Berdamai Dengan Fluvoxamine

Rabu lepas aku dapat panggilan daripada klinik kesihatan kerajaan yang dekat dengan rumah. Doktor perempuan nama H call nak minta aku datang ke klinik jumpa dia. Terpinga-pinga juga aku pada mulanya sebab panggilan tu memang aku tak sangka-sangka. Aku tanya kenapa, tapi Dr.H kata "..Saja nak bual-bual dan tanya keadaan puan.." Aikk...? Aku tak tahu pula selama ni doktor di klinik kerajaan ada banyak masa nak jumpa pesakit sebab saja nak bual-bual...?

Aku sampai klinik lebih kurang jam 3 petang. Fikiran aku kosong. Perasaan aku masa tu tenang je. Tapi masa check tekanan darah, bacaan tekanan darah aku naik. Mungkin sebab aku terlalu blurrr. Kemudian aku duduk menunggu nama dipanggil. Sempat main games Sudoku dalam 15 round. Melepasi jam 5 petang baru nama aku di panggil masuk ke bilik doktor. Fikiran aku masih kosong dan perasaan aku kosong juga -- hampir tak ada rasa apa-apa.

Kami berbual santai dalam 15 minit pertama dan Dr.H mulakan dengan bertanya khabar. Aku jawab ringan sahaja. Masuk 15 minit seterusnya perbualan kami jadi berat. Soalan-soalan Dr.H semakin dalam dan tepat memanah ketenangan yang aku sorokkan. Aku banyak jawab dengan diam dan senyuman kelat sahaja. Tak sedar kolam mata aku tiba-tiba memanas dan pandangan jadi berkaca-kaca. Tuhan, beratnya perasaan yang aku rasa waktu tu.. Tuhan sahaja yang tahu..

Selepas kurang lebih 30 minit berbual "saja-saja" dengan Dr.H, aku keluar dari biliknya dan terus ke kaunter farmasi. Tunggu lagi dalam 3 ke 5 minit sebelum balik membawa sepaket pil putih halus bernama Fluvoxamine. Seperti kosongnya aku waktu baru sampai ke klinik tu, macam tu jugalah kosongnya aku masa meninggalkan klinik petang tu. Airmata yang memberat, aku mampu telan. Entah kenapa setiap butir kata-kata Dr.H tadi membuatkan aku terpujuk. Apa Dr.H cakap tu boleh aku hadam dan fahamkan.

Aku sihat. Jangan risau.
Aku normal. Macam orang lain juga. 
Cuma aku perlukan Fluvoxamine sebagai sokongan. Aku perlu berlapang dada dan bagi peluang kepada biology tubuh aku bertindak balas dengan pil putih halus tu. Mungkin aku akan jadi lebih baik dari aku yang memang baik-baik sekarang. Fluvoxamine adalah normal untuk ramai orang. Maka tenang sahaja. You will get through this ain. 

Lagipun cuma untuk 6 minggu, bukan untuk selama-lamanya. Aku pun tak berhajat nak bergantung hidup dengan makan ubat. Aku bukan jenis disiplin sangat pun. Jadi buat masa ni, aku akan cuba sebaik mungkin ikut nasihat Dr.H dan berdamai dengan Fluvoxamine ni. Aku serius nak sihat dan harap sangat-sangat dapat betul-betul sihat.

Dan kepada kalian,
Jangan takut jumpa doktor dan share masalah kita. Masalah fizikal ada doktornya, masalah jiwa pun ada doktornya. Jangan putus asa dapatkan rawatan. Dan paling penting jangan takut dilabel tak sihat atau tak normal. Sebab kita tidak bersendirian. Ada ramai lagi manusia di luar sana yang bahagia, berjaya dan gembira sebab dibantu oleh ubat. Doktor pun tak akan suka-suka suruh kita makan ubat kalau kita tak betul-betul perlukan ubat tu.

Berani dapatkan bantuan.
Tak ada sesiapa yang akan bantu kita selain diri kita sendiri.
Selebihnya serahkan kepada Yang Maha Mengetahui.


:)



p/s : Ohh lupa nak inform, Dr.H call aku tu sebab last time aku datang jumpa dia bulan Disember 2019. Memang dah jadi SOP klinik kerajaan untuk buat follow up dengan pesakit sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Terutama pesakit yang ada ciri-ciri kemurangan atau yang konsisten makan ubat terkawal. Fuhh..! aku baru tahu klinik kerajaan "sebaik" itu. Bertuah kita jadi rakyat Malaysia kan..?



...

4 comments:

  1. Aku rasa klinik kerajaan sebaik tu sebab department yg satu ni tak banyak kerja. Aku nk reschedule appointment dengan doctor pakar hati ni macam ya Allah apa dosa aku sampai diorang susah sangat nak bagi tarikh baru sampai hari ni. Mereput lah hati aku kalau macam ni. Haha..

    Btw, ok dak ni? ape masalah ?
    DM ig roger2 jom minum kupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. doktor pakar memang susah sikit lah.. tapi kalau nak senang, jumpa Fnd Rocka je.. dia pakar bab hati juga.. hahahaha.. :p

      p/s : nanti kita roger.. :)

      ...

      Delete
    2. apa aku plak

      hati saya pun perlukan rawatan

      Delete
    3. hahahahaa... :p

      semua ada masalah hati rupanya.. marilah sama-sama kita cari doktor..

      ...

      Delete

Powered by Blogger.