Hati Ini Allah Yang Punya

Aku baru nak mula puasa sunat Syawal hari ni. Baru di petak mula sedangkan orang lain dah sampai garis penamat. Mengajar hati untuk tidak membanding diri dengan orang lain, tapi tak boleh tidak aku cemburu melihat kejayaan dan pencapaian mereka. Cemburu yang positif lah. Cemburu yang buat aku mahu buat lebih baik lagi dan sentiasa menjadikan mereka sebagai sumber inpirasi dan pemacu kekuatan. Alhamdulillah, aku di kelilingi manusia yang hebat dan sentiasa memberi semangat. Mudah-mudahan kami semua dihimpunkan di syurgaNya nanti.
 
Hari ni juga aku mulakan azam untuk istiqomah salam, cium tangan dan peluk suami sebelum pergi kerja. Minta ampun, minta diredhakan, minta halal segala pemberian dan paling penting minta didoakan oleh suami. Sebelum ni bukan tak pernah buat tapi tak konsisten. Bila datang mood tak baik atau tengah merajuk, menonong je start kereta dan berdesup pergi kerja. Ya, aku ego orangnya. Tapi aku ego dengan orang yang aku sayang je.. lolss.. :p

Mudah-mudahan amalan yang kecil ini mampu aku istiqomahkan. Walau macam mana marah, macam mana merajuk, aku harap aku tetap mampu salam cium tangan suami. Peluk dia dan minta dia doakan aku. Sedar diri ni tak punya apa-apa tanpa dia. Sedar diri ni tak kuat tanpa doa dia. Dan paling penting, aku sedar segala amal ibadah, zikir dan sedekah aku tak akan bermakna kalau tanpa redha dia.. kerana redha Allah ke atas aku adalah melalui dia..

Faham tak perasaan bila kau rasa macam semua doa-doa yang kau minta sebelum ni perlahan-lahan Allah tunaikan..? Walau kadang tak jelas, tapi kau boleh rasa dalam hati seolah-olah semua yang kau minta tu Allah hantar depan mata. Tak nampak secara fizikal tapi kau boleh rasa. Terutama doa-doa yang kau minta tu memang melibatkan spritual, hati dan perasaan. Kau boleh rasa tapi tak boleh nak tunjuk. Rasa happy kan..? Bahagia kan..? Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Allah ni memang Maha Pemurah kan..? Apa kita minta semua Allah bagi. Nampak dengan tak nampak je. Cepat dengan lambat je. Tapi Allah mesti bagi. Yang penting kita kena yakin betul-betul Allah memang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sampai masa yang sesuai, Allah pasti akan tunaikan permintaan kita. Sebab tu penting untuk kita minta hanya daripadaNya. 

Hati kita ni pun kita minta daripada Allah ye. Jangan ingat hati kita ni kita punya dan kita boleh buat apa kita suka. Hati ni Allah punya. Perasan ni pun semua Allah punya. Kita pinjam dan di beri pinjam sahaja. Kalau rasa hati tu sakit ke, terluka ke, remuk ke, rindu ke, benci ke.. semuanya Allah yang bagi rasa tu. Jangan sombong. Apa-apa kita nak, minta pada Allah. Sama lah juga, kalau kita nak hati kita ni, kita minta Allah bagi. Apatah lagi kalau kita nak hati orang lain, jangan minta pada manusia tapi minta kepada Allah kerana Allah lah pemilik segala hati.

Sekarang hati aku tengah kembang dan mewangi.
Tu je nak bagitahu.

Alhamdulillah..



...

No comments:

Powered by Blogger.