Cemburu

Tarikh cantik datang lagi. 11.11 hari untuk shopping gila-gila satu malaya katanya. Tapi hati-hatilah jangan sampai masuk perangkap. Bukan semua benda jadi murah gila-gila pada tarikh ni. Paling penting beli ikut keperluan bukan kehendak semata-mata. Dan selalu ingat dalam kepala, sales ni bukan yang terakhir kalinya, lepas ni ada lagi sales gila macam ni. So, steady je..! Tak kan lari gunung di kejar, ehh.

Aku sendiri sempat menjebakkan diri dengan godaan Shopee. Aku beli stainless steel straw demi menyahut seruan kerajaan untuk menjaga alam sekitar kekdahnya. Dah lama aku usha straw besi ni, kat kedai tak ada jual yang satu set (ada 5 pcs) jadi nak tak nak kena juga beli online. Alang-alang sales ni, aku beli lah kan. Free shipping pula tu. Satu lagi aku beli Honor Smartwatch Band 3 (bukan original). Dapatlah dalam RM54 seketul. Bolehlah buat bakar semangat aku biar rajin exercise *senyum kambing di situ*

Okey.

Pagi tadi dengar Kool FM topik tentang suami atau isteri siapa lebih kuat cemburu. Tergelak juga aku dengar responds daripada pendengar. Rajin betul depa main call radio kan. Berani mati pula tu share cerita sendiri kat radio. Satu Malaysia dengar tau. Kalau benda baik tak apa lah, tapi kalau benda tak baik atau benda bodoh atau benda aib...??!! Tak ke gila dan cari pasal tu sebenarnya. Dan oh ya, aku ada dengar juga berita Aliff Aziz kena tangkap polis kat Singapore sebab mabuk. Aduh kesian betul mamat tu. Tekanan emosi kot naa.. bawa la pi beghubat..! teruk dah tu.. :(

Balik semula.

Aku dengan Pokchik dua-dua bukan jenis kuat cemburu. Bukan tak cemburu langsung, tapi cemburu yang berpada-pada lah. Bukan jenis yang sikit-sikit nak cemburu, sikit-sikit nak syak wasangka, sikit-sikit nak siasat. Aku dengan Pokchik jenis kalau rasa something wrong somewhere je, terus tanya direct. Dan juga password handphone dia, aku tahu. Password handphone aku, dia tahu. Kami dua-dua open any time and any where. Aku jenis tak ada nak delete whatsapp melainkan hal-hal tak penting memang aku delete. Tapi selalunya aku biar je sampai handphone tu dah start slow atau 'berat' semacam baru aku clear chat. Beza dengan Pokchik, dia suka clear chat. Tapi aku tahu sebab apa dia suka buat benda tu. So, tak apa lah. Yang penting sama-sama faham.

Tapi bak kata orang tua-tua, don't sangka clear water no buaya..! Nak kata aku percaya 100% kat dia tu tak juga sebab pernah berlaku insiden tak berapa manis sebelum ni. Tapi aku dah maafkan dan aku dah move on. Aku masih bagi peluang dan aku masih letakkan kepercayaan dan kebebasan pada dia. Aku tak kuasa la nak jadi spy 24 jam, nak runsing-runsing siang malam. Malas. Aku tak suka hidup yang bersangka-sangka. Aku dengan dia bukan budak-budak lagi. Kalau ada rasa tanggungjawab, stay. Kalau rasa nak pergi, face to face lah.

Masalahnya, bila kita tak tunjuk yang kita ini isteri reti cemburu.. adaaaa laaaa pula makhluk yang ingat kita ni tak kisahkan suami. Tak sayang suami. Tak cara dengan siapa suami berkawan. Makhluk jenis macam ni memang merenyam kepala lutut sampai ubun-ubun kepala. Mulalah nak ambil kesempatan duk 'meleset-leset' manja kat suami kita. Aku kadang tak faham sungguh dengan makhluk jenis lagu ni. Dah tahu lelaki tu suami orang, duk meleset-leset lagi kenapaaaa..???

Kalau hang tak boleh nak hormatkan perasaan isteri lelaki tu, hormatkan perasaan kaum wanita yang sama seperti hang tu.. tapi sekurang-kurangnya cuba lah hormatkan perasaan dan maruah diri sendiri. Kenapa nak letakkan nilai diri hang serupa sampah hujung kaki..? Hang tahu dak, lelaki yang dah beristeri ni bukan semua pandang hang dengan nilai tau. Depa pandang hang macam gula-gula kapas ja.. cair di tangan apatah lagi di mulut

Pung pang pung pang, esok lusa depa balik pada isteri dan anak-anak depa juga. Hang tu tinggal apa..? Dia pandang hang tak ada nilai apa pun. Buat suka-suka ja. Masa tu hang nak menangis melutut menyarap pun, lantak pi situ lah hang sorang-sorang. Dia tak peduli dah. Sebab tu, awal-awal lagi hang sendiri kena letakkan nilai pada diri hang. Jangan biar orang pijak-pijak. Kalau betul sungguh lelaki tu mahu kat hang, dia tak akan jumpa hang sorok-sorok. Dia tak akan tipu dan curang isteri dia sendiri. Dia akan jadi gentleman, jumpa mak ayah hang bagitahu nak menikah dengan hang. Kalau dia tak ada buat semua tu, kirim salam saja lah. Memang dia buat hang macam tong sampah tempat dia buang-buang masa saja. Paham..?!!

Pada Pokchik pun aku pesan banyak kali, jangan duk main-mainkan perasaan anak dara orang. Jangan duk caring melampau-lampau. Kadang-kadang, dia niat ikhlas tapi orang lain salah sanggap. Susah juga. Perempuan ni hatinya lembut, baru ada lelaki ambik berat sikit terus dia ingat lelaki tu ada hati kat dia. Jenis cepat perasan, gitu lah. Aku cakap kat Pokchik, kalau betul ada berkenan siapa-siapa, bawa jumpa aku. Bincang elok-elok sebab benda boleh bincang. Aku jenis steady ja, asalkan jangan tipu belakang aku. Pantang tok nenek aku. Dulu aku kahwin dengan Pokchik pun masa tu dia duda anak dua. Dah dekat 10 tahun aku 'kongsi' kasih sayang dia dengan anak-anak dia, aku okey ja. Setakat nak tambah sorang lagi makhluk dalam family ni, InsyAllah tak ada hal.

Tapiiiiiiii satu je lah, aku pesan kat Pokchik cari perempuan yang baik-baik. Yang ada pikiran. Yang ada agama. Yang bersedia berkongsi (kalau nak kongsi lah). Sebab aku sendiri tengok betapa susah Pokchik nak berada di tempat dia sekarang. Bina imej dan nama baik dia. Bina semangat dan keyakinan diri dia. Bukan semua lelaki lepas bercerai ni cepat terus move on tahu dak. Pokchik tu punya trauma naik mahkamah sebab bercerai-berai ni, susah aku nak explain. Aku je faham sebab aku yang bersama-sama dia selama ni. Aku tak sanggup tengok semua tu hancur hanya kerana perempuan yang tak tahu nilai maruah diri.

Aku sayang Pokchik. 
Dia jiwa raga, nyawa aku.

Biarlah aku dan dia je tahu sebesar dan seluas mana kasih sayang dan cinta kami. Walaupun aku selalu share cerita kelakar-kelakar antara aku dengan Pokchik, tak bererti hubungan kami asyik bergelak ketawa je. Pasang surut dalam rumahtangga ni perkara biasa. Normal. Asalkan kami selalu ada each other, sentiasa kembali kepada each other dan tak pernah lupakan hak each other, InsyaAllah.. aku serahkan semuanya atas takdir yang di tulis olehNya jua.




...

No comments:

Powered by Blogger.