Hal-Hal Yang Lima

Hidup ni penuh dengan hal-hal kegampangan yang tidak disengajakan. Atau mungkin kegampangan itu sendiri sudah menjadi normalisasi bagi sekalian manusia maka hal-hal gampang tidak lagi menjadi hal yang dipedulikan. Aku tak ingat sejak bila aku mengenal perkataan gampang tapi aku kerap juga menggunakan perkataan gampang walau tidak faham makna sebenar. Soalnya kenapa pagi-pagi dah cerita pasal hal-hal kegampangan nih..? Terus mendung langit pagi ni. Langsung tak bersinar macam langit orang lain. 

Hal Satu
Aku tak ingat bila dan macam mana entah aku telah 'menanam' rasa tak suka pada ilmu engineering dalam kepala anak-anak tiri aku. Mereka sekarang tak suka engineering dan tak akan ambil jurusan engineering sampai bila-bila walaupun kalau mereka dapat result exam yang bagus. Yang sulung tu lebih sanggup jadi doktor dari jadi engineer dan yang bongsu pula lebih suka nak jadi pegawai polis asalkan bukan engineer. Sekarang aku rasa bersalah kepada seluruh komuniti engineering. Ahh..!

Hal Dua
Aku ada satu masalah. Datang kawan (1) bagi cadangan penyelesaian, tapi aku kurang bersetuju. Dia tak puas hati kenapa aku tak ikut cadangan dia. Entahlah, aku tak suka orang paksa-paksa aku buat benda yang aku tak berapa selesa. Terutama bila nasihat dan cadangan dia tu aku tak minta, dia yang willing nak bagi cadangan. Jadi, kalau aku tak boleh terima cadangan tu bukan salah aku. Nama pun cadangan, bukan arahan. So..? 

Tak selesa la dengan manusia suka paksa-paksa :(

Hal Tiga
Aku ada sorang lagi kawan. Dia ada masalah. Kawan (2) aku ni suka nak share dengan aku masalah dia walaupun kadang-kadang aku rasa apa yang dia share tu bukan masalah pun. Tapi dia suka tunggu aku responds tak kira siang ke malam. Dah macam kaunter penyelesaian masalah pula aku ni. Aku rimas dengan manusia yang suka desak-desak suruh responds hal dia. Seolah-olah dalam dunia ni cuma dia sorang ada masalah dan satu dunia tak ada kerja lain selain fikirkan masalah dia. 

Adil tak aku kenalkan kawan (1) degan kawan (2) sebab aku rasa mereka secocok. Dan macam mana aku nak bagitahu kawan (1) dan kawan (2) -- please leave me alone..!! aku sejenis tak sampai hati nak bertegas dengan kawan-kawan. Tu la tu.

Hal Empat
Aku harus mengakui, aku tak pandai layan budak-budak. Terutama budak-budak yang nakal, buas dan banyak songeh. Sama juga, aku tak pandai nak ambil hati orang tua. Terutama orang-orang tua yang banyak cakap dan suka mengarah itu ini. Aku sejenis yang susah nak kata "no" tapi dalam masa yang sama dalam hati aku merungut dan bersungut. Kadang-kadang siap dengan pakej dahi berkerut. Ahh.. susahnya nak balance kan perasan. Aku memang kagum dengan manusia yang naturally penyayang, penyabar, peramah, tenang dan sejenis bijak boleh control apa jua keadaan dengan siapa jua dia berhadapan.

Aku pula..? Bersusah payah untuk blend dengan keadaan. 

Hal Lima
Aku selalu rasa aku bukan isteri yang baik, bukan ummi yang baik, bukan sahabat yang baik, bukan anak yang baik, bukan kakak yang baik, bukan ipar yang baik, dan bukan siapa-siapa pun yang boleh dikira baik. Setiap kali aku buat sesuatu untuk diri sendiri -- aku rasa aku lah manusia paling selfish dalam dunia. Setiap kali aku dapat kebahagiaan atau kegembiraan yang sedikit -- aku rasa aku tak layak untuk rasa happy dan seronok-seronok sebab sekeliling aku banyak lagi masalah nak kena fikir.

Entahlah. Aku sendiri yang letakkan diri aku dalam stress lepas tu aku yang depress sendiri-sendiri. Hidup ni mudah sahaja, tapi kenapa aku rasa susah. Sebenarnya aku yang suka fikir berat-berat. Cuba bertenang sikit dan buat benda-benda bermanfaat sikit ain oiiii.. Haiihh.. :p




...

6 comments:

  1. jangan risau.. manusia ni 'balance', kurang kat sana, lebih kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. ye dak..?

      :)

      ...

      Delete
  2. Hal Satu :
    Sampai skg pun aku masih lagi ada minat yang tak dapat dilunaskan. Dulu masa zaman sekolah nak jadi cikgu.. lepas tu jadi lecturer.. besar sikit nak jadi doctor.. kemudian bertukar jadi ahli ekonomi.. Bila dah habis sekolah tukar lagi nak jadi arkitek.. Lepas habis belajar, jadi PROGRAMMER. apoooo.. berhenti kerja jadi BUSINESWOMAN... tgh tulis komen ni tibe rasa nak jadi isteri sepenuh masa.. kakaka.. suami mana suami? Jangan risau.. minat diorang pun mesti akan berubah2 juga nanti.

    Hal Dua :
    Bagi zhi, kita ni kalau kawan ada masalah.. kita nasihat je. Nak ikut ke tidak itu hak dia. Tapi lain kali kalau ada masalah yg sama, jangan cari aku. hahah

    Hal Tiga :
    Memang akan ada kawan yang sikit-sikit nak mengadu. Aku kategorikan diorang ni sebagai "Just Someone Yang Lonely". Tapi bila sampai 1 fasa, kawan yang macam ni yang akan buat kita rasa less lonely dan phone masih berbunyi dengan notification walaupun dah bercucu 10 nanti.

    Hal Empat :
    Nak layan budak nakal ni, aku pun tak suka. Tapi kalau nak layan orang tua ni biasanya aku iyerkan je. Ape pun dia cakap "iya" kannnn je lah. Kalau tak setuju pun "iyaaaaa" je la..

    Hal Lima :
    Ain, kau tak perlu rasa semua ni sebab dulu masa aku tinggalkan boyfriend zaman belajar dulu pun aku cakap "aku bukan makwe yang baik". Tapi bila difikirkan balik, itu cuma alasan saja. Sebenarnya aku rasa aku better dari dia dan aku deserve someone better. Kita ada hak untuk diri kita sendiri. Apa pun kita nak buat untuk diri kita, itu hak kita. Tak ada siapa boleh judge selfish ke apa sebab kalau nak kata selfish, memang kadang kita kena buat macam tu. Nak fikirkan orang je sampai bile ye dak?

    (Sorry komen dah macam entri baru. hahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww.. komen ko zhi buat aku rasa berbaloi taip panjang2 sebab ada yang sudai baca dan faham.. hahahaa.. thanks sahabat.. :)

      but ya, sesekali kena jadi selfish sebab kita adalah siapa yang kita nak jadi. layan sangat apa ada dalam kepala memang tak akan habis.. hahahaa.. lebih baik layan coffe kat starbuck.. kan.. :p

      ...

      Delete
  3. Rasanya tak perlu nak in control sangat kut..atau queen control..atau control freak..ehk. sesekali kena jadi selfish sebab kita adalah siapa yang kita nak jadi. layan sangat apa ada dalam kepala memang tak akan habis.. hahahaa.. lebih baik layan coffe kat starbuck

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey #TeamStarbuck on.. jommm..!! hahahhaa.. :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.