Ulangtahun Ke 37

Alhamdulillah. Happy Birthday To Me. Pejam celik, jatuh bangun, bahagia derita.. tiba-tiba dah 37 tahun..! hahahaha. Allah tu memang Maha Berkuasa. Segalanya seperti magik tetapi nyata. Aku adalah aku yang sama cuma lebih banyak parut seluruhnya. Parut yang tak nampak di mata. Aku dewasa bersama-sama parut yang banyak mengajar. Alhamdulillah lagi dan lagi untuk kehidupan dan segala pahit manis ini. Tak ada perasaan extra vaganza untuk hari ini, biasa-biasa sahaja. Tapi jauh di dalam hati aku, sebenarnya aku sangat meraikan hari ini. Walaupun sendiri-sendiri.

Tahun ni paling sedikit aku dapat ucapan selamat hari jadi. Di whatsapp, di FB dan di IG semuanya sangat minimal. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sampai jenuh nak reply satu-satu. Tapi tahun ni lebih tenang malah terasa terlalu santai pula. Makin tua, makin kita kurang mengharap pada penghargaan.. kan..? Aku okey, alhamdulillah aku okey. Malah aku harap tahun-tahun depan pun begini. :)

Ada banyak reward aku kena claim sebelum hujung bulan ni. Maklumlah bulan birthday aku kan. Sushi King. MPH. Zalora. Watson. Eh..! banyak lagi, aku lupa dah. Nak kena tengok balik satu-satu. Takut nanti terlepas, rugi pula. Walaupun aku tak berapa gemar membership sana membership sini, tapi mana yang aku rasa berbaloi tu aku buat juga lah. Tak banyak mana pun. Itu pun banyak aku lupa nak renew. Ahh.. lantak..!

***

Salah satu pelajaran terbesar aku sejak mencecah usia 37 tahun ni adalah : kesihatan mental lebih penting dari kesihatan fizikal. Aku memang serius bab kesihatan mental ni sebab aku sendiri dah alami dan masih struggle nak bagi hidup dan kesihatan aku balance. Sudah tentulah kesihatan fizikal tu penting dan kalau badan tak sihat, otak pun tak sihat. Aku faham tu. Tapi orang selalu abaikan penjagaan kesihatan mental berbanding kesihatan fizikal yang kita nampak sehari-hari.

Tahun lepas aku berada di tahap sakit otak yang maha kronik. Aku rasa masa tu aku berada di paras yang paling bawah dalam hidup aku. Macam duduk kat kerak bumi. Terdalam dan terperosok. Sakit dan lemas. Sakit tu masih ada terkesan dalam diri aku. Lemas tu pun masih datang menyerang sekali sekala. Bila kita sakit otak, segala apa yang kita fikir adalah sakit. Segala apa yang kita nampak, semua dari sudut yang sakit lagi menyakitkan. Paling sakit bila sakit otak ni susah nak baik. Bukan simply makan ubat je boleh terus sihat.

Masa Pokchik jatuh sakit kat Pakistan hari tu, alhamdulillah aku okey. Aku steady mental dan fizikal. Walaupun aku susah hati dan risau gila sebab dia sakit kat negara orang, seksa betul aku rasa. Tapi sebab masa tu aku berada di tahap kesihatan mental dan emosi yang superb, maka aku boleh bertenang dan handle dugaan tu macam orang normal. Aku tak boleh bayangkan kalau benda tu jadi masa aku tengah sakit otak. Silap-silap aku lari terjun gunung, tinggalkan Pokchik sorang-sorang.

Tahun lepas masa aku pergi Istanbul tu, kesihatan mental dan emosi aku tak berapa cemerlang. Maka aku tak berapa enjoy percutian tu. Tak rasa macam bercuti pun, rasa macam escape sekejap je. Tujuan Pokchik bawa aku gi Istanbul tu pun sebab nak aku lari sekejap daripada rutin dan lupakan segala rasa serabut tu. Walaupun sekejap dan macam tak complete tapi aku bersyukur aku ikut plan Pokchik. Sepanjang kat sana, Pokchik yang jaga aku. Punyalah susah nak jaga emosi aku, kesian dia.

Maka, sempena genap 37 tahun hari ni, aku berazam nak lebih menjaga kesihatan mental dan emosi aku sama macam aku jaga kesihatan fizikal juga. Aku tak nak balik ke klinik psikatrik yang menggugah rasa itu lagi. Aku sakit bila kat situ. Aku tak suka. Aku nak free. Aku nak sihat dan normal. Aku nak ada control pada diri dan emosi aku sendiri. Aku tak akan lepaskan remote hidup aku pada tangan orang lain lagi dah. Bahagia aku, biar aku sendiri tentukan.

Maafkan aku andai selepas ni aku sedikit annoying. Maafkan aku kalau lepas ni aku lebih selfish. Aku cuma nak lebih sayang diri sendiri sebelum sibuk nak sayang orang lain kononnya. Aku sedang struggle menjadi diri aku yang sepatutnya aku jadi bukan menjadi aku yang aku fikir aku mahu jadi.

Please be patient with me. 


...


No comments:

Powered by Blogger.