Kerna Awan Itu Rapuh

Seminggu telah berlalu, Syawal Dalam Pandemik pertama dalam sejarah hidup aku (dan mungkin dalam hidup kita semua). Aku tak bersedih kerana tak dapat balik beraya di Johor sebab tahun ni memang giliran beraya di Ampang. Jadi hati dah sedia kebal sejak sebelum pandemik menyerang lagi. Cuma yang sedikit terkilan, tahun ni tak dapat beraya dengan anak-anak tiri aku. Padahal patutnya tahun ni giliran mereka beraya dengan kami. Tak apa lah, ketentuan Allah s.w.t lebih hebat dari segala-galanya. 

Tahun ni pun tak ada baju raya baru. Seingat aku, ini tahun kelima aku tak beria-ia sangat sambut raya. Baju raya recycle mana yang masih baru. Yang baru sekali pakai, aku save untuk pakai di pagi raya pertama. Aku okey je. Pokchik pun okey. Mungkin sebab dah biasa, mungkin sebab kami memang suka sederhana atau mungkin just simply sebab dah tua... hahahahaha...! dammnn..! :p

Awan mendung masih menari-nari atas kepala aku. Tak lepas lagi hujannya menyiram. Masih menakung. Petir dan guruh sudah beberapa kali sabung-menyabung, tak tahu apa yang dimarahkan. Bingit. Tapi awan mendung atas kepala aku masih belum mahu runtuh. Aku menanti. Aku bertanya dan tertanya, bila nak pecah hujan ni..? Tunggu signal apa lagi agaknya..? 

Bukanlah aku suka sangat di simbah hujan melebat. Tidak lah pula aku bersedia dengan segala tempayan kosong yang ada. Tapi aku penat menunggu. Aku letih berteka-teki. Kalau sudah begitu berat menanggung mendung, lepaskan sahaja lah apa yang ditanggung. Kalau sudah menghantar petir dan guruh, maka deraikan lah juga awan yang menakung itu. Turunkan semua. Lepaskan. Biar bah. Biar berselerak segala. Sekurang-kurangnya penantian aku ada hujungnya.

Dingin yang mencengkam ni tak mampu aku explain dengan kata-kata. Menyucuk tulang. Menghiris hati aku menjadi carik-carik halus berterbangan. Aku diam. Dia diam. Semua jadi bungkam. Aku menangis kemudian merintih kemudian menjerit kemudian menggila, Namun dia masih tetap diam. Akhirnya aku sendiri perlahan-lahan menelan semula semua kata-kata. Sampai bila..?

Tuhan, tunjukkan aku jawapan.
Jika mahu aku jatuh, mohon jangan biarkan aku pecah berderai hancur berkecai.
Simpan sedikit hati ku untuk selalu aku simpankan rindu..



...

No comments:

Powered by Blogger.