Bajirao, Mastani dan Kashibai

Ini bukan kali pertama aku tonton filem hindustan penuh epic berjudul Bajirao Mastani ini. The love story of a worrior katanya. Kali pertama aku tonton filem ni, aku tak suka jalan ceritanya sebab sangat banyak di bayangi oleh filem kegemaran aku iaitu; Devdas. Aku cuma enjoy melihat kecantikan wajah klasik Deepika Padukone sebagai Mastani. Aku suka lakonan dia dalam filem ni. Tapi kali kedua aku tonton filem ni, aku mula faham dan suka pada watak Bajirao (Ranveer Sigh) dan Kashibai (Priyanka Chopra) juga. Jadi, kali kedua, kali ketiga dan kali keempat menonton baru aku betul-betul enjoy menonton filem ini sepenuhnya.

Tapi magiknya kali kelima aku tonton filem ni kelmarin, tiba-tiba datang hibanya. Menderu-deru aku menangis. Entah kerana terlalu menghayati atau hormon aku yang tengah teruk bercelaru, aku tak tahu. Tapi aku betul-betul sedih. Simpati aku kepada watak Bajirao dan Kashibai berjurai-jurai.

Itu lah. 

Kasihan sebenarnya kepada mereka yang tidak kenal dan tidak faham Islam. Mereka memandang poligami sebagai dosa besar. Mereka tersinggung dan terluka teruk kerana poligami. Tapi kalau suami ada perempuan simpanan atau gundik bersusun-susun pun tak apa. Tapi bila dinikahi cara elok dan diberi gelaran isteri, ramai wanita tidak boleh terima. Mereka sanggup mati daripada berkongsi suami. Sedangkan wanita yang Islam dan beriman pun susah nak terima poligami, apatah lagi yang bukan Islam.

Tapi sebagai seorang wanita juga, bukankah mereka sepatutnya lebih dari faham tentang nilai, harga dan maruah seorang perempuan. Gelaran "isteri" itu adalah gelaran yang paling mulia bagi seorang wanita walau apa pun agamanya. Jadi kenapa mereka tidak boleh terima bila seorang wanita lain dimuliakan maruahnya dengan pernikahan..?

Mujur Islam mengajar kita tentang bagaimana mencintai Pencipta adalah jauh lebih utama daripada mencintai makhluk termasuk suami/isteri dan anak-anak kita sendiri. Suami/isteri bukan hak. Mereka hanyalah amanah dan pinjaman Allah. Kita ni tak ada hak nak menidakkan apa yang Allah telah tetapkan kepada suami/isteri kita. Senjata dan perisai kita cuma doa.

Itu lah.

Aku tak menangis melihat airmata Mastani yang dihina dan dinafikan haknya sebagai isteri Bajirao. Aku juga tidak menangis melihat airmata Kashibai yang rasa dikhianati dan dilupakan oleh suami sendiri. Tapiiiiii.. aku mengalirkan airmata paling dasyat bila melihat airmata Bajirao -- seorang lelaki perkasa, pahlawan dan pemenang di medan perang. Dia gagah, kuat dan berani. Dia sanggup berdepan maut di depan beribu tentera musuh. Namun, di hadapan dua orang wanita yang dia cintai.. dia kehancuran. Berasa gagal dan tidak upaya menyelamatkan kedua-duanya walaupun tanpa mengangkat pedang.

Aku sedih melihat jiwa seteguh Bajirao dihancur lumat oleh cinta.
Aku kecewa melihat Bajirao yang percayakan cintanya, berjuang untuk cintanya, memberi kemuliaan kepada cintanya -- namun di hujung hayatnya, tidak ada seorang pun yang percaya kepada cintanya kecuali Mastani. Ahh..! dunia ini memang kejam, penghuninya lebih-lebih kejam lagi.

Hati aku masih pedih, dilukai oleh kisah cinta epic ini.
Airmata aku masih belum mengering kerana mengenangkan betapa bertuahnya kita yang diberikan cinta besar dan sempurna. Sedangkan di luar sana, masih ramai yang sedang berjuang mempertaruh nyawa mereka kerana cinta.

Bersyukur lah hati.
Cinta selalu menang di hati mereka yang mempercayainya.



Penafian : Apa yang aku cuba sampaikan hanyalah dari sudut cinta tiga segi antara Bajirao-Mastani-Kashibai. Aku tak nak ulas soal hukum. Dan bila aku menyatkan sokongan kepada Mastani-Bajirao mahupun Kashibai-Bajirao, tidaklah bermakna aku menyokong pernikahan campur antara Islam dan bukan Islam. Harap tak ada yang salah faham. Aku cuma menulis tentang perasaan bukan logik, rasional apatah lagi soal iman dan akidah. 



...


No comments:

Powered by Blogger.