Membunuh Depresi

Pecah betul hati bila dengar berita manusia tewas dengan depresi lantas memilih untuk bunuh diri. Aku tak nak judge pilihan dia. Aku tak layak nak judge sebab aku faham struggled yang dia hadap. Mungkin tahap kesukaran tu tak sama, tapi aku faham perasaan menahan tu. Walaupun aku tak pernah ada niat nak bunuh diri malah takut sangat mati, tapi bila bercakap tentang depresi memang bunuh diri selalu terasa dekat. Aku benci perkataan bunuh diri tu sebenarnya. Pedih bagai dihiris-hiris. Ngilu. Sebolehnya aku tak nak dengar dan tak nak baca berita orang bunuh diri. Sakit.

Entah macam mana lagi nak di laungkan -- isu depression ni isu serius. Ada lagi ke manusia yang tak faham? Berapa banyak nyawa lagi perlu dikorbankan untuk bagi kesedaran? Kenapa masih ada yang tegar buat main-main lawak jenaka tentang isu depression ni? Ini sejenis penyakit. And it is real. Bukan mitos, bukan dongeng rakyat, bukan direka-reka dan bukan penyakit yang duduk atas angkasaraya sana. Bukan..! Depression ni ada di kalangan kita. Dekat je.

Kepada yang ada simptom depresi ni aku minta sangat-sangat.. TOLONGLAH pergi minta bantuan. Bersuara. Cari ubat dan penyelesaian. Jangan biar dan jangan abaikan apa yang kamu rasa. Dengar gerak hati betul-betul. Kalau ada yang tak kena, keluar dan cari bantuan. Save yourself. Banyakkan membaca dan buat research sikit. Jangan malas. Jangan takut. Jangan kedekut. Nak hidup sihat mental dan fizikal memang kena korban sikit. Jangan berkira untuk kebahagiaan dan kesihatan diri sendiri. Please. Aku merayu ni.

Dan kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, sahabat atau kenalan disebabkan depression.. aku doakan korang tabah dan kuat. Jangan larut. Jangan salahkan diri sendiri. Apa yang berlaku adalah pilihan dia sendiri. Tak semua orang mahu di bantu. Kadang-kadang kita dah buat segala-galanya untuk dia tapi kalau dia tak nak tolong diri sendiri, apa kita buat sekali pun tak guna. Kita cuma boleh bantu dia setakat yang kita terdaya, kita pun manusia -- ada keterbatasan juga.

Maafkan dia. Maafkan diri sendiri. Then move on.

Membunuh depresi dengan membunuh diri sebenarnya bukanlah penamat kepada depresi. Bila kau bunuh diri, kau meninggalkan parut tu bukan pada badan kau sendiri sahaja tapi parut luka yang lebih dalam pada badan orang yang sayangkan kau. Mereka yang akan menanggung semua yang kau lepaskan. Mereka juga yang akan membawa parut luka yang kau tinggalkan tu selama-lamanya. Parut luka yang tak akan sembuh dan tak akan padam. Percayalah apa yang mereka tanggung pada jasad, pada emosi dan pada cara mereka meneruskan kehidupan adalah terlalu besar untuk kau faham.

Stop bunuh diri..!
Kamu sedang membunuh hati-hati yang selama ini penuh percaya dan pengharapan.



...

No comments:

Powered by Blogger.