Selamat Tinggal Disember

Hello. Haii. Assalamualaikum. Apa khabar blog yang sunyi..? Masih bernyawakah..? Aku khabar baik. Tenang. Okey. Dan normal. Terima kasih kerana sudi bertanya. Sedikit update tentang aku selepas hampir sebulan menyepi. Aku kembali berjumpa doktor dan kembali makan ubat penenang anti stress. Tambah ubat tidur sekali. Tapi tak ada yang serius, cuma aku rasa perlu untuk dapatkan rawatan semula selepas 4 bulan aku cuba bertahan dan cuba mengubat diri sendiri, namun masih gagal. Jadi ke doktor semula lah. Itu sahaja jawabnya.

Cuma kali ni aku di rawat oleh doktor di klinik kesihatan sahaja, bukan doktor psikologi di hospital. Aku okey je dengan mana-mana doktor pun asalkan boleh bagi aku 'dadah penenang' yang aku inginkan. Dadah tu pun terkawal dan berjadual, bukan aku makan ikut suka hati aku. Jangan risau okey. Sejak disiplin 'ambil dadah' tu, aku rasa hidup aku kurang bersimpang-siur. Tidur pun tak terganggu macam selalu. So I guess lama lagi lah aku dengan 'dadah' ni. Asalkan jangan sepanjang hayat sudahlah. Doakan aku boleh lawan kegilaan ini dan kembali sihat ye.. Aamiin..

Aku dah private kan Instagram dan Facebook aku. Followers IG aku dari 654 orang/akaun sekarang sudah tinggal 19 orang sahaja. Semua aku dah tapis. Yang aku following pun dari 700 lebih sekarang dah tinggal 267 sahaja. Kebanyakkan yang aku follow adalah kenalan atau artis yang aku suka, bukan yang popular. Di FB pula dari 2000 lebih friends, sekarang aku dah cut tinggal 60 orang friends sahaja. Aku khas kan FB untuk keluarga aku semata-mata dengan tambahan beberapa individu yang aku suka penulisannya dan dia tak ada atau tak aktif di IG. So, tak boleh tak, aku tetap kena friends dan follow dia di FB untuk aku dapat update tentang dia. Drastik ke tindakan aku ni..? I don't think so.

Aku buat dengan rela hati bukan sebab aku sakit mental ke poyo acah-acah nak privasi ke apa. Lagipun ini bukan kali pertama aku buat benda ni. Siapa yang dah lama friend dan follow aku tentu dah biasa, akaun aku memang 'kejap ada dan kejap tak ada'. Nak sentap..? Silakan. Aku tak peduli. Siapa yang kenal dan faham aku, tahu aku tak buat semua ni kerana benci atau apa. Tapi tak lebih kerana priority. Setiap dari kita ada priority yang berbeza-beza dan ada circle masing-masing. Aku hormat kau, kau hormat aku. Aku kena had kan insan yang masuk dalam hidup aku (1) sebab aku tak suka sesak. (2) sebab aku tak mampu jadi hipokrit. (3) sebab yang paling utama adalah aku tak rasa sesetengah orang boleh faham dan hadam keadaan aku. Jadi sebelum mereka salah faham, aku rasa penting untuk aku letak dinding. That is it. Bukan membenci atau membuang sesiapa. Aku tetap anggap mereka kawan sampai bila-bila walau bukan dalam sosial media. Kalau rasa ikhlas nak kenal dan kawan dengan aku tanpa judge aku, send la request. InsyaAllah kalau bukan robot atau bukan orang jual ubat putihkan kulit, jual ubat ketiak, jual ubat tinggi, atau pengemar syiling lama -- then aku akan approve je. No problem. :)

Sekarang gila aku kepada buku sudah kembali. Tapi kali ni gila buku-buku jiwang dari Indonesia. Siap borong 8 buah buku sekali gus. 3 buah tulisan Tere Liye dan 5 buah lagi tulisan Boy Chandra. Sebelum tu dah borong 3 buah buku Andrea Hirata. Aku beli online semuanya. Gigih kan aku cari personal shopper semata-mata sebab teringin sangat nak baca buku-buku mereka ni. Next aku nak borong buku tulisan Kurniawan Gunadi dengan Brian Krishna pula. Mamposss..! Habis beratus ringgit sebab buku. Tapi aku happy dan puas. Aku tahu semua itu adalah kebahagian untuk aku. Bukan handbag jenama, bukan kasut tumit tinggi atau bukan make up berwarna-warni.. tapi buku..! Itu lah syurga. 

Aku dah aktifkan semula akaun Goodreads, tunggu tahun depan aku mula menggila. Aku tak janji boleh bagi review buku yang kencang bergaya, tapi aku akan cuba review cara aku. Yang macam dulu-dulu. Hello, rinduuuuuuuuu tau nak review buku. Aku tahu, korang pun rindu juga nak baca aku punya review.. kann..kan.. (perasan nya ya ampunnn..) Tapi, yuppp.. aku sedang mencari aku yang dulu. Sedang mencuba menarik semula aku yang telah jauh melarikan diri dan bersembunyi. Aku tidak tahu di mana mahu bermula, tapi aku sudah bersedia. Apa sahaja.

Dan ohh ya, aku dah hantar permohonan cuti tanpa gaji 3 bulan bermula Januari hingga Mac 2020. Akhirnya..! aku beranikan diri dan bulatkan tekad. Cuti lagi. Rehatkan jiwa lagi dan lagi. Aku harap sepanjang 3 bulan ni aku dapat refleksi diri. Dapat kembalikan aku yang dahulu. Seterusnya aku dapat apa yang aku inginkan selama ini. Ketenangan dan kebahagiaan. Dapat kuruskan badan tu bonus.. ehh.. :p 

Plan asal nak cuti 6 bulan dan cuba cari kerja lain tapi lepas ditimbang-timbang cadangan tu kurang rasional. Pokchik minta aku bertahan 3 tahun lagi, umur aku genap 40 tahun nanti baru minta berhenti kerja. At least dapat pencen dan segala kelebihan sebagai penjawat awam berpencen. Walaupun duit pencen tu dapat nanti masa umur aku 58 tahun nanti, tapi tak apa lah kan.. dari tak dapat apa-apa langsung. Kalau umur aku tak panjang, biar anak-anak dan waris aku je lah merasa duit pencen tu. Selebihnya, aku tak yakin boleh cari kerja lain. Rasa dah tua. Tapi..... ermmm.... entahlah, tengok dulu macam mana 3 bulan ni.

Wahh.. panjang update. Maklum lah dah sebulan 'tak bersembang' kat sini, banyak betul nak cerita. Mudah-mudahan lepas ni lebih rajin update blog sebab dah tak dapat nak meroyanzz kat FB lagi macam dulu-dulu.. hahahaha.. dan blog aku yang lagi satu pun aku nak aktifkan balik. Sayang dah ada adsense kat situ. Ok tu je lah dulu, jumpa lagi nanti.

Selamat tinggal Disember. Selamat tinggal 2019. Terima kasih untuk kenangan ketawa dan airmata. Aku bersyukur di atas setiap satu darinya.




p/s  :  adik perempuan aku yang satu lagi pun dah selamat bersalin bayi perempuan pada 24 Disember hari tu. Alhamdulillah. Tahun ni keluarga aku terima 3 orang ahli baru. Mak paling happy, dapat seorang menantu dan dua orang cucu. Kalau ayah masih ada pun, tentu ayah juga manusia paling happy.. :)


...


No comments:

Powered by Blogger.