Dunia Ini Fake Dan Aku Lebih Fake Lagi

Tebal punya sawang kali ni, sebulan tak update blog. Jawapan paling cliche adalah : busy dan jawapan kedua paling cliche adalah : tak ada cerita nak cerita. Okey aku berada dalam kedua-dua hal tersebut. Maka maafin ibuk ya, lama ngak menjenguk ke sini. Yang pertama izinkan aku merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 semalam. Tahun ni semua serba sederhana. Bagus. Dan untuk aku sendiri, hari berjalan seperti biasa sahaja. Maaf sekali lagi kalau aku kurang patriotik secara luaran, tapi percayalah di dalam hati InsyaAllah jati diri penuh tak berempangan.. :)

Yang kedua, aku nak bagitahu yang aku okey. Sihat. Alhamdulillah. Syukur Allah masih bagi sihat dan waras. Tapi sebulan yang lepas hidup aku ups and down. Penuh carca-marba dan haru-biru. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi begitu lah. Ada hari aku ceria dan gembira tahap roket naik ke langit, dan ada hari aku kosong sekosong-kosong langit di tengah hari menerik yang tak ada segumpal awan pun. Terang. Kosong. Panas dan memanah tajam.

Tapi anehnya, sepanjang sebulan lepas hari aku tak ada hujan. Tak ada airmata. Tidak ada menangis menghiba macam selalu. Yang ada adalah termenung panjang. Berteleku. Tak ada perasaan dan tak ada apa-apa nak dirasakan. Hati aku sudah mengering. Untuk sekian kali, aku merasakan tamparan ujian dan dugaan dalam kehidupan ini telah menjadikan aku manusia yang sudah kering airmata. Yang menangis hanyalah di dalam hati. Yang mendengar aku menghiba cuma aku. Yang terlahir di mata -- tiada. 

Sebulan lalu aku cuba menjadi normal. Aku mencuba dengan sedaya-upaya dalam susah dan payah. Aku pilih untuk tidak mahu larut. Aku perlu lawan, kalau tidak aku akan melemah dan menurut. Tapi berusaha untuk jadi normal dan nampak normal ni rupanya pekerjaan yang sukar. Aku rasa tak mampu lagi, tapi aku tak ada pilihan. Lagipun aku tak nak ada rasa putus asa untuk terus mencuba. Aku tak suka perasaan tu.

Cuma sekarang aku rasa macam plastik. Mencair dan membentuk kerana sesuatu. Aku rasa dunia ini fake dan aku lebih fake lagi. Aku sudah kehilangan nilai asli. Aku rasa teruk kerana menjadi plastik. Aku melebur dan hilang harga. 

Aku sedih tapi tak mampu menangis.
Atau sebenarnya aku memang sedang menangis, tapi tak mampu tunjuk. 


:(



...

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah baru balik dari Pulau Redang.. :)

      ...

      Delete
  2. Jangan risau, aku pun selalu fake. Dunia ni fake, kau fake, Akuuuu lagi fake. haha (tak nak kalah siapa lagi fake ni apebende ?) Jaga diri sistur. xo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kita mana nak kalah.. semua salah fake.. kita tetap betul.. #dasarperempuan :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.