Aku Bosan

Aku bosan. Kebelakangan ni hidup aku bosan lagi membosankan dan tiada yang lain selain bosan-bosan sahaja. Aku cuba hiburkan diri dengan tonton video-video lucu di youtube sambil-sambil support channel youtube kawan-kawan. Tumpang happy tengok kawan-kawan yang mula serius main youtube dan dapat income dari youtube. Skill edit video dan dubbing suara mereka pun nampak banyak improvement. Wahh..! macam juri pula aku nih. Tak. Cuma support kawan-kawan je lah. Video-video aku sendiri masih terperap dalam hard disk. Dari video India, Istanbul sampai Pakistan. Semua masih berdebu dalam hard disk. Nanti lah.

ehh.. jap..! 

Aku benci gila dengan orang yang suka mencarut di khalayak ramai. Lepas tu tak ada malu-malu, mencarut merata-rata tanpa kira di mana dan dengan siapa. Lepas tu gelak-gelak. Macam lucu sangat. Siapa tak gelak dengan lawak carutan dia -- katanya tak sporting.. tak open minded. Ehh..! geli lah dengan manusia macam ni. Baik lelaki ke perempuan ke, yang bangga sebab suka mencarut ni tak sedar agaknya yang dia telah menjatuhkan dan merendahkan nilai diri sendiri. Kesian pasangan kau dapat suami/isteri macam kau. Macam orang tak ada maruah. Mencarut adalah TIDAK kelakar. Titik.

okey sambung..

Aku bosan sangat sampai banyak masa aku habis kat Instagram dan Youtube. Kadang melayan youtube tu sampai dua tiga pagi tak tidur. Secara tak langsung, banyak la yang aku tengok dan baca dan hadam. Ada banyak juga yang aku tak berkenan. Contohnya budaya prank sini prank sana. Aku tak layanlah benda-benda macam tu walau trending macam mana pun, aku tak tengok. Buat apa bagi free rating kat video merepek macam tu. 

Tapi kan.. (aku nak kena luahkan juga benda ni, kalau tak luahkan otak aku rasa sebu..) Aku "kagum" dengan manusia yang berani design niqab dan jual dengan harga "yahudi" dalam masa yang sama isteri/ibu/saudara perempuan sendiri seksi bukan main. Bersepah-sepah aurat dibelanja free-free. Tinggi betul confident level dia. Ada banyak benda lain kau boleh design dan fashion kan, kenapa buat niqab..? Kau faham betul-betul tak fungsi niqab tu untuk apa dan macam mana..?

Sama juga macam mana aku "kagum" dengan orang yang guna duit jual make up untuk bina masjid sedangkan dia tahu bertabarruj bagi wanita muslim itu haram. Ada banyak benda lain boleh bina, kenapa masjid..? Yang tak kurang bersepahnya adalah wanita muslim yang jual produk lebatkan rambut dan dengan bangganya menayang rambut lebat, ikal dan berwarna-warna mereka seolah-olah mereka tidak pernah di ajar dan di pesan bahawa rambut itu adalah aurat..! Haram dedahkan apatah lagi tayang-tayangkan. 

Aku cuma "kagum" di atas keberanian dan keyakinan yang ada dalam diri mereka. Ya, Allah tu Maha Pengampun.. tapiii.. ermmm.. tak apa lah. Masing-masing fikir dan tapis sendiri lah. Siapa lah aku untuk mengadili sesiapa dan apa-apa pun. Semoga Allah segera kirimkan hidayah buat mereka. Dan buat aku juga. Hari-hari aku berdoa minta Allah beri aku mata yang selalu melihat kebaikan di dalam apa dan siapa jua.. Aamiin.. Bersangka baik sahaja ye.. :)  Dah.. move on..

Teruk juga bosan aku nih. Habis semua benda aku perhati. Bahaya betul. Dah tiba masa aku ber'social distancing' dengan benda-benda hiburan tak berfaedah ni. Nak baca buku, malas la pula. Serius malas nak mampos. Baru satu dua muka surat dah menguap. Cepat betul bosan tengok buku. Ermm.. so main Soduku lah. Tak pun kira bulu biri-biri sampai lelap. 

Okey bye..!

Korang kalau bosan, buat apa..?



...

4 comments:

  1. keliru juga antara ingin membantu saudara semuslim hidup dalam syariat islam atau sekadar menunggang agama demi berkepuk kepuk RM.


    kalau bosan, cuba main candy crush :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. arrgghh..! CandyCrush stuck kat level 436 tak lepas-lepas.. geram tau.. dua minggu dah merajuk dengan CC tu.. nanti lah.. esok-esok tengok balik.. huhuhu.. :p

      ...

      Delete
  2. Kak Ain. U are here & u are there 😁. Different niche ke?
    Tapikan kak, kalau akak bosan roger lah sha. Weekend kita lepak tengok wayang / bowling? I need someone to vent the happiness too 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nak update apa kat sana.. huhuhuu.. sini personal sikit.. :)

      p/s : InsyaAllah nanti kita roger2 ekk.. tapi segan la nak jumpa Sha.. (tutup muka) hahahaa..

      ...

      Delete

Powered by Blogger.