Selamat Tinggal November

Sekadar update, anak adik aku yang masuk NICU tu dah okey sekarang tapi 6 hari juga baby tu duduk dalam wad. Dua malam dalam NICU dan 4 malam lagi di wad biasa bersama ibunya. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius pada baby. Doktor on antibiotik je untuk dia selama 6 hari tu. Mujur baby dapat suaikan diri dengan antibiotik tu, jadi semuanya kembali normal. Esok baby genap usia 14 hari. Nama diberi Soffiya Medina. So, sweet. Lapang sekejap dada aku dapat berita-berita gembira macam ni.

Ada beberapa hal yang aku belajar dari ujian yang menimpa adik aku dan baby Medina. Satu, bersyukur dapat suami kerja kerajaan atau apa-apa kerja dengan waktu fleksibel. Jenis senang mohon cuti, boleh berlebih kurang dalam kerja dan paling penting ada simpanan yang mencukupi. Dua, susu ibu sangat-sangat penting dan mujarab. Macam mana canggihkan teknologi perubatan, tetap susu ibu juga yang selalunya menyelamatkan nyawa baby. Tiga, sabar, tenang dan matang adalah tiga sikap yang kadang-kadang kita tak sedar ada dalam diri kita. Bila berdepan ujian macam ni, rupa-rupanya tiga sikap tu yang memudahkan segalanya.

Alhamdulillah. Syukur di atas ujian dan teguran ini Ya Allah.

Dan bila aku refleksi ujian ni kepada diri aku sendiri, tiba-tiba aku rasa aku tak mampu nak jadi seorang ibu. Aku tak kuat. Entahlah, tapi jauh dalam hati aku seolah-olah berbisik yang all this things about motherhood what so ever macam tak sesuai dengan aku. Mungkin sebab tu sampai sekarang aku masih belum dikurniakan rezeki anak sendiri. Tapi mungkin juga sebab aku belum ada anak sendiri jadi aku rasa aku tak mampu jadi seorang ibu yang baik, cekap dan penyabar. Ada orang jenis baran juga, tapi bila ada anak sendiri automatik jadi penyabar dan penyayang.. kan..? So.. entahlah.. aku tak tahu.

Cuma buat masa ni aku rasa aku belum bersedia nak jadi seorang ibu dan tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tu. Terlalu berat dan terlalu serabut aku rasa. Dengan aku sendiri yang tak berapa sihat mental ni, aku takut aku tak mampu. Ya Tuhan, tunjukkan aku jalan yang terang dan lurus. 

Esok sudah 30 November. Hidup aku masih dalam huru-hara. Aku masih tak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ni. Aku cuba A aku cuba B aku cuba C tapi semua tak serasi dengan jiwa aku. Macam mana eh..? Aku rasa nak apply cuti tanpa gaji lagi sekali. Tapi kali ni aku nak ambil cuti yang panjang sikit. 6 bulan ke satu tahun ke. Aku nak cuba kerja tempat lain, sambilan pun tak apa. Aku tak kisah kerja yang gaji kecil ke tapi yang penting tak buat aku stress. Aku cuma nak kerja yang dekat-dekat dengan rumah aku supaya aku tak perlu hadap jammed setiap hari. Aku dah muak hadap jammed. Dah tepu sangat otak aku ni. Tak larat dah.

Dulu muda lagi, boleh lah aku cekalkan hati dan pujuk hati yang semua ni adalah perkara biasa. Tapi sejak semakin tua ni, aku makin malas nak kejar benda-benda yang tak ada significant dalam hidup aku lagi. Aku cuma nak hidup yang tenang dan hati yang lapang. Apa lah lagi yang aku nak kejarkan dalam kerjaya ni. Sudahlah tak minat, tak nak usaha tambah skill, jadi kenapa aku mesti menghambakan diri dengan semua kesakitan jiwa ini lagi.. kan..?

Aku nak bebas..!

Doakan aku ye. Banyak hal yang aku kena fikir sekarang.
Nak cuti tu pun bukan senang, susah juga. Tapi tu lah, kena juga usahakan sesuatu sebelum hidup aku terus hanyut dan turut menghanyutkan orang lain.



...

No comments:

Powered by Blogger.