat kenal shah rukh khan.

    Apa komen shah rukh khan dalam isu ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. nasib baik sempat kenal SRK ye :)

      SRK tak bagi apa2 komen dalam isu ni. Sama ada dia memang tak nak terlibat atau sebab sahabat baik dia Karan Johar dan Yash Film adalah antara yang dikaitkan kuat dalam kes ini. So..? ermm.. tunggu dan lihat.

      ...

      Delete

Powered by Blogger.