Dua Hal Yang Tak Mampu Difahami

Aku kira ada dua hal yang tak akan pernah aku fahami dalam satu-satu perhubungan. Dua hal yang betul-betul di luar kawalan kita sebagai manusia yang memang punya keterbatasan. Walau macam mana berhati-hati pun kita menjaga satu-satu hubungan tu, tapi tetap akan ada juga satu masa yang kita akan terluka dan terkucil rasa. Orang tua kata : Lagi kita sayang, lagi akan menyakitkan. Sebab tu bila sayang sesiapa -- silalah berpada-pada.

Dan walau macam mana menyakitkan pun satu-satu perhubungan tu, manusia masih terus-terusan mencari dan bergantung pada hubungan sesama manusia. Tak boleh cara baik, di rampas cara kasar. Tak boleh cara halal, di sorok-sorok cara haram. Kenapa..? Bukankah perhubungan sesama manusia itu adalah satu keperluan yang akan melengkapkan kehidupan kita sebagai manusia, jadi mengapa saling menyakiti dan bukan menyayangi..?

Hal Pertama
Bila kau tak mampu nak faham orang yang kau sayang. Walau berapa lama masa diluangkan bersama-sama, tapi kau tetap gagal memahami dia secara total. Bila dia buat hal-hal yang kau tak sangka dia akan buat atau dia ucapkan kata-kata yang kau tak sangka dia akan sanggup ungkapkan -- tak banyak sedikit kau akan rasa kecewa dan terluka. Selebihnya kau akan rasa gagal.. gagal menjadi manusia yang paling faham dan paling sayang dia. Kan..? Rasa gagal tu sebenarnya rasa apa..?

Hal Kedua
Bila kau tak mampu buat orang yang sayangkan kau tu faham kau. Walau macam-macam cara kau buat, kau cerita, kau kongsi dengan dia siang malam sampai siang balik -- dia tetap tak faham kau..! End up, dia buat kau rasa seolah-olah kau manusia paling kompleks dalam dunia yang tak akan difahami oleh sesiapa sampai bila-bila. Segala merajuk, segala kecil hati, segala muncung yang kau buat selama ni tak membuatkan dia lebih memahami kau malah lebih menjauhi kau. Alien ke apa..?

Aku tak faham kau,
Kau tak faham aku.

Tapi aku pura-pura faham kau, macam kau pura-pura faham aku.

Akhirnya, siapa yang faham kau dan siapa yang faham aku..? Kalau bukan kau dan bukan aku, jadi mengapa kau masih dengan aku dan aku masih dengan kau..? Kau dan aku itu apa, di mana dan nak ke mana sebenarnya..?

Tolong beritahu aku, apa makna berada dalam satu-satu perhubungan kalau kita tak saling memahami malah hanya saling menghakimi..? Apa nama ikatan perhubungan yang berhubung tapi terasa asing. Bercakap tapi senyap. Saling memeluk tetapi dingin. Saling memandang tetapi tak nampak. Berapa lama lagi masa yang kita perlukan untuk faham, bahawa apa yang kita punyai itu sebenarnya bukan kepunyaan kita lagi..

Kau dan aku bukan kau dan aku yang sama lagi..


...


6 comments:

  1. "Men are from Mars, Women are from venus"

    ReplyDelete
  2. Ada orang pernah mengkaji sifat wanita dan lelaki. Kecenderungan masing-masing yang berbeza. Aku berpendapat, hubungan lelaki dan perempuan tu terlalu kompleks untuk difahami. Contohnya perempuan akan berfikir terlalu detail tentang sesuatu sedangkan lelaki tak suka macam tu. Diorang akan fikir hal-hal yang penting saja dalam hidup diorang. Kajian tentang multitasking juga membuktikan yang otak perempuan ni sangat lah hebat berbanding lelaki. Jadi dengan kekompleks-an kita sebagai perempuan, tak mungkin akan pernah difahami oleh lelaki melainkan mereka mengurangkan ego dan memeluk dengan ikhlas cuma untuk buat kita rasa selesa. Kekusutan yang ada dalam kepala, mungkin lebih baik dikongsi dengan orang lain yang juga mempunyai cara pemikiran yang sama. Perempuan juga lah maksudnya.

    ihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..!! tak mungkin difahami.. hahahaha.. so tak payah lah beria-ia minta difahami.. ye tak.. :) Asalkan boleh saling menerima dan bertolak ansur, dah syukur sebenarnya..

      kopi.. kopiiii.. kopiii berbisik... (tiberrr..)

      ...

      Delete
  3. Hal yg ni antara 1 perkara yang susah Sha nak faham.. Why dia buat benda tu eventhough we state countlessly yg kita tak suka dia buat. Or kenapa dia fikir A, kita fikir B.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe.. just.. maybe.. dia nak test kita je kot.. hahahahaa.. atau maybe just simply masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. sebab tu dah bagitahu banyak kali pun tetap ulang kesilapan sama.. ermm.. entah.. :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.