Menghampiri Usia 10 Tahun KAMI

Lagi 3 hari bakal meraikan ulangtahun kesepuluh kami. Fuhh..! boleh tahan jauh juga perjalanan dah kami harungi. Dalam tak percaya, dalam acuh tak acuh rupanya jauh dah perginya. Mengimbas kembali kenangan sepuluh tahun dulu, 3 hari sebelum majlis pernikahan kami -- hari ni aku kat klinik gigi. Pergi cuci gigi dengan harapan masa jadi pengantin nanti senyuman aku akan bersinar memancar-mancar. Wahh.. kau..! kahh.. kahh.. Tapi serius, gigi penting ye adik-adik. Aku selalu pesan kat adik-adik aku, sahabat-sahabat dan sepupu-sepapat mana yang nak kahwin tu baik perempuan atau lelaki -- sila pergi cuci gigi di klinik. Korek kerak-kerak mana yang patut. Sebab aku pernah tengok gambar pengantin, muka lawa tapi gigi kuning. Duhhh...! punah gambar.. :p

Lepas cuci gigi, aku pergi spa untuk manjakan diri. Berurut, scrub, sauna, mandi susu, mandi bunga dan buat facial treatment untuk naikkan seri wajah kononnya. Seingat aku pakej spa aku ambik tu dalam RM199 je. Murah tapi berbaloi dan puas hati. Ada bakal pengantin takut nak buat facial treatment menjelang hari bahagia sebab takut muka break out. Aku sendiri main redah je. Tawakal. Tapi korang kalau jenis kulit sensitif atau mudah break out, better tak payah la buat facial treatment kalau dah dekat-dekat sangat tarikh sanding. Jangan ambik risiko beb..! Macam aku jenis kulit muka senang jaga, alhamdulillah okey je masa hari bahagia tu.

Untuk yang belum tahu, majlis pernikahan dan perkahwinan aku simple se-simple simple-nya. Nikah sebelah pagi, then terus jamuan makan. Tak ada salin-salin baju. Tak ada bersanding. Tak ada berarak. Aku tak suka. Aku tukar tudung je dan pokcik tukar sampin. Yang lain pakai je yang sama dari pagi sampai petang. Pelamin ada tapi aku tempah yang simple-simple just untuk bergambar dengan ahli keluarga. Inai pun sepupu aku yang pakaikan, inai basic style. Tak ada kerawang-kerawang macam pengantin hindu tu. Walaupun aku suka hindustan, tapi tidak lah tergamak aku nak jadi pengantin hindu.

Selesai nikah dalam 10:30 pagi. Lepas tu Pokchik solat sunat. Sementara tu, aku dalam bilik salin tudung putih kepada purple, touch up make up sikit. Lepas Pokchik sudah solat, dia salin sampin putih kepada sampin purple then siap-siap sikit terus kami keluar bilik dan bergambar kejap kat pelamin. Pukul 12 tengah hari makan beradap dan potong kek apa semua, lepas tu sambung bergambar lagi dengan ahli keluarga dan sahabat handai serta tetamu yang sudi. Aku tak ada gambar romantik-romantik atas pelamin yang ala-ala nak bercium macam tak sabar nak beromen tu. Aku tak boleh hadam betul style pengantin yang boleh tebal muka bergambar gitu atas pelamin sedangkan kat depan tu bersusun sedara-mara, anak saudara bawah umur semua tengah tengok. Kau tak ada perasaan malu langsung ke..?

Dan yes, aku tak ada sesi outdoor photo shoot what so ever. Walaupun masa tu memang kaw-kaw trend pengantin mesti ada photo shoot pre-wedding lah, photo shoot outdoor lah, photo shoot kat studio yang salin-salin 11 jenis baju lah. Aku tak ada semua tu. Tak minat sebab aku penyegan. So, dalam pukul 3:30 petang aku dah masuk bilik, salin baju biasa. Mandi, solat zohor then tunggu solat asar. Lepas selesai solat asar baru keluar bilik sambung layan tetamu. Siapa-siapa yang datang majlis aku antara 3:30 petang sampai 5:00 petang tu memang tak jumpa aku a.k.a pengantin. Sorry lah ye.

Tak ada apa-apa yang aku rasa galat tak buat masa majlis aku. Sebab aku memang nak majlis yang ringkas dan semi-formal sahaja. Tak payah la nak berarak, persembahan silat, persembahan zapin, karaoke rock kapak apa segala. Adat 'tol-tol' pun tak ada. Walaupun family aku orang Johor dan banyak adat istiadat Johor yang aku skip, tapi aku tak menyesal langsung. Aku happy alhamdulillah. Entah lah, aku dari dulu memang tak pernah berkenan majlis kahwin yang terlalu beria-ia. Aku tak judge orang lain, terpulang citarasa masing-masing. Tapi untuk aku, lagi simple lagi best. Tapi jangan lah sampai kahwin koboi pula...!! Paling penting mak ayah aku okey dengan keputusan aku. Settled.

Satu je yang aku rasa galat sampai hari ni adalah make up aku masa majlis kahwin tu. Ya ampunnn.. punya TEBAL MAKE UP sampai bertepung muka aku. Boleh melukis agaknya atas pipi dan dahi aku. Bulu mata palsu punya lebat macam pelepah kelapa, sampai aku rasa lenguh nak angkat kelopak mata. Aku tak suka sebenarnya..! Demi Allah, aku tak setuju dengan make up tu. Tapi mak andam yang make up kan aku tu pandai-pandai 'berkarya' atas muka aku. Padahal mula-mula masa booking dia, beria-ia janji dengan aku nak buat make up simple, ringan and natural je. Grrrrr...

Sampai hari ni, aku sedih tengok gambar-gambar kahwin aku. Rasa aib sungguh. Make up tebal macam tu dalam gambar memang nampak muka aku licin macam plaster dinding la sebab lighting dan editing semua photographer pandai main. Tapi hakikatnya, aku tak happy tenggok gambar-gambar kahwin aku. Dah macam muka orang lain. Nasib baik Pokchik masih kenal aku lagi walaupun dia pun sebenarnya terkejut tengok muka aku macam badut masa tu. Malu pun ada. Berdosa apatah lagi.. ahhh.. :(  

Nak cuci make up tu sebelum solat zohor, punya lah hazabbbb... dekat setengah jam cuci make up je. Masa tu aku tak tahu lagi pasal oil cleanser atau kaedah double cleansing ni. Aku main tonyoh muka dengan tisu. Habis tisu biasa, aku tonyoh dengan tisu basah yang lap bontot baby tu pula. Sampai pedih kulit muka aku. Nak nangis rasa. Memang bila diingat-ingat balik macam nightmare tau. Menyesal tak bertegas dengan mak andam tu..! Sepatutnya aku lebih berani lawan, bukan main tadah je muka.. hukk hukk.. Sedih.

Maka, ambil iktibar ya adik-adik. Buat pilihan ikut apa taste kita dan apa yang menggembirakan kita bukan ikut-ikut orang. Hak kita mesti kita pertahankan. Lagipun kita bayar khidmat dia bukan untuk dia buat suka hati dia. Sepatutnya ikut suka hati kita. Hahahaha.. Tak apa lah, benda dah lepas tak usah di kenang. 

10 tahun dulu -- itu lah kali pertama dan kali terakhir aku di make up dengan setebal-tebal karpet Turki beserta bulu mata palsu selebat pelepah kurma gurun sahara. Sejak itu, aku serik. Mampossss hidup balik pun aku tak akan biar orang make up tebal-tebal kat muka aku lagi. Fobia gila. Biarlah aku dengan muka asal aku ni, tak cantik macam anak patung pun tak apa lah. Aku lebih rela.

Nak tengok ke gambar kahwin aku...? kahhh... 
Jangan harap lah... aku simpan dalam peti besi dah, then tanam 11 kaki dalam tanah.. dah talkinkan siap-siap.. hahahaha.. Jangan berani kau tanya lagi...! :p




p/s  :  sampai hari ni "berdendam" dengan mak andam tu.. kalau aku jumpa dia lagi, siap lahhh...!! lolss..




...

3 comments:

  1. tahniah in advance for anniversary.

    masa saya kawen dulu outdoor photoshoot kat belakang rumah je. kawasan kampung kan, nampak hijau pokok pisang n pokok kelapa kira ok lah tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. untunglah belakang rumah pun cantik siap prop alam semulajadi gitueeww.. :)

      ...

      Delete
  2. Zaman dulu memang kalau boleh make up tebal teruk. Tapi sekarang sebenarnya jurumekap lebih pandai untuk cover muka dengan makeup cantik tapi nampak natural. Ye lah, zaman dah berubah kan? Produk pun makin advance.

    Gitu lah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.