Menjelang 37 Tahun

Menjelang 20 November esok, menggenapkan usia aku yang ke 37 tahun. Ya, esok hari jadi aku dan tiada banyak hal yang aku harapkan. Tiada sambutan, tiada hadiah and definitely tiada surprise. Aku tak suka benda-benda surprise tapi lebih suka benda-benda yang spontan, santai dan bersahaja. Lebih natural rasa surprise tu. Tapi aku memang dah berpuluh tahun tak sambut benda-benda birthday ni. Aku okey sebab dari kecil memang di asuh begitu.

Sejak kahwin pun begitu juga. Pokchik bukan jenis yang manjakan aku dengan hadiah mahal mewah. Malah, seingat aku tak pernah sekali pun birthday aku di sambut dengan hadiah, kek atau sejambak bunga sekali pun. Tiada. Candle light dinner or birthday party jauhlah sekali. Pokchik tak pandai handle benda-benda romantis macam tu. Dan selebihnya, aku rasa dia faham sangat aku. Dia tahu bukan semua itu yang aku minta. Cukup dengan ucapan Selamat Hari Lahir dan pelukan kasih sayang. Aku bahagia. Alhamdulillah.

Maka, menjelang esok.. izinkan aku update beberapa perkara. Sekadar berkongsi di sini untuk aku sendiri. Ye lah, aku tulis, aku publish dan aku juga yang baca. Sendiri-sendiri. Aku sedar tak ada sesiapa di sini kecuali aku sahaja. So, it's okey. Selagi aku rasa okey, maka blog ni akan kekal public. Tapi esok-esok aku tak pasti. Ini pun tengah berkira-kira nak private kan IG dan hadkan FB. Entahlah, aku sekarang dalam fasa cepat rimas..!

*
Adik perempuan aku dah selamat bersalin anak ketiga dia pada hari Sabtu lepas (16 Nov). Baby girl. Welcome to our big family, November baby. Harap tak clingy macam makngah dia ni. Dan harap-harapnya dia membesar jadi anak yang baik, tabah, deep luar biasa dan berjiwa fragile macam makngah dia yang cantik dan gebu ini.. kahhh kahh kahh..! over claim -- don't care..! :)

Tunggu adik perempuan aku yang sorang lagi pula bersalin. Itu pun tak lama lagi, silap-silap belum masuk Disember dah bersalin tu. Aku tunggu je. Please doakan adik aku yang tu dipermudahkan eh, sebab ini anak pertama dia. Macam tak percaya pula 2019 ni keluarga aku terima 3 orang ahli baru. Alhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Allah :)

**
Aku sekarang pemburu novel Andrea Hirata dan Tere Liye. Ini gara-gara terjumpa IG story tentang novel terbaru Andrea Hirata berjudul Orang-Orang Biasa. Tengok cover novel tu pun aku terus tertarik. Lepas tu berjangkit pula dengan novel-novel dia yang lain macam Ayah, Pemburu Mimpi dan Dwilogi Padang Bulan. Satu-satunya novel dia yang aku pernah baca adalah Laskar Pelangi. Sehari dua ni aku sibuk search mana tempat boleh beli novel-novel dari Indonesia. Sejenis tak menyabar..! :p

Teringat pula aku, zaman tengah gilakan novel Habiburrahman El-Shirazi dulu. Dari novel Ayat-Ayat Cinta sampai terbawa-bawa ke novel dia yang lain. Ada beberapa unit novel dia yang aku borong dan baca. Jatuh cinta. Aku rindu novel-novel tulisan Kang Abik lagi. Tere Liye pula sedikit berbeza, aku tak pernah ada buku dia yang fizikal. Dulu follow dia di FB tapi sekarang mana entah menghilang. Setahu aku dia tulis puisi-puisi cinta dan motivasi sebab tu kot aku triggered rasa ingin menjejaki dia semula.

Tolong aku. Mana aku boleh beli novel-novel mereka ni di Malaysia...?



...


No comments:

Powered by Blogger.