Kami Sedang Di Uji

Aku susah hati. Baby adik aku yang baru lahir minggu lepas tu semalam kena masuk NICU sebab doktor syak ada masalah kat buah pinggang dia dan bacaan darah putih dia agak tinggi. Ya Allah, menangis aku dengar berita tu. Adik aku dengan baby dia ada kat kampung sekarang. Suami dan anak-anak dia yang lain pun bersama dia. Thank God semua ada dekat dia di saat-saat macam ni. Malam tadi aku tidur tak lena, asyik terjaga dan cepat-cepat check phone. Risau sangat-sangat selagi tak dengar berita.

Hari ni doktor akan bagi update. Aku harap tak ada apa-apa yang serius sangat. Tapi kalau doktor kata kena operation ke apa, aku angkat kaki balik kampung terus sekarang ni juga. Aku tahu adik aku sekarang sangat-sangat fragile. Confirm dah banjir airmata tu. Bayangkanlah anak yang susah payah kita kandungkan 9 bulan, beranakkan sampai nak putus nyawa.. tiba-tiba belum sampai seminggu dah kena masuk hospital balik. Ya Allah...! Berilah adik aku kekuatan menghadapi ujian ini. 

Pokchik nak belanja birthday treat untuk aku minggu ni juga. Esok nak gi Melaka spend hujung minggu kat sana. Dia dah siap booking bilik hotel segala. Tapi macam mana aku mampu nak honey-honeymoon dengan suami kalau dalam masa yang sama adik aku tengah berendam airmata kat kampung nun. I cannot lah..! Aku harap Pokchik faham dan rela post pond 'honeymoon' hujung minggu kami ke minggu depan. 

Awal bulan Oktober hari tu adik lelaki aku yang no.5 tu accident kat Johor Baharu. Separuh badan dia melecet dan luka teruk. Nasib baik tak ada yang patah tapi tetap kena buat operation sebab nak betulkan tulang bahu dia. Adik aku ni kerja kat Singapore. Risau betul aku. Mujur dia accident tu kat JB, kalau dia accident kat Singapore tu macam mana lah agaknya.. Ya Tuhan..! :(

Keluarga kami sedang di uji. Lepas satu, satu hal lagi. Aku redha dan serahkan semuanya kepada Allah Taala sebab tiada daya upaya aku tanpa belas kasihanNya. Tapi tak boleh tidak, aku sedih. Aku risau. Berdebar-debar. Aku tak tahu berapa kuat kami boleh hadapi ujian ni. Mak aku..? Allah.. paling risaukan Mak la. Mak aku bukan sihat sangat, dia ada masalah tekanan darah rendah. Tak boleh terkejut-terkejut sangat dan tak boleh selalu runsing. 

Aku kan sebulan dua ni tak berapa boleh berfungsi. Emosi aku terhoyong-hayang lagi, tak stabil. Jadi bila datang ujian-ujian macam ni, aku macam blurrr tak boleh nak berfikir macam biasa. Kepala aku macam berada kat dunia lain. Aku sedih lah..! Saat macam ni aku kena kuat, aku kena kuat untuk adik-adik dan mak aku tapi aku sendiri macam tak sihat ni. Aku cuba untuk bertenang dan tenangkan adik-adik aku, tapi dalam hati aku sendiri macam berperang..!

Ya Allah, bantu aku Ya Allah.
Bantu kami, kuatkan kami.
Jangan kerana ujian-ujian Mu ini, kami menjauhi Mu Ya Allah.



...

No comments:

Powered by Blogger.