Toxic People

Kebelakangan ni, semua orang bercakap tentang toxic. Apa sahaja yang di lihat sebagai masalah adalah toxic bagi semua orang. Toxic people. Toxic relationship. Toxic environment. Semua toxic. Dan semua orang mula bercakap macam mana nak jauhkan diri daripada toxic people, macam mana nak keluar dari toxic relationship atau macam mana nak selamatkan alam sekitar dari terus tercemar.. bla.. bla.. bla.. Semua nak jadi hero. Semua nak selamatkan itu selamatkan ini. Semua fikir dunia ni di letakkan di atas bahu mereka sendiri.

Padahal semua lemah selemah-lemah manusia..!

Aamir Khan dah cakap dalam filem PK ; manusia tak perlu jaga Tuhan sebab Tuhan yang cipta manusia dan Tuhan yang jaga manusia. Sebagai manusia, kita jaga diri kita je. Tak payah sibuk nak jaga Tuhan apatah lagi sibuk nak jadi Tuhan. Fahamkan..? Dunia ni dah banyak hero, terlalu banyak. Cukuplah. Tak payah semua nak jadi hero. Ok..?

Tapi bercakap pasal toxic people ni kan, siapa je yang tak pernah jumpa manusia toxic ni. Aku percaya kita semua ada kisah manusia toxic di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tak sedar. Nak menjauhkan diri dari toxic people ni tak semudah yang dijangka. Terutama sekali kalau si dia yang toxic tu adalah individu yang berpengaruh, orang yang di sayangi ramai, orang yang good looking, orang yang pegang kuasa.. malah lebih teruk lagi kalau toxic people tu adalah ahli keluarga kita sendiri. Macam mana nak buang dia gitu je..???

Ingat key word aku tadi : Kita jaga diri kita je.

Tak payah peduli la manusia toxic tu. Kita tak boleh ubah dia kalau dia sendiri tak nak ubah diri dia. Atau kadang-kadang dia pun tak sedar diri dia penuh toxic. Atau mungkin dia jadi sejenis toxic bila dia dengan kita je, bila dia dengan orang lain dia okey je dan orang lain tu pun okey dengan dia. Mungkin dia punya toxic jenis yang boleh berubah-ubah.. kan..? Jadi kita tak payah acah-acah ustazah nak sifa' kan dia. Doakan sahaja dia sedar. Doakan kita dilindungi dan doakan semuanya akan baik-baik sahaja. Doa kan senjata paling berkuasa.. kan..?

Yang dah terikat dengan toxic relationship tu pula, pandai-pandailah letak border. Bagi masa kepada dia dan bagi masa kepada diri sendiri juga. Berapa lama boleh bersabar..? Once dia langgar border tu, kita angkat kaki la. Kenapa nak tunggu..? Please, letak nilai kepada diri sendiri. Tak ada manusia normal yang menjalinkan hubungan untuk akhirnya di letakkan di bawah tapak kaki. Kita bukan punching bag sesiapa. Ingat tu.

Satu lagi, kalau kita jaga diri kita dan tak mudah biarkan diri kita jadi larut, apa kita nak risau..? Ikan yang hidup dalam laut masin berpuluh tahun tu pun isinya tak masin. Kalau kita jaga diri kita elok-elok, dinding diri kita kemas-kemas, maka datang la segala jenis cairan ketulan atau gumpalan toxic pun tetap tak akan dapat mengapa-apakan kita. Kita je tahu siapa kita dan kita je boleh letak diri kita kat mana. Bahagia kita adalah tanggungjawab kita, berapa kali dah aku pesan benda sama ni. Jangan salahkan orang jahat, kalau kita tak boleh jadi baik.

Steady lah..!
Jangan hanyut.



...


No comments:

Powered by Blogger.