The Wife : Kisah Cinta Dua Orang Penulis

Kelmarin dapat tengok filem The Wife kat channel Fox Movie. Sebelum ni dah beberapa kali tengok trailer movie tu dan aku sangat tertarik sebab filem ni berkisar tentang kisah seorang penulis wanita dan suaminya seorang penerima Nobel Prize in Literature. Pelik sedikit sebab filem tu pendek, dalam 1 jam 45 minit sahaja durasinya. Tapi tetap memuaskan hati aku malah tampak ideal pula durasi 1 jam 45 minit tu sekali gus dapat menyelamatkan filem itu dari scene yang meleret-leret. Tapi aku tak pastilah kalau version yang keluar kat Fox Movie tu sudah banyak di potong atau tidak. Mungkin version yang asal lebih panjang.

The Wife adalah filem dewasa yang matang. Tak ramai pelakon terlibat dan tak ada scene extra vaganza. Simple tapi sangat deep. Kekuatan filem ini pada emosi watak dan skrip yang menghunus. Tidak terlalu tajam, tapi berjaya buat kita terfikir dan terkesan. Ini apa yang buat aku terpanggil untuk menulis tentang filem ini, dan beberapa hal yang mungkin boleh kita fikirkan bersama :

1.   Semasa usia muda Joan, seorang penulis wanita lain pernah menasihatkan Joan untuk berhenti bercita-cita menjadi seorang penulis. Kerana penulis wanita pada zaman itu (1950-an) tidak pernah mendapat tempat dan tidak akan diberi perhatian pun. Buku-buku tulisan penulis wanita selalunya end up menjadi pengalas habuk di rak-rak buku sahaja. Tapi Joan menjawab "Penulis mesti terus menulis" yang kemudiannya di jawab semula oleh penulis wanita itu..

"Oh dear.. a writer must be read"

Aku rasa scene tu sangat menyentap tangkai hati. So true..! dan reaksi Joan saat terpukul dengan kata-kata penulis wanita tu adalah priceless. Aku percaya itu adalah salah satu scene paling penting dalam filem ni. Brilliant..!

2.   Bercita-cita menjadi seorang penulis bagi seorang wanita adalah sesuatu yang mustahil dan gila pada zaman itu. Aku hampir tak percaya betapa cetek pemikiran manusia pada zaman itu walaupun semuanya manusia cendiakawan dan cerdik pandai. Tapi mujurlah penulis-penulis wanita di dunia ni tak terus tersepit dalam stigma itu malah terus bangkit membuktikan sebaliknya. Kini lihat berapa ramai penulis wanita bergelar orang-orang hebat dan jutawan. Bravo..!

3.   Mencintai pensyarah kita tak salah. Mengkagumi beliau apatah lagi. Tapi bercinta dan berskandal dengan pensyarah sendiri sementah lagi dia sudah beristeri dan beranak-pinak, adalah tidak nice langsung ya..! Joan digambarkan sebagai wanita muda yang bijak, cantik dan berbakat tapi perosak rumah tangga pensyarah sendiri. Akhirnya dia jadi isteri yang dipergunakan sahaja. Di tambah pula suami a.k.a pensyarah dan penulis yang kau kagum sangat kononnya tu adalah kaki perempuan, ego dan tak sensitif pula tu. Padan lah muka..! Itu karma namanya.

Tapi aku bukan lah nak menyalahkan watak Joan sahaja sebab Joseph adalah punca segalanya. Kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang. Cinta kalau sebelah sahaja, tak akan menjadi. Yang si Joseph pun karma juga sebab mempergunakan kelebihan isterinya berpuluh-puluh tahun. Bila nak dapat Nobel Prize baru acah-acah nak bagi appreciation kat isteri tu. Kau ingat isteri tu hegeh sangat ucapan-ucapan terima kasih kau tu..? Dah terlambat Joseph. 

4.   Salah satu scene yang terkesan juga bila mana anak kepada Joan dan Joseph ni namanya David yang bercita-cita nak jadi "penulis hebat" macam ayahnya, tapi rupa-rupanya masih sangat mentah dalam dunia penulisan. Aku suka cara Joan memuji karya anaknya dengan penuh diplomasi dan positif. Tidak seperti Joseph yang lebih keras. Memang susah nak bagitahu anak-anak kita yang mereka tak berbakat sebab kita tahu ia akan menghancurkan hati mereka malah mungkin akan memadamkan impian mereka, tapi sebagai ibu bapa kita perlu bijak dan perlu bertimbang rasa dalam menyampaikan kejujuran. Berkata jujur mungkin menyakitkan tapi satu hari nanti akan menyedarkan. 

5.   Aku suka juga scene masa Joan dan Joseph bergaduh bagai nak rak tapi tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada anak perempuan mereka yang dah selamat bersalin. Bila dapat je berita yang cucu mereka dah lahir, Joan dan Joseph terus lupakan pergaduhan mereka dan berpelukan. Itu lah beza orang muda dengan orang tua bila bergaduh. Lagi matang usia, lagi bijak kita handle emosi dan handle konflik.

6.   Watak wartawan yang konon bersungguh-sungguh nak tulis biografi Joseph tu adalah watak paling annoying dalam filem ni. Aku rasa nak tumbuk muka dia. Sakit betul hati. Tapi watak tu  berkesan dan berjaya buat hati penonton bagai di ramas-ramas sebab geram. Hakikatnya memang ramai manusia bersifat batu api dalam dunia ni. Ada sahaja lubang nak cucuk jarum. Mereka tak sedar tindakan dan pertuturan mereka tu sedang menghancurkan orang lain. Mujur di akhir cerita ni, Joan bagi sebijik "tumbukan padu" kat wartawan tu. Puas hati aku.

7.   Sayang dan cinta kita kepada pasangan adalah benda yang sangat subjektif dan tidak boleh di ukur. Kadang-kadang tak sengaja kita telah melukakan hati pasangan kita atas nama cinta yang teramat sangat. Dan ada kala juga, tanpa kita sedar telah membuat hal-hal yang bodoh lagi gila semata-mata kerana kita terlalu sayang dan terlalu mengagungkan pasangan kita. Percaya lah, dalam setiap kisah cinta yang manis di mata itu pasti ada yang pahit juga di hati.

8.   Terlalu sayang dan cintakan pasangan sampai sanggup melupakan cita-cita sendiri.. berbaloi ke..? Ikhlas ke..? Tanya hati dan buat pilihan. Selalu lah pilih untuk sayang diri sendiri dahulu sebelum sayang orang lain.

9.   Kita bahagia asalkan orang yang kita cintai bahagia.. betul ke..? Sejauh mana jujurnya kita atas kebahagiaan orang lain. Jangan hipokrit. Berapa lama kita boleh mengorbankan kebahagiaan sendiri untuk orang lain..? 10 tahun.. 20 tahun.. 50 tahun..??? Ingat satu hal ini :

"..kita tak boleh bahagiakan orang lain kalau kita sendiri tidak bahagia.."

10.   Klimaks dan ending movie ni berjaya buat aku tersentak dan menitiskan airmata. Zasss.. terhiris hati aku melihatkan kisah cinta Joseph dan Joan berakhir begitu. Terkelu. Scene itu juga di susun cantik dan lakonan cemerlang dua pelakon utama filem ini menjadikan scene klimaks begitu tajam namun menyusup tenang. Benarlah, kejujuran itu adalah hal paling menyakitkan untuk diterima. Menelan segala penipuan dan pura-pura lebih mudah. Kerana sekali kejujuran terluah, tak ada pembohongan mampu merawatnya. Tidak ada.

Pilih lah untuk menjadi diri sendiri, walaupun diri sendiri itu adalah musuh yang kamu paling benci. Seterusnya jadilah apa yang kamu sepatutnya jadi, bukan apa yang kamu ingin jadi. Be you. Do you.



...


No comments:

Powered by Blogger.