Untungnya Jadi Perempuan Cantik

Untungnya jadi perempuan cantik, sentiasa dapat perhatian. Semua orang suka dan orang sayang kalau perempuan cantik. Apa dia cakap, orang dengar. Apa dia suruh, orang buat. Mana dia pergi, orang ikut. Apa dia jual, orang beli. Pendek kata, kalau cantik ni semua jadi senang. Bimbo pun tak apa, janji cantik. Belajar tak tinggi pun boleh, yang penting cantik. Tapi betul ke jadi perempuan cantik ni best sangat..? Siapa je tak nak jadi cantik.. kan..? Semua pun nak.. tapi sanggup tak jadi perempuan cantik yang bersekali dengan setiap pakejnya..?

Nak jadi perempuan cantik ni perlukan effort. Walaupun kau lahir-lahir terus cantik sebab keturunan kau memang cantik-cantik sekalipun, kau tetap kena put effort untuk nampak cantik. Tengoklah Neelofa ke Erra Fazira ke Mira Filzah sekali pun, semua tampil cantik kerana mereka letak effort untuk sentiasa nampak cantik. Semalam aku baca perkongsian Sonam Kapoor tentang macam mana mencabarnya nak tampil cantik ni. Untuk satu-satu photo shoot, dia perlukan 3 jam untuk make up dan dandan rambut. Fitting baju kadang-kadang melibatkan berminggu-minggu sebab asyik kena tukar ukuran atau design. Dia ada pakar nutrition yang ikut dia 24 jam, jadi dia tak boleh makan sesuka hati sebab nak jaga bentuk badan dan kecantikan kulit. Dan dia ada regim exercise yang ketat juga. Dia ada pakar tatarias yang akan "siapkan" dia from top to toe everytimes and everywhere. Sonam kata, nak cantik ni perlukan duit, masa dan tenaga. Bukan bangun-bangun pagi terus jadi bidadari.

Tapi setiap kali dia muncul di media, tetap kena kritik. Ada sahaja yang akan kutuk penampilan dia. Terlalu indian la, terlalu western la, nampak tua la, nampak bimbo la, kadang terlalu classic dan kadang terlalu modern. Memang ada sahaja yang tak puas hati. Apa yang manusia nak lagi entah lah. Bayangkan perasaan dia bila baca komen-komen macam tu..? Effort yang dia bagi selama berminggu-minggu dan berjam-jam tu rasa sia-sia. Kalau hati tak kering, tak boleh jadi perempuan cantik..! Sebab tu juga, penting untuk kita BE A NICE PERSON. Nak komen boleh, tapi jangan kejam. Kita tak tahu apa yang orang tu lalui untuk cuba puaskan hati semua.
 
Perempuan cantik walaupun selalu menjadi kesayangan tapi selalu juga jadi point object untuk semua benda. Orang akan ada kecenderungan untuk salahkan dia, malukan dia, malah mungkin buli dia. Susah nak menyorok kalau cantik. Sebab jarang-jarang orang tak perasan pada perempuan cantik. Satu hal lagi, perempuan cantik selalu di pandang enteng oleh orang lain. Seolah-olah perempuan cantik tak ada kemahiran, kebolehan dan bakat lain selain jadi cantik. Buatlah kerja macam mana bagus pun, tapi tetap akan dilabel : boss suka dia sebab dia cantik.

Macam Sonam Kapoor tu, hebat mana pun lakonan dia, orang tetap bercakap tentang penampilan, kecantikan dan keseksian dia. Mutu lakonan tak pernah dapat pujian pun. Kesian juga tapi selama ni aku memang tak suka sangat pun lakonan dia. Baik jadi model atau fashion designer je lah dia tu. Berlakon tak ada feeling.. hahahaha.. ooppsss.. :p

Orang kata, kita akan diuji dengan apa yang kita paling suka. Kalau kita suka bercantik-cantik dan berhias-hias, maka godaan untuk selalu nampak cantik dan "siap" tu sentiasa akan jadi masalah pada kita. Sentiasa rasa tak cukup cantik. Setiasa rasa nak cantik macam orang tu, nak cantik macam orang ni, nak jadi yang paling cantik di dunia lepas tu paling cantik di seluruh galaksi lepas tu nak jadi cantik yang lebih cantik dari Allah s.w.t. ke..??? Nauzubillahi minzaliq..

Macam aku, kesukaan aku adalah menulis dan bercerita melalui penulisan. Dah taip dua perenggan dan taip lagi dua perenggan lepas tu sedar-sedar dah jadi enam perenggan. Kita akan diuji dengan apa yang kita suka -- itu satu hal. Tapi jangan lupa pula, kita akan ditanya di akhirat kelak tentang apa yang kita buat di dunia. Macam mana kita manfaatkan masa dan tenaga kita. Kalau aku yang suka menulis ni, Allah tanya -- bagaimana kau memanfaatkan bakat menulis tu untuk Islam dan umat Islam..?? 

Mamposssss aku. Nak jawab apa..?
Scary gila ok.



...
 




5 comments:

  1. Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik. Kalau dah suka, kentut pun wangi.

    Kalau x cantik, touch up mcm mana pun tetap x cantik.
    Kalau dah benci, usaha mcm mana pun orang tetap x suka.

    tapikan, cantik dan sayang itukan subjektif. Yang kita nampak cantik, x semestinya orang lain nampak cantik. vice versa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Cantik Itu Subjektif. Sebab tu jangan diukur dan dibanding-banding.. :)

      ...

      Delete
  2. saya pun suka perempuan cantik, ek.

    kalau mengikut sifir 'diuji dengan apa yang kita suka', maka saya akan diuji dengan perempuan cantik.

    semoga saya lulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus dah tu. Tapi kalau tak lulus pun, ambik paper Julai la.. macam tak biasa pula.. lolsss.. :p

      ...

      Delete

Powered by Blogger.